Menu Utama

Piala Malaysia: Bolasepak Kedah Berjaya Dibawah Ahmad Bashah

ahmad_bashah_kfa

PERTAMA sekali penulis ucapkan tahniah ke atas pimpinan, pemain dan penyokong Bolasepak Kedah atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, kali kedua mencuba selepas gagal tahun lepas.  Menang penalti ke tidak, itu lantaklah, yang penting menang dan tebus balik kekecewaan tahun lepas di tangan pasukan yang sama – Selangor.

Kedua, pada firasat penulis, kejayaan ini besar dan manis nilainya kepada Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah.  Kita faham ini kerja berpasukan tapi dari satu sudut, ini adalah kejayaan Ahmad Bashah dan dibawah ini hujahnya.

Masih segar di ingatan penulis dan kita semua bagaimana ketika mula mengambil alih kepimpinan persatuan dari bekas Presiden yang lama dulu, macam-macam yang ditohmahkan kepada beliau termasuk simulasi ejek oleh penyokong Presiden lama dalam satu perlawanan yang disebar secara meluas di media sosial untuk memalukan beliau.

Penarikan diri bakal penaja ketika itu yang dikaitkan dengan perubahan pucuk pimpinan persatuan juga, hanya memburukkan keadaan, sekali lagi Ahmad Bashah dipersalahkan walaupun semua orang tahu ia adalah keputusan perniagaan yang biasa dalam mana-mana perbincangan.

Senang cakap, tidak ramai yang menjangkakan bolasepak Kedah akan mencapai kejayaan dibawah pimpinan Ahmad Bashah – sehinggalah malam ini.

Malam ini dan malam-malam selepasnya, tidak ada siapa lagi yang boleh mempertikaikan kemampuan Ahmad Bashah menerajui bolasepak Kedah atau menerajui apa sekalipun.  Cercaan dan makian yang beliau dapat dulu, langsung tak menjejaskan pertimbangannya, yang penting kerja jalan dan kejayaan akhirnya dicapai.

Nak cakap pasal kelulusan pun malam ini penulis ingat, tidak ada siapa yang peduli.






3 Komen to Piala Malaysia: Bolasepak Kedah Berjaya Dibawah Ahmad Bashah

  1. manjoi says:

    Tahniah kepada Kedah kerana dapat membawa pulang Piala Malaysia ke Alor Setar, sekaligus menebus kembali kekalahan tahun lalu. Kesian Selangor, dah le badan busuk tak mandi, kalah pula tu. Kesimpulannya, Mukhriz memang ‘suwey’, Ahmad Bashah bawa tuah….

  2. […] via Piala Malaysia: Bolasepak Kedah Berjaya Dibawah Ahmad Bashah — MYKMU.NET […]

  3. Inderasakti says:

    Ini membuktikan ahli politik punyai Sijil Pelajaran Malaysia mampu mentadbir negeri dan persatuan dengan cemerlang nya dibandingkan budak budak U tak sampai habis konvokesyen ijazah sarjana dah mula berdemo terpekik terlolong di tengah jalan raya semata mata sanggup barua parti politik pakatan

Leave a Reply

Threesome