Menu Utama

Program Keluar UMNO Beramai-Ramai…Gagal!!

img-20161015-wa0000

PETANG ini di Ampang, sepatutnya diadakan satu program keluar UMNO beramai-ramai masuk parti diasaskan Mahathir, Pribumi, anjuran seorang bekas AJK Pemuda yang baru-baru ini dibuang parti.

Malangnya menurut sumber yang berada di lokasi, lebih banyak kerusi dari orang UMNO yang nak dikatakan keluar beramai-ramai tu – tak tolak wartawan dan lain-lain lagi.  Potong stim betul, sebab penulis sudah bersedia nak mempersoalkan betul kah semua yang datang tu ahli UMNO atau kutip entah mana angkut bawak ke Majlis itu?

Nak persoal macam mana, yang datang pun tak seberapa.

Awal-awal lagi penulis sepatutnya dah tahu kegagalan ini pasti berlaku sebab lokasi yang dipilih tu tak setaraf dengan tema ‘keluar beramai-ramai’ yang diwar-warkan. UMNO ada 3 juta ahli lebih, ‘beramai-ramai’ dalam konteks itu sepatutnya tak kurang 300,000 atau ribu-ribulah, ratus-ratus ke, ini puluh-puluh pun susah!!

Inilah Allah swt nak tunjuk kalau hati dah busuk.  Sememangnya kebanyakan insiden keluar UMNO yang kita lihat kebelakangan ni, majoriti besar darinya hanyalah simulasi, direka-reka.  Orang yang terlibat memang dah tak sehaluan dengan UMNO, tunggu Pribumi tubuh untuk umumkan saja dan jumlah mereka ini pun tak seberapa  Berbeza betul masa Tengku Razaleigh dan Musa Hitam tak dibenar masuk UMNO Baru oleh Mahathir dulu atau ketika Anwar dipecat dan dibuang dari UMNO.

Jauh betul bezanya.  Tak payah ada program keluar beramai-ramai pun kita tahu ramai yang keluar pada waktu itu.

Penulis yakin, Mahathir pun tahu semua ini, sebab itu dia tak boleh nak tunggu PRU14 untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Itu yang cuba nak guna Majlis Raja-Raja, nak guna Yang Dipertuan Agung dan sebagainya untuk singkirkan Najib seolah-olah ada peruntukkan dalam undang-undang perkara itu boleh dilakukan.

 Tapi itulah, harapan macam mana pun perlu dihidupkan dan diberi kepada pemuja yang taksub ni, walaupun hanya harapan palsu.






23 Komen to Program Keluar UMNO Beramai-Ramai…Gagal!!

  1. sman says:

    Khabar nya Mamat 6 kotak pun sangat teruja utk menyertai PPBM kerana dalam beberapa minggu saja PPBM berjaya menarik 300,000 kehalian.Menurut sumber dalaman kononnya paling ramai ahli yg mneyertai PPBM ialah di kawasan Dato J FM 2,dia berangan nak bertanding di situ nanti menentang Dato J,kerana kononnya kemenangan Dato J dulu sangat tipis,jadi Dato J mampu di tewaskannya .Kemasukan dia kedalam PPBM pun bersyarat,macam masuk Umno dulu juga lah,seperti di dedahkan oleh LNA.Disamping itu dia pun memang ada rasa bengkek pada Dato J kerana terpilih jadi FM 2,sedang kan dia yg dah senior dalam politik hanya jadi Director diKW secara latikan saja.

  2. manjoi says:

    Lompat si katak lompat
    lompatlah tinggi2

    Hari tu dengar cerita kat dalam tangan depa dah ada 1.4 juta ‘sign’. Jadi kalau nak tambah ahli jadi 10 juta mungkin mudah. Madey kata, “Petik jari aje”. Kalau tak cukup katak2, boleh ambil beruk2, lembu2 atau anjing2 yang bersepah kat luar sana. Yang penting Madey cuma sediakan dedak aje…..

  3. Memang Baik says:

    Sedang negara2 lain sebok dan rancak merencana kesinambongan pembangunan negara masing2 ditengah2 ketidaktentuan kedudukan ekonomi, mereka itu semua sebok merangka memusnahkan apa yang ada.

    Apa yang mereka lakukan itu tidak berkesan, lambat atau tiada jaminan kejayaan. Mereka seharusnya mendekati pemberontak Syria dan belajar cara mereka. Syria sudah pun hancur lebor dengan berjuta rakyatnya yang dulu hidup aman tenteram kini menjadi pelarian. Mereka merempat , kebulur dan hanya menunggu kematian. Kenayakan manusia yang berkeadaan serupa Syria akan rasakan bahawa kematian adalah lebih baik pada mereka dari hidup penoh sengsara.

    Itu yang mereka mahu. Seharusnya mereka semua berusaha kearah itu, kerana tujuan mereka jelas sekali iaini terlalu ingin berkuasa .

  4. Memang Baik says:

    politik puak itu politik hebat. Mereka berceramah sepanjang hari dan impian mereka hanya satu. Kerajaan yang ada perlu tumbang, PM perlu diusir. Kalau dulu tema mereka ialah PM diusir, kerajaan kekal. Lepas mereka rasa tema itu tema silap, sekarang seluruh kerajaan perlu tumbang. Tumbang dengan kadar segera, ASAP.

