Menu Utama

Pembangkang Diambang Kejatuhan Di Sabah – Abdul Rahman

Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang mengatakan “PKR dan DAP adalah parti tidak berguna.”

“Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?,” katanya dalam kenyataan yang dipos melalui twitternya @mpkotabelud di sini.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (ADUN Klias), ADUN Moyog, Terence Siambun (PKR) dan ADUN Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.

Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

— BERNAMA






8 Komen to Pembangkang Diambang Kejatuhan Di Sabah – Abdul Rahman

  1. azmi says:

    He he he…
    Geli hati aku bila baca artilkel diiatas..
    Jgn la seronok bila dia org keluar parti masing2..
    Mereka nk tubuh parti baru bukan nk masuk yg dah tentu mengancam kedudukan umno
    di sabah..
    Org sabah nak parti tempatan perintah negeri mereka bkn parti dr semenanjung
    Mereka nk mcm sarawak…di sarawak adnan satem yg tentukan halatuju sarawak bukan
    ditentukan oleh presiden umno/bn..

  2. Memang Baik says:

    PRU sudah tak berapa lama lagi akan diadakan kerana sudah habis edah dan pemilihan baru itu pasti. Jika sekarang mereka keluar dari rumah mereka , tentunya mereka rasa terlewat untuk bina rumah baru untuk didiami. Lojiknya mereka akan beri salam pada tuan rumah yang sedia ada untuk diterima kembali menjadi penghuni. Ini kerana mereka merupakan pemimpin tinggi bukan ahli biasa.

    Baru2 ini kita berpeluang lihat terbinanya rumah baru oleh seorang mantan. Dari mantan ini memang rakyat tak heran kerana dari dulu dia sering buat kerja secara spontan. Dari muda sampai ke-tua (badan sudah berbau tanah) dia sering keluar masok, masok dan keluar. Dia sentiasa merajuk, sering marah, sering mengata dan menuduh. Pendek kata belum pernah dia bersykur dengan apa yang dia ada.

    Namun kita lihat rumah yang baru dibina itu pun akan jadi rumah tinggal, usang dan akan roboh sendiri juga akhirnya.

    Memang terdapat desas desus bahawa dia bakal tinggalkan apa yang baru dia bina. Ini kerana dia sedar untuk dia mencapai matlamat , dia tak boleh buat dari rumah baru. Dia perlu lamar kembali kekediaman lama.

    Jika matlamatnya untuk selamatkan Malaysia… ye, memang boleh buat dari rumah baru. Buat 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan akhirnya “terselamatlah Malaysia” Tapi matlamatnta ialah “jadikan anaknya PM” maka dia kena melamar kembali dan main tarik tali. Dia merisik untuk anaknya jadi Finance Minister sebagai batu loncatan kerana matlamat recovery 100B.

    Tapi, Kita tak nampak kehendak dia akan diterima PM. Ini kerana demandnya dibuat dengan satu pertukaran atau barter trade. You jadikan anak I Finance minister, I akan stop segala tohmahan/serangan dan withdraw segala yang sudah dibuat. Apa yang kita rasa PM akan cakap ” You boleh tersukan dengan apa yang you buat, I have no problem at all. We can continue to be eenemy dan kita boleh teruskan permusuhan ini kerana syarat you I tak boleh ikut, you pun sedia maklum.

  3. sman says:

    Sudah terlalu banyak parti local kata Sabah tu tapi tak ada satu pun yg benar-benar berwibawa memperjuangkan rakyat Sabah.Kebanyakan nya hanya berminat utk menjadi KM Sabah.Dulu-dulu pun Sabah memang di perentah oleh parti tempatan Sabah,tapi semuanya kucar kacir.Susah mereka nak menewaskan Umno /BN dalam keadaan begitu.Sekarang belum apa-apa pun nampaknya parti lawan Umno yg tunggang langgan berpecah,semuanya kerana mereka berkejar utk mencuba nasib dengan menubuhkan utk menjadi KM Sabah barangkali.

  4. cikminah says:

    Monday, October 3, 2016
    Sekarang parti DS Shafie Apdal punya dua ahli MP dan dua ADUN
    TERRENCE GABUNG PARTI DS SHAFIE

    SEKARANG parti DS Shafie Apdal punya dua ahli parlimen dan dua ahli dewan undangan negeri Sabah.

