Menu Utama

Pelajar “Balaci” Pembangkang Terkilan Arul Kanda Dapat Jelaskan Isu 1MDB

KITA tahu bahawa segelintir pelajar telah dijadikan “alat” untuk menghasut para pelajar yang lain untuk membenci pihak kerajaan dengan mengunakan isu yang direka oleh pakatan harapan.

Kemunculan Presiden yang juga ketua pegawai eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy secara peribadi telah menjelaskan berkenaan isu dana tersebut yang sengaja dijadikan “kambing hitam” oleh pihak pembangkang kepada para pelajar di Universiti Malaya malam tadi. Ianya sekaligus telah mengagalkan modus operandi jahat pembangkang di kampus tersebut.

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang jelas berpaksikan pembangkang cuba mengkritik ceramah ‘1MDB dan hal ehwal semasa’ di Universiti Malaya malam tadi. Mereka sifatkan itu sebagai sesi ‘cuci otak’.

Dengan kata lain, segala fitnah yang telah ditaburkan oleh kumpulan tersebut sebelum ini telah dijawab dengan jelas dan padat oleh Arul Kanda sehingga para pelajar tidak ada sebarang kesangsian lagi terhadap ketelusan dan kewibawaan kerajaan.

Presiden Umany, Ho Chi Yang masih cuba mempertahankan fitnah jahat pembangkang dengan menuduh Arul Kanda memutar belitkan fakta mengenai 1MDB sehingga mengelirukan pelajar sedangkan selama ini, sebenarnya mereka yang berbuat demikian.

Malah Ho Chi Yang turut menuduh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UM bersekongkol dengan Umno untuk membersihkan minda pelajar. Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah berat sebelah dengan tidak menjemput Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang mengikuti skandal 1MDB dengan teliti.

Kita amat maklum bahawa Tony Pua dan Rafizi adalah jentera pembangkang untuk menabur fitnah dan sehingga ke hari ini, kedua-dua mereka ini gagal mematahkan sebarang kenyataan Arul Kanda.

Dalam sesi penerangan tersebut, Arul Kanda menjelaskan bahawa 1MDB kini dalam kedudukan yang stabil kerana tidak lagi mempunyai sebarang hutang jangka pendek atau pinjaman bank, dan mempunyai tunai AS$2 bilion selepas menjual Edra Global Energy Bhd.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Edra dijual pada kerugian dan akan mengkompromikan kepentingan negara kerana dijual kepada sebuah syarikat milik negara China.

Menurut Arul lagi, tiada apa yang salah dengan mempunyai kepentingan asing dalam syarikat bekalan kuasa tempatan selagi ia dikawal selia dengan baik, dan ini juga dilakukan di negara-negara seperti di Singapura dan United Kingdom.

Kami ingin mendesak agar pihak Universiti Malaya mengambil tindakan terhadap Presiden Umany, Ho Chi yang menuduh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UM “cuci otak” pelajar dan bersekongkol dengan Umno memandangkan ianya satu tuduhan yang berniat jahat.

Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang menghasut pelajar secara berterusan dilihat sebagai tindakan yang “singkat akal” dan meletakkan kepentingan politik peribadi melebihi masa depan para pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran dan keluar berkhidmat untuk diri pelajar sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain, pembangkang merosakan semua perkara dan sesiapa saja yang bersama mereka.



(Next News) »



22 Komen to Pelajar “Balaci” Pembangkang Terkilan Arul Kanda Dapat Jelaskan Isu 1MDB

  1. sman says:

    Kalau Arul di katakan sudah ‘mencuci otak’ mereka,ertinya mereka mengaku mereka tidak bijak ,kerana mudah di cuci.Zaman saya belajar di MU dulu,tak ada org luar seperti Arul yg berani datang utk ‘mencuci otak’ kami.Kalau ada yg datang berniat demikian,mereka tidak akan berjaya malahan hujah mereka akan berubah arah dipertengahan perjalana forum dgn mengemukakan points yg mula memehak kepada kami.

