Menu Utama

Pemuda UMNO Wilayah Tekad Bawa Suara Anak Muda Bandar

Petang tadi selesai sudah mesyuarat pertama Pemuda BN Wilayah Persekutuan yang telah di pengerusikan oleh Mohd Razlan selaku ketua Pemuda BN WP.

Antara isu utama yang telah dibincangkan adalah berkenaan dengan masalah belia bandar.

Ada banyak inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang telah dilaksanakan namun perkara ini tidak dimaklumkan sehingga ke peringkat akar umbi.

Sebagai salah satu contoh adalah isu perumahan dimana kerajaan telah melaksanakan perkara ini dengan baik sehingga dapat mengawal harga hartanah agar tidak melambung naik.

Ini antara sebab pembangkang sering kali memainkan isu negatif terhadap kerajaan, Pemuda BN akan mengiatkan usaha penerangan dan memberi makluman kepada akar umbi.

Mesyuarat pertama ini telah memutuskan untuk terus bersama kepimpinan BN dan bertekad untuk memastikan bahawa Pemuda BN Wilayah Persekutuan akan mendapat keputusan yang terbaik pada PRU ke 14 kelak.

Malah Pemuda BN WP juga berazam untuk memastikan bukan sahaja pengundi di Wilayah Persekutuan akan mendapat manfaat daripada gerak kerja turun padang yang akan dilakukan kelak.

Hubungan antara parti komponen BN WP adalah dalam keadaan yang amat baik walaupun banyak isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Pemuda BN sudah siap sedia untuk meneruskan kerja bagi mendekati anak muda bandar dan bertekad untuk menjadi jambatan kepada masalah yang dihadapi oleh warga kota.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda BN WP.






Satu Komen to Pemuda UMNO Wilayah Tekad Bawa Suara Anak Muda Bandar

  1. […] via Pemuda UMNO Wilayah Tekad Bawa Suara Anak Muda Bandar — MYKMU.NET […]

Leave a Reply