Menu Utama

Pelaburan Dalam Infrastruktur Pengangkutan Awam Darat Beri Kesan Pemangkin Kepada Ekonomi: Najib

Pelaburan lebih RM70 bilion dalam projek-projek infrastruktur pengangkutan awam mempunyai kesan pemangkin yang besar terhadap ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelaburan dalam projek-projek seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT) dan Keretapi Laju (HSR), mempunyai kesan pemangkin yang besar ke atas ekonomi kita.

“Ia akan membawa banyak faedah kepada masyarakat, baik dalam jangka masa segera dan jangka panjang,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada majlis pelancaran Laporan Lima Tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pameran dan Simposium di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Isnin.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun lepas, Malaysia telah mengambil langkah penting dan mencapai kemajuan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan, yang menyaksikan bahagian mod pengangkutan awam meningkat kepada 22 peratus pada 2015 daripada 10 peratus pada 2009.

Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bahagian ini kepada 40 peratus menjelang akhir 2020, kata beliau.

“Bagi mencapainya, dasar dan sistem pengangkutan awam darat kita mesti lebih menumpukan kepada pengguna dan responsif kepada perubahan asas demografi.

“Lebih penting lagi, pengguna mesti diyakinkan bahawa pengangkutan awam boleh memenuhi keperluan mereka, dan membolehkan mereka ke destinasi mereka dengan pasti dan selesa,” katanya.

Antara pelaburan yang dibuat oleh kerajaan bagi pengangkutan awam darat ialah RM40.85 juta bagi perkhidmatan bas percuma bandar, GoKL, dan RM548 juta bagi inisiatif perkhidmatan bas dikenali sebagai Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF).

Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah melabur RM20.6 juta bagi pengoperasian perkhidmatan myBAS oleh SPAD di Kangar sejak Ogos 2015, di Seremban mulai Januari 2016 dan di Ipoh bermula Jun 2016.

Selain itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM760 juta bagi kerja-kerja pembaikan, pemulihan dan menaik taraf bagi laluan Pantai Timur dari Gemas ke Tumpat.

Selain itu, sebanyak RM661 juta telah dilaburkan dalam Bas Transit Sunway Rapid, projek perintis melalui perkongsian awam-swasta yang mula beroperasi pada Jun 2015.

Pada Mac 2012, kerajaan meningkatkan kapasiti perkhidmatan KTM Komuter dengan melabur RM1.89 bilion untuk menambah 38 unit tren enam gerabak.

Ini telah menyumbang kepada peningkatan 45 peratus dalam bilangan penumpang KTM Komuter daripada 96,798 setiap hari pada 2012 kepada 141,281 penumpang sehari pada akhir 2015.

Kerajaan juga telah melabur untuk menaik taraf infrastruktur lama KTM Komuter, dengan pelaburan sebanyak RM1.41 bilion bagi kerja-kerja pemulihan landasan berkembar berusia 20 tahun di Lembah Klang, kata Najib.

— BERNAMA






6 Komen to Pelaburan Dalam Infrastruktur Pengangkutan Awam Darat Beri Kesan Pemangkin Kepada Ekonomi: Najib

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    This man talks like he has all the money in this world? Resolve the budget constraints in hospitals, school, universities, scholarship dulu la bro…Zaman Tun thousands were sent overseas to study. Yet no funding issues to complete KLIA, KLCC, Putrajaya. The answer is – takda rasuah berluasa seperti sekarang.

  2. system baru says:

    Hantu Gigi Jarang
    Cuba cerita dengan aku APA jadi 1998-2002 ITU itu semua gara tun m sayang anwar ITU.

    Beribu pelajar tak dapat biasiwa malah ADA terpaksa menuntut kaki pada menteri untuk dapat biasiwa
    Kolej metrik mara tak dapat hantar keluar negara.
    Kolej kemahiran swasta tumbuh bagai cindawan tapi sijil mlvk nya tak laku

  3. […] via Pelaburan Dalam Infrastruktur Pengangkutan Awam Darat Beri Kesan Pemangkin Kepada Ekonomi: Najib —… […]

  4. Inderasakti says:

    Hantu gigi karat mana lahir time tu nak hantaq student ke luar negara ingat serupa tabur duit ke? Sekarang yang study kat al azhar mesir pun terpaksa balik sebab kos hidup dok sana pun makin tinggi apalagi macai pakatun kuat mengeluh konon kos hidup tinggi. Kan selangor dan penang tu kaya jual tanah tu ni kenapa tak hangpa puak pakatan haprak mintak depa taja study kat overseas pula? Masa tu hangpa bole ada modal kutuk umno bn kaw kaw punya tak gitu?

  5. anoi says:

    Aaa … May …. mang ea hantu gaung tu tak kira asal dari kerajaan semuanya tak betul kalu diyo dizaman Onn sampai Mahathir, Pak lah dan skrg ni semuanya tak betul … hantu gaung ni mmg Cino rasis berharap M’sia jadi Singapork tu pasal kondem selagi Melayu memerintah. Wa kuak lu gey lancau la hantu gaung.

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha..gua lawan Melayu yang rasuah dan pecah amanag saja. Lu pun patut sokong gua. Lu baca Quran punya orang mesti sokong ini jihad!

Leave a Reply