  2. azmi says:

    HE HE HE…
    Jangan lah nak bodohkan pelajar2…
    Kalau anak orang UMNO tak lulus SPM bolehlah nak kelentong…

  3. manjoi says:

    UM memang menjadi sarang golongan siswa ‘sesat’. Maklumlah aje lah, alma mater si Anwar. Sebagai menara gading ‘numero uno’, para siswa UM perlu mencerminkan tahap intelek yang sepadan dengan prestij UM. Yang bengap & ‘lembu’ macam macai tak layak dapat tempat di U yang ulung seperti UM.

  4. Mazlan says:

    …harap2 anak aku tak join grup pembangkang ni…so far cgpa first year=3.86, ada kat fakulti engineering tuu…

  5. Haikal Roslan says:

    Alaa…Anak cina nie lahir jer semuanya dh tersedia hingga ke U..Bila lupa sejarah dan tidak merasakan masa darurat,ini lah jadinya…Dia x tahu tu yg org melayu kg juga lah menolong nenek moyang mereka dr jepun dn komunis…Sekarang ni lagi mau eksyen…

  6. Inderasakti says:

    Nak suruh tony puaka dgn rafzi si sotong suruh dijemput berdebat dengan arul kanda? Nak mampos apa amoi pro dapig nih? Sedangkan rafizi sendiri pernah bagi warning kat tony supaya tidak berdebat dgn arul kanda sebab arul sendiri seorang pendebat yang hebat lagi pun apa yang di katakan pelajar um ejen dapig ni tak ubah cuba mengalihkan isu sedangkan amoi mmg dah BIG LOSER!

  7. azmi says:

    inderasakti…sapa yang lari terkincit bila rafizi dan tony pua ajak arul berdebat…
    bukti nya…ini…

  8. azmi says:

    Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menempelak presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa menggunakan speaker Dewan Rakyat sebagai alasan untuk mengelak daripada berdebat berhubung syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
    Menurut Rafizi, Arul Kanda sengaja memutar belit kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung larangan debat diantara ahli PAC dengan Presiden 1MDB itu.
    https://www.youtube.com/watch?v=A9G9F19-yfA
    NAJIB PENCURIK PUN TAKUT BERDEBAT…INI KAN PULA ARUL KANDA…
    PTTTTUIIIHHH….

  9. Inderasakti says:

    Pasal speaker tan sri pandikar amin tau mau perkara ni sebab ia menjejaskan siasatan pac terhadap 1mdb ketika itu sampai tan sri speaker ugut dirinya letak jawatan jika debat ni diteruskan la azmi kapiaq jadi sape yang guna sape sebenarnya? lagi pun rafizi sotong sendiri tak mau berdepan dengan arul kanda semasa debat yg dianjurkan oleh sinar harian dibandingkan masa debat dgn KJ itu pun sotong kena bantai berdas das apa selama ni aku tak tengok sejarah ke azmi kapiaq barua zionis? Sedangkan sotong sendiri pun kecuq teloq apa lagi tony puaka kena bahan la jawabnya

  10. Inderasakti says:

    Nak suruh najib berdebat ke azmi? Atau hang sendiri yang sgt jawab?
    Apa hang bole jawab dgn DS Najib?
    Najib pencuri
    Najib penyamun
    Najib perompak
    Najib altantuya
    Tu je modal hang! Tak cukup dedak dapig madey nanti melalak

    Kah kah kah kah kah kahh Khaiktuihhh

  11. […] via Pelajar “Balaci” Pembangkang Terkilan Arul Kanda Dapat Jelaskan Isu 1MDB — MYKMU.NET […]

  12. system baru says:

    He.he.he hanya berani depan media ITU rafizi sotong mckk

  13. system baru says:

    Tak lulus spm pun tahu apek tak reti cakap melayu, aku cabar apek ambil ujian percakap bahasa melayu pasti semua gagal macam azmi he.he.he, boleh dikata profesor cina faham bahasa melayu buat kajian hanpir semua apek yg masuk univesiti hasil simpati dari umno Dan guru malayu bagi luluskan..