    Apa pelan mereka kearah pembangunan ? Kebaikan ? Tak ada.
    Kerana apa yang kerajaan sekarang adakan sudah cukup baik, cukup lengkap…Kerana itu mereka tidak mampu merangka yang lain lagi. Mereka pun tahu.

  5. Memang Baik says:

    Dalam suasana politik begini hebat, boleh kita bayangkan bagaimana sukarnya seorang insan bernama Najib Razak. SEkarang pun tentunya berbagai hal berlaku dan berbagai kemungkinan boleh terjadi.

    Penangguk air keroh ini akan muncul, timbul, lalu beri salam pada PM. Selepas beri salam… lets get straight to the point ” Saya mintak ini. Anda tak bagi , saya akan keluar joint M.

    Wow, mudah sunggoh. Tiada setiakawan , tiada maruwah diri dan langsong tak ada jati diri. Kerana mereka tahu, inilah masanya mereka perlu tangguk kerana air sedang keroh.

    Lihat Ezam Md Nor,…. itulah apa yang berlaku.

  6. Memang Baik says:

    Mahathir dan Monarchy nisbah 8:1. 8 tolak, 1 sokong . Siapa yang satu itu ? Mari kita kaji .

    Johor – tentu tidak
    Pahang – memang tidak
    Kedah – tak mungkin
    Perak – tak mungkin
    Kelantan – Juga tidak
    Selangor – tak mungkin
    Negeri 9 – Rasanya tidak
    Terengganu – Pun tidak
    Perlis – Tak tahu.

    Johor, Pahang, Kedah boleh kita katakan terus menolak M. Perak, mengenali Raja Narin, tentunya beliau tidak serendah itu untuk membongkok disaat dia perlu tegak berdiri. Kelantan ?? Apa kes kelantan untuk suka M. Tentu tidak. Terengganu ? Pun kita nampak jauh.

    SElangor ? Kenapa ? Tak mungkin. SElepas shortlist kita namapak N9 dan Perlis yang kurang kita kenali. Ye atau tidak.

  7. Memang Baik says:

    Ada 2 hal yang buatkan M perlu pastikan kerajaan perlu diganti. Pertama duit ditangan kroni,ke 2 anaknya Mokhzani bakal didakwa. Kedudukan itu boleh ditukar mengikut citarasa. Tapi kita lebih cenderong pada kedudukan diatas itu kerana M lebih pentingkan duit tentunya. Kerana jumlah yang besar, tentunya duit lebih diutamakan dari anak.

    Wallahu alam.

  8. azmi says:

    He he he..
    Puas menunggu dedak tak sampai2…
    Keluar kandang la…
    Esok lusa dedak sampai masuk balik…

  9. Hantu Gigi Jarang says:

    Asyik cerita orang keluar UMNO aje ni. Ceritalah pulak orang masuk UMNO. 😉

  10. kakak says:

    Tekaan kasar saya saja: T kerana bekas MBnya dulu.

  11. Kamar says:

    Penulis mmg buta sejarah bila masa pula tun musa tk dibenar msuk umno bru, tau tk ttg resolusi melayu johor yg terajui oleh tsmy pd tahun 87 atau 88 saya tk brp ingat, masa tu la sbhg besar org johor msuk umno bru termsuk musa hitam, shahril samad,te tp tengku razaleih memilih utk menubuhkan semangat 46, rasanya penulis blm lahir atau msh hingusan masa tu kot

  12. Inderasakti says:

    Apa pun ppbm atau parti cap bunga kain kapan bukannya seperti semangat 46 dan sekarang tg razaleigh dgn tg hj hadi boleh ketawa besar tengok gelagat madey dan penjilatnya sekarang seperti kata mat saleh what u give u will get back begitu juga dgn midin yang semakin terpinggir oleh golongan protun kerana hasutan din botox! Tak caya pi tanya si boboi Nak hasut org umno masuk parti depa tapi cermin depan muka pun tak betul! Sekarang kita tengok siapa yang memperalatkan dan siapa yang jadi alat sebenarnya

  13. manjoi says:

    Memang betul, dalam 2 minggu lepas asyik keluar cerita orang terjun laut, kapal nak karam. Ia terjadi kat Sabah & Sarawak. Kapal tu pun dah memang layak jadi besi scrap pun. Nama kapal tu DAP & PKR. Selalunya kapten tenggelam sekali dengan kapal macam dalam Titanic, tapi ini tidak. Kapten orang pertama yang terjun dulu! UMNO umpama bahtera Noh, tiada siapa yang nak terjun. Kalau ada pun sebab gila. GILA DEDAK! Mari semua…jangan malu2…sila balas…

  14. system baru says:

    Kamar ‘shahril samad tak penah masuk semangat 46 dia hanya berada team b kuli ketika menentang dr mahathir, shahril samad penah bertading kerusi johor baru ,apabila dia kecewa dia terus menentang orang tun m di kerusi johor baru dengan memgunakan tiket bebas dia telah menang dengan bergaya, sebab nya tun m begitu angkuh terlalu yakin menang di johor baru ,selapas daripada itu dengan berada tak malu orang2 tun m nak ajak balik shahril samad masuki umno selepas iTu untuk kukuhkan kedudukan umno di johor,

    anda tak kenal siapa itu shahril samad dia tahu tahu segala permainan tun m itu.
    Tun m memgunakan sulaiman Palestine untuk menjatuhkan desak tun hussin onn, selapas habis tun m gunakan ‘dia buang orang itu begitu je.

