Menu Utama

Projek Khas Kurangkan Kakitangan Kerajaan Oleh Tony Pua???

tony-pua-penjawat-awamTony Pua, kerana sekali lagi konsisten dalam agendanya untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia menerusi satu laporan di sebuah portal. Ternyata, dia mengulangi pendirian jelasnya seperti apa yang pernah dikatakan di Sin Chew Daily pada 1 November 2011.

Seperti apa yang pernah dilaporkan sebelum ini, jika Pakatan memerintah, mereka akan mengemukakan satu gerak kerja yang dinamakan “Projek Khas Kurangkan Kakitangan Kerajaan” akan dilaksanakan. Antara strategi projek berkenaan ialah mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam namun ianya tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

Strategi yang penulis fikir cukup licik namun bijak. Tidak mungkin ianya dibuat secara mengejut, kerana akan mencipta penolakan oleh para penjawat awam. Namun, ibarat jarum halus beracun, tertusuknya di batang tubuh jangan sampai derita terasa sekelip mata. Perlahan-lahan, lambat laun bisanya menular ke seluruh tubuh.  Merebak ke tangan, potong tangan, merebak ke kaki, potong kaki, merebak ke otak, tiada lah otak. Merebak ke hati, mati.

Apa yang sudah 2 kali dilaungkan oleh pemimpin DAP ini sudah tentu sesuatu yang ingin mereka jayakan.

Sikap kebertanggungjawaban kerajaan sedia ada cukup berbeza. Lihat sahaja apa yang ingin DAP lakukan, dan apa yang telah kerajaan umumkan pada 2017 kepada penjawat awam. Cukup kontra, ia menjelaskan bagaimana prihatinnya kerajaan kepada rakyat.

Itu pun ramai penjawat awam yang tidak sedar diri, walau pun tidak semua. Masa depan jangan diperjudikan, ini bukan soal cuba dahulu, kerana jika sekadar mencuba akhir bakal dituba seumur hidup.



« (Previous News)



5 Komen to Projek Khas Kurangkan Kakitangan Kerajaan Oleh Tony Pua???

  1. manjoi says:

    Aku tak kerja dengan kerajaan. Tapi aku dah banyak kali jumpa ‘biawak hidup’, pemalas tahap gaban yang kerja dengan kerajaan. Datang pagi, punch card, lepas tu melepak kutuk kerajaan. Puji kononnya tokong DAP & PKR bagus sampai ke petang! Lepas ni khabarnya golongan macam ni akan lebih senang diambil tindakan. Eloklah, betul2 menghabiskan beras aje pemalas ni….

  2. […] via Projek Khas Kurangkan Kakitangan Kerajaan Oleh Tony Pua??? — MYKMU.NET […]

  3. bangKano says:

    Inilah masaalah utama kakitangan kerajaan yang majoritinya kaum melayu payah hendak dibentuk sikap,perilaku & psikologinya…bos pula takut,keadaan dilema & kasihan untuk mengambil tindakan keras terhadap koporet/kulprit ini. Lama-kelamaan mereka ini menjadi virus dalam perkhimatan awam yang payah hendak dapat remedinya. Ini mendatangkan peluang kepada warga bukan melayu terutama etnik cina yang rasisme/antimelayu/antiislam bertindak melenyapkan legasi melayu di negara tanah melayu ini. Selagi gejala ini tidak dihapuskan segera akan menghilangkan semua hak istimewa melayu/pribumi yang sedia terzahir dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tetapi bukan semua pekerja melayu dalam perkhimatan awam yang malas hampeh cuma sekitar 10% sahaja. Yang lain-lain tetap berazam tinggi untuk memberikan layanan adil kepada rakyat & negara.

  4. sman says:

    Kalau boleh saya tak mahu berurusan dgn pegawai kerajaan,itu lah gambaranny,malas nak cakap lebih lagi.

  5. bangKano says:

    Kita tidak boleh menyisihkan diri dari berurusan dengan pegawai kerajaan,kerana merekalah nadi kehidupan bangsa & negara. Jika ada kelahiran atau kematian adalah wajib dilaporkan kepada pihak berwajib. Siapakah pihak berwajib…? Adakah bank,syarikat korporat dsbnya…? Sudah semestinya agensi kerajaan yang diberikan amanah melaksanakan fungsi sedemikian. Di sinilah kewajipan mandatori setiap rakyat negara ini. Bagaimana pula perlindungan keselamatan dari ancaman kejam berbentuk jenayah…? Sudah tentu pihak PDRM memainkan peranan utama dalam mengendalikan siasatan,penahanan,penangkapan & pendakwaan.

    Rumusannya tidak mahu berurusan dengan pegawai kerajaan adalah suatu retorik berbaur politik kebencian,kedendaman dll.

Leave a Reply