Menu Utama

PPBM : Antara Pelantikan Setiausaha Agung Dan Pembatalan Kelulusan Parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih tercungap-cungap merangkak. Mereka cuba berlari bagi “mengejar” Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) nanti, namun tanpa mereka sedari, tindakan tersebut turut mengundang bencana.

Hari ini PPBM mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor dan bekas pemimpin Umno negeri dilantik sebagai setiausaha agung. Datuk Mohamed Salleh Bajuri, dilantik sebagai bendahari agung. Sementara itu bekas ADUN Semerak, Kelantan Kamarudin Md Nor pula dilantik sebagai ketua penerangan

Semalam, viral di media sosial bahawa berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, penggunaan nama Bersatu bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam akta berkenaan. Semua pihak dikehendaki akur kepada kelulusan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Kita tertanya-tanya berkenaan gerak langkah PPBM yang melangkah seperti tidak melangkah akibat dari kegopohan mereka. Ketika RoS meluluskan PPBM, antara syarat kelulusan parti berkenaan adalah, parti berkenaan haruslah menggunakan akronim PPBM bukan Bersatu seperti yang dipohon mereka. Ini kerana, terdapat sekurang-kurangnya 6 buah parti lagi yang turut menggunakan akronim yang sama dan ini memungkinkan berlaku kekeliruan pada masa hadapan. Untuk ini, kepimpinan PPBM bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh RoS.

Namun persetujuan pemimpin PPBM bersifat munafik semata-mata. Kini PPBM nampaknya memungkiri syarat yang telah ditetapkan oleh RoS. Barisan kepimpinan parti serta ahlinya dilihat semakin galak menggunakan perkataan Bersatu dalam memperkenalkan parti mereka kepada orang ramai. Malah banner, banting dan t-shirt yang mereka cetak, turut menggunakan nama Bersatu.

Perlu kita tekankan di sini bahawa PPBM sedang berhadapan dengan kemungkinan pembatalan kelulusan parti mereka. Walaupun begitu, PPBM dilihat cukup angkuh dengan bertindak selangkah lagi dengan mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu.

Menurut presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua penjawat jawatan itu akan memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi, selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti. Pandai pula beliau bercakap mengenai perlembagaan parti dan sebagainya. Namun mengapa mereka seolah-olah tidak mengendahkan isu penggunaan Bersatu yang bakal mengakibatkan pembatalan PPBM.

Adakah Muhyiddin menghadapi sindrom amnesia terpilih seperti dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau tidak pernah faham walaupun beliau berada dalam siri mesyuarat dan seminar yang menerangkan secara terperinci berkenaan perkara tersebut.

Kini perkara yang sama pula dilihat berlaku berkenaan pelanggaran syarat RoS dimana parti berkenaan haruslah menggunakan akronim PPBM bukan Bersatu seperti yang dipohon mereka. Memang bahaya kalau pemimpin menghadapi masalah amnesia terpilih ini.






11 Komen to PPBM : Antara Pelantikan Setiausaha Agung Dan Pembatalan Kelulusan Parti

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Korang asyik sibuk pasal TSMY apa pasal…cubalah sibuk pasal rasuah. Biar takut si Najib tu..

  2. azmi says:

    Apa yg UMNO takut ni?
    PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA…
    Ada perkataan Bersatu..
    PARTI GERAKAN MALAYSIA…
    Panggil gerakan..salah ke?
    Pertubuhan Kebangsaan melayu bersatu napa tak sebut PKMB atau PEKEMBAR..
    Napa panggil UMNO?

  3. Inderasakti says:

    Hangpa ni lari topik la admin ni cakap pasal penggunaan akronim ‘bersatu’ masih digunakan padahal ia sendiri melanggar perlembagaan parti cap bunga itu sendiri dan aturan ros Dah baca abis ke baca posting tu? Kalau setakat baca separuh patuh serupa nak cari modal bodoh nak kutuk nampak sangat intelek hang taraf longkang je

  4. manjoi says:

    Sebenarnya nama parti PPBM bermaksud Parti Propaganda & Barua Mahafiraun. Memang tak kena & lari maksud kalau dipanggil Bersatu. Haramkan aje, senang cerita….

  5. system baru says:

    Maksud ppbm ‘Parti propaganda balaci madey..

  6. azmi says:

    Maksud ppbm ‘Parti propaganda balaci madey..
    tak lah…
    PARTI PENCURIK BELAAN MYKMU…

  7. Hantu Gigi Jarang says:

    Bersatu memerangi Rasuah dan pecah amanah! Mulia perjuangannya. Hanya orang yang mengamalkan rasuah yang akan takut pada parti ini. Marilah kita sama-sama menyokong parti ini bagi membebaskan Malaysia dan orang Islam di Malaysia dari dibebani oleh masalah rasuah.

  8. manjoi says:

    PPBM perangi rasuah? Nak harapkan musang jaga ayam?! Macai…macai…

  9. Inderasakti says:

    Rasuah tokong tak nak jawab ke? Rasuah azmin apalagi mau dicari rasuah najib yang terbukti tiada ada pun kesalahan aparaaa masalah azmi dgn hantu jarang gigi ni

  10. Gengrembau says:

    Hehehehhehe
    Sedap aje korang yer
    Cuba teka umno lak..
    Ikut cakap bujang lapok
    Alip mim nun wau
    Alip tendang wau
    Sarkis
    Hahahahahahahaha
    Hhahahahahaha

    Lama dah tu
    Hahahhaha

  11. anoi says:

    Senang ja namakan saja Parti Bunga Ros habis cerita “Parti tanpa Jentera” hangpa slotkan dalam media cetak, letronik dan social, buatkan cenderhati sebagai hadiah buatkan poster banner kain rentang tampal ja di mana suka sedang org2 nya tiada maka hanyut di telan arus. Hai Parti Bunga Ros Pewangi Tua.

Leave a Reply