    Di perhimpunan tadi yang dinamakan HALA TUJU PERJUANGAN PARTI TEMPATAN bertempat di Yahoo Hotel Sembulan, DSP Lajim telah mengumumkan keluar parti, meletakkan jawatan sebagai pengerusi MPN Sabah dan ketuai parti baru.

    Katanya tadi sekitar 10 cabang telah menyertai atau ikut jejak DSP Lajim meninggalkan parti dan yang lain akan menyusul kemudian.

    Di acara sama YB Terrence Siambun ADUN Moyok diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dan serentak itu ia juga meletakkan jawatan ketua penerangan Keadilan Sabah dan seterusnya keluar dari parti berkenaan.

    ” Dengan ini saya juga mengumumkan bergabung sama dengan parti YB DS Shafie Apdal ” Katanya.

    Sementara YB Junz Wong selaku setiausaha DAP Sabah merangkap ahli dewan undangan negeri Likas juga mengumumkan keluar dari parti DAP sekaligus meletakkan jawatan sebagai setiausaha DAP Negeri.

    ” Saya keluar parti dan akan sertai parti tempatan sabah” Katanya tetapi ia tidak umumkan parti mana yang bakal ia sertai nanti.

    Menurut desas desus yang diberitahukan ia bakal menyertai parti yang diketuai oleh YB Shafie Apdal dan akan dia umumkan dalam masa terdekat nanti.

    ISMAILY BUNGSU

  5. yon76er says:

    Yg sibuk sana sini pukol canang tuboh Parti Baru ialah Si Mantan PM & Midin..tapi yg keluar Parti adalah drp./Pembangkang (PKR/DAP) dan masok Parti Safie , xpula Parti Midin…..Hermmmmmmmmm…

  6. manjoi says:

    DAP & PKR yang berpecah & terjejas teruk kat Sabah & Sarawak. Molek sangatlah sebab depa ni umpama barah (cancer) pada perpaduan Bumiputera Malaysia. Diharap barah (cancer) tu akan merebak pula ke Semenanjung, boleh kita ‘talkin’kan terus DAP & PKR ni…….

  7. Badrole Amin says:

    aku percaya PKR & DAP akan meletakkan calon mereka bertanding(PRU14) di kerusi yang sama dimana bekas2 Anggota Parlimen & ADUN dari PKR & DAP yang lompat parti itu pernah bertanding atas tiket PKR & DAP pada PRU13 yang lepas

    aku juga percaya bekas2 Anggota Parlimen & ADUN dari PKR & DAP yang lompat parti itu akan terlebih dahulu mendesak PKR & DAP agar tidak meletakkan calon pada PRU14 nanti untuk mengelak berlaku pertandingan 3/4/5 penjuru dikalangan calon pembangkang

    pihak yang mendesak terlebih dahulu tidak boleh dianggap pihak yang harus dipersalahkan menyebabkan pertandingan 3/4/5 penjuru berlaku sekiranya ianya berlaku…apa pun, semoga lebih meriah hendaknya PRU14 dengan pertandingan pelbagai penjuru sesama sendiri dikalangan calon pembangkang

    ———————————————————————————-

    kepada cikminah ngokngek…

    kalau puan pandai menjawab soalan dibawah nanti saya akan hantar rombongan ke rumah puan untuk masuk melamar, hehehehehe

    apanya yang tidak kena & sesuai dengan PRIBUMI(sinonim dengan pribumi di Sabah) yang ditubuhkan mahathir & kenapa shafie apdal tidak masuk sahaja menjadi ahli PRIBUMI tapi sebaliknya dia menubuhkan parti baru?

    tiap hari aku berdoa semoga pembangkang semakin teruk sampai tak dapat

  8. Badrole Amin says:

    tiap hari aku berdoa semoga pembangkang semakin teruk sampai hilang akal tidak tahu bagaimana hendak selesaikan masalah pembahagian kerusi sesama mereka…semoga ‘grand coalition’ pembangkang yang diimpikan azmin ali & muhyiddin tidak menjadi kenyataan

    amin

Leave a Reply

Threesome