  14. 1malaysiakini says:

    Azmi…

    Awak tak rasa pelik ke..
    Tony phua yg ahli dlm soal siasat 1mdb tk kasi bukti2 yg sahih sampai sekarang utk benamkan 1mdb?
    Kalau 1mdb ada salah laku… dah lama kot kena benam..
    Dah lama sangat tapi tader 1 pun bukti sahih yg boleh pembangkang atau sesiapa pun kemukakan.. selama ni cuma ckp2 saja..
    Pasukan penyiasat yg menyiasat adalah termasuk kalangan pembangkang…
    Tapi masih azmi dan semua pembangkang memutat belitkan fakta dgn dusta..
    Dan penyokong pambangkang yg buta hati.. ditipu hidup2 oleh ketua2 diaorg..
    Sudah sudah lah azmi, kena kencing dgn ketua2 pembangkang sikit2 jadilah..

  15. Memang Baik says:

    Puak2 ini semua sebagaimana kita semua sudah diprogramkan minda mereka. Mereka diprogramkan untuk bercakap apa yang mereka suka cakap dan yang memberi keuntungan pada mereka. Mereka hanya akan terima apa yang mereka mahu terima dan mereka terus akan percaya pada perkara yang mereka percaya saja.

    Mereka begitu fasih menghafal,
    IMDB, 42B, 2.6B dan 3B dan macam2 B lagi .

    Kerana mereka hafal waktu pagi, tengahari hingga kemalam. lalu mereka tidor dengan irama hafazan yang sama sehinggalah mereka bangkit semula keesokkan harinya. Mereka buat sebiji sama saperti kanak2 kelas asuhan diajar menyanyi lagu negaraku.

  16. Omega says:

    Azmi,

    Ingatkan video yg awak paparkan melibatkan sesi perbincangan dan pembentangan soalan oleh mahasiswa yg bijak. Sehinggakan Arul kanda atau panel lain gagal menjawab. Rupanya hanya tindakan segelintir pelajar dalam 2 atau 3 org yg hanya sekadar memegang plycard protes. Kalau setakat itu saja pencapaian mahasiswa yg pro pakatun maka tak hairanlah mahasiswa pro pakatun kalah di semua IPTA IPTS semasa pilihanraya kampus. Mereka langsung tak menyumbang daya intelek.

    Usaha pakatun GAGAL lagi dan lagi

  17. Omega says:

    Azmi,

    Lagi satu kalau setakat nak pegang plycard sambil melolong maka tak perlu kelulusan tinggi. Cukup sekadar bebal sudah memadai. Tak ada apa yg boleh dibanggakan langsung jika sekadar begitu.

  18. ziee lipan says:

    Pie Suruh Azmi barua tu semak result pelajar yang joint pembangkang ni..bagus sangat ke ataupun yang tahap nak terlungkup..

  19. anoi says:

    https://youtu.be/F-ELEvYcTdM

  20. TORATORA says:

    Pembangkang nampaknya cuba nak memperbodohkan pelajar. Apa bola nak ajak piji lembut dgn tony puaka tu sekali dlm session tu. Mereka bukan sesiapa pun utk diajak menyertai program mcm tu. Mau bagi penerangan dgn students, buat la program sendiri. Tak malu betul

  21. Hantu Gigi Jarang says:

    Bebudak UM tu tidak mudah diperbodohkan oleh Ane Kandar senang2..sayapun belajar dekat situ dulu…tau sangat…:-)

  22. manjoi says:

    Anwar, siswa2 ‘ajaran sesat M01 & 1MDB’ & Hantu Gigi Jarang nampaknya ada satu persamaan. Mereka adalah siswa UM, U terunggul Malaysia. Tapi sayang, mereka umpama ‘buah busuk’ dalam tandan yang penuh buah2 segar. Harapnya tiada siswa UM yang terikut2 nak jadi ‘buah busuk’. Jadilah buah segar yang mengharumkan nama UM……

Leave a Reply

Threesome