    Mahyuddin dibuang oleh orang johor he.he.he tun m seperti biasa akan kutip si perasuah untuk tun m gunakan seperti mana anwar dia gunakan, ingat kita orang tak tahu ke?
    Lihat je kerosakan mahuyuddin buat pada era Pak lah Dan najib sehinggakan tun m kurang yakin dengan mahyuddin itu

  15. Pemerhati says:

    Hantu Gigi Jarang says:
    October 15th, 2016 at 8:26 PM

    “Asyik cerita orang keluar UMNO aje ni. Ceritalah pulak orang masuk UMNO”

    bulan Ogos sahaja seramai 6000 orang masuk UMNO tapi UMNO tak minta pun suruh media kompangkan(siarkan depan dada akhbar) termasuk berapa ramai lagi yang masuk UMNO dalam bulan2 yang lain

    tidak termasuk bulan2 yang lain, 6000 orang(ada yang ‘bukan calang2 orang’) yang masuk UMNO pada bulan ogos itulah yang akan memberi undi & kemenangan berterusan kepada UMNO & BN…setakat boleh dikira dengan jari mereka yang keluar tapi 6000 ribu(untuk bulan Ogos sahaja) pula yang masuk UMNO, jangan mimpilah yang boleh dikira dengan jari itu boleh memberi impak mengalahkan 6000(untuk bulan Ogos sahaja)

    UMNO anggap tidak berapa penting & tidak mengharapkan pemimpin ada kedudukan/jawatan dalam mana2 parti pembangkang masuk UMNO kerana UMNO tidak ketandusan ahli yang boleh diserlahkan untuk menjadi pemimpin diperingkat negeri atau pusat

    bilangan mereka ini yang keluar boleh dikata seciput sahaja, ianya tidak menggusarkan apatah lagi menyusahkan UMNO kerana kedudukan/jawatan mereka ini dalam UMNO & kerajaan sebelum keluar parti boleh UMNO gantikan dengan mudah dengan orang lain…mereka yang berambus keluar ini tidak merugikan UMNO kerana mereka yang keluar ini boleh dikata ibarat sampah & duri yang pernah berada dalam daging…bila duri sudah keluar atau tahu keluarkan diri, ianya sudah tentu melegakan lagi UMNO

  16. Pemerhati says:

    aku percaya si ‘kamar’ sudah berambus keluar dari UMNO
    ‘kamar’ sudah minta namanya(keahliannya) dipadam terus ke belum?
    sudah runtuh ke bahagian/cawangan tempat si ‘kamar’ pernah menjadi ahli UMNO?

  17. manjoi says:

    OK, angka sebenar adalah 9:0, tetapi sengaja dijadikan 8:1 atas sebab2 tertentu. Angka 1 hanyalah ilusi yang tak perlu kita ulas di sini. Ya, Madey dapat ‘yillek’, ‘telur aje’, ‘habuk pun tarak’. Bukan ke ‘striker MU’ tu tulis yang pernah dalam sejarah, Jemaah Pemangku Sultan & Sultan ‘seperti berlainan pendapat’. Sejarah bila? 10 tahun dulu ke? 11 Okt 2016 pun sejarah juga, betul tak? 9:0 adalah score sebenar, 8:1 hanyalah ‘ilusi’. Jadi soalan ‘negeri mana’ tak penting sebenarnya, tapi kalau dah baca tulisan ni dan tak tahu juga, bengap le namanya tu…

  18. […] via Program Keluar UMNO Beramai-Ramai…Gagal!! — MYKMU.NET […]

  19. Mazlan says:

    …nak ikut sejarah, nenek mahadey pun anak dara….apa nak kecoh dgn sejarah..

  20. azmi says:

    Apa nk heran org keluar masuk UMNO ke..PAS ke..DAP ke..MIC..MCA…
    Yang penting hari mengundi…
    Tak semestinya ahli UMNO akan pangkah calun BN..
    Begitu juga sebaliknya…

  21. Inderasakti says:

    Azmi rba mangkuk itu undi di kertas peti undi kita mana tahu siapa undi siapa mangkok Undi itu adalah Rahsia bukan propa hang semata mata

  22. Sontoloyo says:

    Rakyat masih sokong UMNO bukan kerana siapa-siapa, tetapi kerana UMNO itu sendiri.

  23. Sontoloyo says:

    Kepada sesiapa yang “perasaan” mendapat sokongan mesti beringat, korang dapat sokongan bukan kerana pengaruh korang sendiri tetapi kerana korang sekadar menumpang pengaruh parti keramat UMNO.

Leave a Reply

Threesome