Menu Utama

Pembangkang…jadilah 
ahli politik sebenar

TINDAK tanduk parti-parti pembangkang yang terbaharu me­layan buruk majlis pemben­tangan Bajet 2017 Jumaat lalu tidak sewajarnya berlaku.

Ini bukan ciri-ciri ahli politik tulen.

Apabila seorang Perdana Menteri yang menduduki tempat berkuasa dalam pentadbiran, beliau sekali gus meletakkan dirinya sebagai pemegang amanah kerana semua tindak tanduknya adalah bagi rakyat dan negeri.

Apabila beliau membentangkan satu bajet yang tujuannya untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat kerana parti yang diketuainya, Barisan Nasional (BN) berhak berbuat demikian setelah dipilih secara demokrasi diberi mandat oleh rakyat, majlis dalam Dewan Rakyat itu seharusnya dihormati.

Tetapi bukannya dengan wa­kil-wakil pembangkang bertindak keluar dan mempersendakan Bajet 2017 sesuka hati.

Istilah politik melibatkan perbuatan meneladani alam sekeli­ling – manusia dan alam. Belajar dari yang lampau, memandang kepada yang baik. Politik bersandar kepada sentimen dan perasaan orang ramai selain ketokohan dan keupayaan pimpinan seseorang.

Hakikatnya, semua wakil rak­yat perlu menghadapi rakyat me­lalui khidmatnya yang disalurkan kepada kerajaan dan parti.

Jika seseorang itu menduduki tahap yang tinggi dalam hierarki kerajaan tetapi tahap dan kualiti khidmat yang diberinya tidak dinikmati rakyat, kedudukannya tidak akan lama.

Perjuangan melalui politik bukan perjuangan untuk diri sebenarnya walaupun pada mulanya seseorang itu tidak menye­dari hal ini.

Elemen pengorbanan tetap ada dalam perjuangan. Apa-apa yang diambil dari sistem itu akhir­nya akan berbalas dengan apa yang disumbangkan dalam bentuk khidmat.

Jika pengorbanan itu melebihi ‘pengambilan’ dari sistem itu, satu hari kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Bolehlah dikatakan bahawa ini semacam karma politik yang sebenar.

Pakatan pembangkang jadilah ahli politik sebenar.

Zulkifli Jalil
Utusan






5 Komen to Pembangkang…jadilah 
ahli politik sebenar

  1. itsme says:

    atas prinsip mrk yg sentiasa menolak BN.. sy suka lihat jika BN/kjaan kurangkan atau hapuskan apa2 shj budget yg telah atau akan diperuntukkan kpd mrk. Lg pun mrk tetap akan menolak bukan?

    Kedua.. atas prinsip yg sama juga, kjaan juga harus menolak apa2 shj cadangan yg dtg dr mrk walaupun mrk katakan itu utk kebajikan rakyat umumnya. Lagipun rakyat mrk & pemimpin mrk pun tidak akan pernah suka jika kjaan membantu.

    Ketiga BRIM… siapa jua dr negeri mrk juga harus kjaan tolak krn sememangnya mrk akan tolak walaupun mrk mengambilnya. Bahkan pemimpin mrk juga tdk suka BRIM!!

    Harap2 kjaan pertimbangkan dan bantu rakyat dinegeri yg menyokong kjaan terlebih dahulu sehingga sblm mrk.

  2. 1malaysiakini says:

    Tindakan keluar dewan parlimen menerangkan sikap pembangkang yg ambil enteng mengenai kewangan negara..
    Tindakan pembangkang akan menggembirakan sebahagian penyokong tegar yg masih tidak sedar yg ketua2 mereka adalah pembangkang dan bukan ahli politik..
    Tetapi akan dihukum oleh sebahagian rakyat yg akan sedar selepas kejadian ini..

  3. kakak says:

    Mereka sudah rancang. Bila cukup masa, mereka keluar. Plakad sudah disediakan di atas meja. Bukan pasal bajet tidak realistik atau bermacam lagi.

    Yang saya fikirkan sangat, begitu cepat berubahnya TSMY. Kalau dulu semasa di sebelah kerajaan, pasti beliau akan mengkritik tindakan sedemikian. Tetapi sekarang?
    Sepatutnya, setidak-tidaknya, duduk sahaja dalam dewan dan lihat perangai yang lain itu macam Ahli Parlimen Pas – jadi matang dan berfikir secara mendalam kesan dan pandangan orang. Dulu bukankan beliau orang yang dihormati dan disegani?
    Tetapi sekarang? Begitu cepat berubah!! Beliau menjadi semacam seorang remaja yang tiada pendirian! Mana pergi pengalaman hidup selama ini?

  4. […] via Pembangkang…jadilah 
ahli politik sebenar — MYKMU.NET […]

  5. sino says:

    YDP DEWAN RAKYAT jangan benarkan mereka2 yg keluar dewan itu untuk masuk dlm parlimen sepanjang tempoh mesyuarat parlimen mengenai bajet 2017 ini. Merugikan duit rakyat bayar elaun.

    Mohon mana2 yb yg cerdik buat cadangan pengantungan mereka..

Leave a Reply

Threesome