Menu Utama

Perspektif PAS Menjelang PRU ke-14

pas

Pilihan raya Umum Ke-14 dikatakan semakin hari semakin hampir. Walaupun PRU ke-14 perlu diadakan sebelum Jun 2018, ramai yang menjangka ia akan berlangsung lebih awal dari tempoh genap sepenggal itu.

Melihat pada Barisan Nasional (BN), penulis menjangkakan gabungan harmoni yang berpadu sejak sebelum merdeka itu tidak akan mempunyai masalah besar atau kritikal berdepan dengan PRU ke-14 nanti. Masalah kecil-kecil, itu biasa dan penulis yakin ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Namun begitu, merujuk pada kenyataan Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin, dalam satu wawancara, beliau mendakwa pakatan pembangkang sememangnya mempunyai banyak masalah dan pertikaian yang besar serta sukar diselesaikan.

Beliau memberi beberapa contoh seperti pertembungan dasar yang banyak berbeza dan menjelang Pilihan Raya nanti berkemungkinan besar masalah pembahagian kerusi akan menjadikan gabungan Pakatan Harapan dan PPBM jadi huru-hara serta gagal diselesaikan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, padanlah Pakatan Harapan sangat-sangat berharap agar PAS setuju bekerjasama dengan mereka pada PRU ke-14 nanti. Namun jika dilihat pada pendirian PAS sekarang, penulis jangka PAS tidak mungkin akan ‘kowtow’ pada DAP dan PAN, walau dihantar Mahathir, Mukhriz mahupun Muhyidin sekali pin.

Sejauh mana PAS akan konsisten dengan pendirian tersebut, itu penulis tidak tahu. Namun jika mereka ‘sujud’ pada Pakatan Harapan sekali lagi, maka kita semua akan dapat menilai siapakah PAS yang sebenarnya, bukan?

Namun jika PAS tetap teguh pendirian dan tetap dengan gagasannya bersama parti Ikatan, penulis menjangka bahawa parti itu berkemungkinan hanya akan mampu mengekalkan kuasa di Kelantan sahaja.

Di Selangor, berkemungkinan besar PAS akan dinyahkan dari perkongsian kuasa dan tempat mereka akan diisi oleh pemimpin PAN, PKR atau PPBM. Itupun jika Pakatan Harapan berjaya mengekalkan ‘penjajahan’ mereka di negeri itu.

Namun sekiranya PAS mengejutkan ramai pihak dan cuba mencetus pembaharuan di dalam politik matangnya melalui kerjasama dengan BN, berkemungkinan perkongsian kuasa akan berlaku di beberapa negeri, malah mungkin di peringkat pusat.

Di peringkat negeri, mungkin PAS akan berpeluang untuk membentuk kerajaan perpaduan di Kelantan, Kedah, Johor, Selangor dan sebagainya. Jika tidak sebagai Exco, mungkin ada yang akan dilantik menjadi ahli majlis.

Walau bagaimanapun, penulis yakin PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan, mahupun BN sendiri. Jika dilihat pada PAS sekarang, mereka lebih selesa mengepalai blok politik ketiga itu bersama Ikatan. Mereka lebih selesa dengan gerakan solo.

Pada pandangan penulis, PAS tidak kisah jika berlaku pertembungan 3 atau 30 penjuru pun pada PRU ke-14 nanti. Malah PAS tidak akan ralat atau bimbang sama ada menang atau kalah di mana-mana kerusi yang mereka tandingi.

Mungkin ada yang memandang sinis pada pendirian PAS tersebut. Ada yang menyindir supaya PAS bubarkan parti dan bertukar menjadi NGO. Namun pada penulis, pendirian PAS itu adalah tepat kerana parti itu kini sedang mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah parti pembangkang yang ‘sihat’ dan memberi kebaikan kepada negara.

Perlu mereka yang memandang serong pada PAS itu sedar bahawa parti pimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi itu sedang cuba kembali ke perjuangan asal mereka, iaitu mencari keredhaan Allah, bukan untuk berkuasa, jadi Adun, Ahli Parlimen, atau Perdana Menteri.

PAS setahu penulis tidak mengejar keduniaan dalam perjuangan mereka. Bagi mereka, biar kalah bertanding asalkan tidak gadaikan maruah Islam. Sebab itu PAS tidak pernah takut kalah dalam setiap pilihan raya sebelum ini.

Lagipun, penulis yakin bahawa PAS menaruh harapan yang tinggi kepada UMNO untuk menjadi tunjang pentadbiran negara bersama parti-parti BN. Jika UMNO tersasar, PAS akan menegur, bukan menjahanamkan, tapi membina.

Maka mungkin kerana itulah Nik Abduh menegaskan bahawa UMNO akan tetap menjadi pilihan nombor satu rakyat di negara ini dan PAS di tempat yang kedua. Mungkin kini setelah berfikir secara matang maka PAS baru nampak perlunya kestabilan politik BN berbanding huru-hara di dalam Pakatan Harapan.

Apapun, kita nantikan apa yang bakal berlaku menjelang PRU ke-14 nanti. Khabarnya ada beberapa kejutan yang mungkin akan menambah huru-hara di dalam kem pembangkang. Sama-samalah kita nantikan debaran itu…



« (Previous News)



4 Komen to Perspektif PAS Menjelang PRU ke-14

  1. cikminah says:

    Namun sekiranya PAS mengejutkan ramai pihak dan cuba mencetus pembaharuan di dalam politik matangnya melalui kerjasama dengan BN, berkemungkinan perkongsian kuasa akan berlaku di beberapa negeri, malah mungkin di peringkat pusat.

    Di peringkat negeri, mungkin PAS akan berpeluang untuk membentuk kerajaan perpaduan di Kelantan, Kedah, Johor, Selangor dan sebagainya. Jika tidak sebagai Exco, mungkin ada yang akan dilantik menjadi ahli majlis.

    TERUSKAN BERANGAN……………berangan itu PERCOMA.
    HEHEHEHE

  2. Mazlan says:

    …dedak bercucuran, tin milo ditadahkan…

  3. Kamar says:

    PAS kata dia akan tanding setiap kerusi yg DAP tanding, kahkahkah 90% kerusi yg DAP tanding ialah kerusi majoriti cina, gila apa PAS nk tanding di tmpt majoriti cona, wayang2

  4. […] via Perspektif PAS Menjelang PRU ke-14 — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome