Menu Utama

Pas tolak Bersih 5.0

Pakatan pembangkang ga­gal memujuk Pas untuk mengubah pendirian tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Pendirian muktamad Pas se­perti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan hari ini sekali gus meranapkan harapan pakatan pembangkang untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam terhadap perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada 2 Oktober lalu berkata, parti itu memutuskan tidak me­nyertai Bersih 5.0 yang dilihat mempunyai matlamat yang tidak selari dengan Pas.

Nasrudin menegaskan semula pendirian Pas tersebut sehari selepas Setiausaha Agung DAP yang belum di­sahkan jawatan, Lim Guan Eng se­olah-olah merayu kepada bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu untuk menyertai Bersih 5.0.

Pas sebelum ini enggan menyertai Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu lantas mengakibatkan jumlah peserta perhimpunan ber­kenaan dalam kalangan orang Melayu merosot dengan mendadak.

Perhimpunan Bersih 4.0 yang penuh dengan perbuatan biadab menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam serta mengotorkan ibu negara itu lebih banyak disertai kaum Cina serta penyokong DAP.

Senario berbeza berlaku semasa penganjuran Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 di mana dapat di­lihat lebih ramai ‘muka Melayu’ yang rata-ratanya ahli atau penyokong Pas.

Kegagalan menarik penyer­taan Pas kali ini juga akan menyebabkan Bersih 5.0 yang sememangnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat menjadi satu perhimpunan ‘syok sendiri’.

Sikap Pas itu juga boleh ditafsirkan sebagai tanda parti tersebut tidak mahu lagi diperalatkan untuk kepentingan pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR dan PAN.

Pas kini sedar bahawa sebarang bentuk kerjasama dengan DAP hanya merugikan parti itu sendiri justeru mereka tidak akan mengulangi kesilapan serupa dengan menyertai Bersih 5.0.

Utusan






12 Komen to Pas tolak Bersih 5.0

  1. Memang Baik says:

    Boleh kita katakan yang mengganas rosakkan kereta polis, pecahkan harta awam dalam salah satu bershit dulu adalah ahli PAS. Ini kerana ahli PAS kuat semangatnya serta kuat sekali takbirnya .

    Syukur sekarang mereka sedar mereka hanya jadi alat. Mereka menang sorak, kampung mereka tergadai. Mereka sudah penat jadi kuda kerana kuda perlu laju larinya dan berat sekali beban nya.

    Tidak kira PAS bakal bersama siapa , tapi kita tetap tabik spring diatas kesedaran begitu.

  2. Memang Baik says:

    Mula2 diendorse olehnya Midin bakal jadi PM. Menyedari puak2 tak ada harapan nya tak suka, di reserve nya pulak. Dibuatnya berbunyi seolah2 Nuar pun Ok. Dia pun tahu kalau Nuar betul2 jadi, dia anak beranak ditinggal keras begitu, lalu reput.

    Kalau Midin mungkin ada chance. Ini kes merapu yang tak sudah.

  3. Inderasakti says:

    Pas dah lama tolak bersih pun bukan sebab hanya jadi keldai sejak sekian lama pakatan rakyat lagipun Pas mahu lebih dominan bukan jadi barua kepada tuannya ini bermakna madey midin dan tokong toksah la pujuk Pas tu melainkan mahfuz bean sebab dia pun bakal senasib dgn husam musa!

  4. yon76er says:

    Alhamdulillah..Kalau PAS dah tolak….Kenalah SiTua Bangka dgn. Kawan2 yg sewaktu dgn dia turun dijalanan..MELALAK2..

  5. azmi says:

    Kita orang turun bukan untuk melalak…
    Kita ada permit…
    Kita dapat kerjasama PDRM..
    Kita memahami peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012..
    Kita memahami Undang-undang Malaysia Akta 736..
    Kita bukan baju merah nak cari gaduh…

  6. system baru says:

    Faham undang2 azmi kau baca ke? aktar pehimpunan aman 2012 itu
    Cuba cerita dengan aku ini,baju kuning berkumpul kawasan tempat mengangu orang awam ITU faham undang ke?..
    Bawa kanak2 berhimpun faham undang2 ke?
    Pukul polis ikut undang2 ke?
    Berkumpul di tempat pelancon Dan kawasan awam faham undang2 ke?
    Tunjuk bontot untuk anwar jubur kau azmi budaya kita ke?
    Korang rosak harta benda awam ITU tak langgar undang ke?

    Kami baju merah tak pukul polis
    Kami tak tunjuk bontot
    Kami hanya tunjuk bontot depat rumah ambega sebab ITU cara pembangkang hormati pemimpin yg dia tak suka.
    Kami tak rosak harta benda awam

  7. Inderasakti says:

    Betul ru system baru kalau dulu bershit boleh tunjuk samseng polis
    Tapi bershit sekarang nak tunjuk samseng depan baju merah dah
    mula buat langkah seribu dah

  8. Inderasakti says:

    Betul tu system baru kalau dulu bershit boleh tunjuk samseng polis
    Tapi bershit sekarang nak tunjuk samseng depan baju merah dah
    mula buat langkah seribu dah

  9. TORATORA says:

    nampak macam PAS dah banyak belajar berkenaan macamana nak pilih kawan yang baik. Cuma ada sorang pemimpin PAS yang aku tak berapa suka. Nama pangkal macam ada unsur2 bossy sikit..Tuan dot3 bin Tuan dot3. Dia ni kalau cakap ikut sedap aje. Bahaya orang macam ni

  10. dindally says:

    Baju kunimg adalah barua DAP. Barua DAP memang patut diterajang . Tahniah baju merah. Nak buat macamana takdir menentukan utk tentang DAP kena terajang melayu bodoh yg jd barua DAP dulu.itulah yg sdg kami lakukan

  11. manjoi says:

    Anjing2 ‘baju kuning’ boleh menyalak puas2. ‘Baju biru’ ada untuk jaga keamanan. Tapi kalau anjing ‘baju kuning’ melampau, awas! ‘Baju merah’ tunggu kat depan simpang!!!!

  12. anoi says:

    kononnya nak bersihkan M’sia, apa tak cukup mkn ka … bloody bershit u

Leave a Reply

Threesome