Menu Utama

Parti Harapan Dah Rasmi, Pakatan Harapan Saja Yang Belum Lagi

PUTRAJAYA 25 OCTOBER 2016. Datuk Seri Lajim Ukin menunjukkan sijil kelulusan pendaftaran parti Harapan Rakyat Sabah selepas selesai mendaftar di Pendaftar Pertubuhan, Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.

PENDAFTAR Pertubuhan (RoS) semalam secara rasmi meluluskan parti Harapan Rakyat yang ditubuhkan bekas ADUN PKR (sebelum itu Ahli Parlimen BN), Lajim Ukin.  Parti itu dilaporkan bakal disertai oleh sebahagian besarnya bekas pengikut parti PKR Sabah.

Tak beberapa lama sebelum itu, RoS meluluskan penubuhan sebuah parti yang ada kaitan dengan Shafie Apdal, Warisan dan parti yang diasaskan Mahathir, Pribumi.

Pendek kata, apa nak disebutkan ni, senang betul menubuhkan parti politik di negara ini dan prosesnya begitu pantas.  Ada sampai sebulan, lebih sikit, tak sampai sebulan pun ada – mudah betul.  Itu yang hairan kenapa Pakatan Harapan yang ‘agak lama’ digembar-gemburkan ini masih tidak dirasmikan sebagai sebuah institusi?  Apa yang ditakutkan?

Kata pembangkang menyasar pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam PRU14 yang akan datang, dengan bagaimana ini dapat direalisasikan kalau berlawan pun ikut parti masing-masing?

Hentikanlah guna alasan lapuk konon kerajaan BN hari ini akan menyukarkan proses tersebut (pendaftaran Pakatan Harapan) kerana 3 parti yang baru diluluskan pendaftarannya ini telah membuktikan bahawa kerajaan BN tidak takut siapa nak menubuhkan parti apa pun untuk melawannya.

Takkan tahan tengok Saifudin Abdullah menjadi ketua Setiausaha Sekratariat kepada sesuatu yang tidak wujud secara rasmi?  Kawan tu dah bersusah payah keluar UMNO, lepas macam-macam jawatan/kelebihan menjadi penyokong kerajaan, diakhirnya dilantik mengetuai sekretariat kepada organisasi yang tidak berdaftar.

Rakyat patut sedar sekarang ini adalah cara pembangkang berpolitik.  Dia buat kerja sia-sia seperti bergerak atas platform yang tidak wujud, tak apa, tapi kalau BN bentang bajet 2017, dikatakan tidak realisitik pulak, konon hanya angka, wangnya tak ada,

Entah apa nama permainan politik yang macam ini pun tak tahu.






2 Komen to Parti Harapan Dah Rasmi, Pakatan Harapan Saja Yang Belum Lagi

  1. manjoi says:

    Cepat! Cepat! Siapa lagi nak daftar sebelum PRU14! Belum pernah dalam sejarah, UMNO/BN berdepan dengan begitu banyak parti pembangkang macam sekarang. Hebat! Hebat! Dulu, kini & selamanya, UMNO tetap takkan tumbang. Berakar tunjang, menjulang MALAYsia kearah gemilang!!!!

  2. […] via Parti Harapan Dah Rasmi, Pakatan Harapan Saja Yang Belum Lagi — MYKMU.NET […]

Leave a Reply