Menu Utama

Pakatan Mengaku Kalah, 3 Penjuru Tak Boleh Dielakkan Dah

bn-pas-amanah

DALAM pemimpin Pribumi ke hulu ke hilir berusaha menyatukan masing-masing PAS, PAN dan DAP bagi mengelak pertembungan 3 penjuru (atau lebih) dalam PRU14 yang akan datang, PAN dalam satu kenyataan terbarunya, nampaknya bersikap lebih realistik apabila mengaku pertandingan 3 penjuru ini dah tak boleh dielak daalm PRU13 kelak.

Undi hanya parti-parti Pakatan Harapan sajalah kata mereka.  Maksudnya kalau ada parti Pakatan kat situ, ada jugak PAS dan BN, undi yang Pakatan tu sajalah.

Mungkin PAN tengok Muhyiddin jumpa PAS pun gagal mencapai kata sepakat, habislah, apa nak diharapkan lagi?  PAS adalah kunci kepada percaturan yang rumit ini, kalau PAS tak boleh nak mengalah, habislah semuanya.

PAS pulak kalau mengikut puak-puak ni, mana letak maruah dia?  Dah henyak, dilanyak oleh DAP termasuk dipecah 2 dengan wujudnya PAN pun, masih nak bekerjasama lagi?

Tak hairan kenapa Pribumi bersedia menghadapi kemungkinan diharamkan kerana berkeras nak jugak guna akronim Bersatu (bukan PPBM seperti dalam pendaftarfan rasmi), sebab mungkin dia (Pribumi) silap-silap tak akan sampai ke situ pun (PRU14).  Adalah membuang masa sahaja Pribumi bertanding dalam pilihanraya kalau pertandingan sesama parti pembangkang ini tidak boleh dielakkan.

Bukan cakap style ahli nujum ni tapi berdasarkan statistik dalam PRU13, PRN Sarawak dan 2 pilihanraya kecil selepas itu.  Semua kawasan dimana pembangkang bertembung sesama mereka, semuanya yang kalah, satu pun tak menang.

Mengetahui kepentingannya, tak hairan kenapa Mahathir menjadikan soal ini sebagai halangan pertama yang perlu diselesaikan sebaik dia secara rasmi menjadi pemimpin pembangkang dan ini bukanlah rahsia umum, dah dinyatakan banyak kali di beberapa tempat pun.

Tapi dengan bagaimana ini boleh berlaku kalau parti-parti yang nak disatukan ini pun menolak dan mengalah awal-awal lagi?






6 Komen to Pakatan Mengaku Kalah, 3 Penjuru Tak Boleh Dielakkan Dah

  1. […] via Pakatan Mengaku Kalah, 3 Penjuru Tak Boleh Dielakkan Dah — MYKMU.NET […]

  2. Inderasakti says:

    Gebang je lebeh tu sedangkan pembahagian kerusi pun tak sepakat
    Nak pertahankan ego siapa yang lebih baik dan lebih bagus
    Nampaknya sifat machiavellian dan chauvinist adalah kekuatan utama pakatun
    dan bukan untuk membela kebajikan rakyat dan memajukan negara
    Tak abis abis drama politik depa tuh

  3. Memang Baik says:

    Mereka berlakun diatas pentas sekian lama menyedari mereka dituntun. Untuk berlakun perlu belanja besar atau kecil. Ini kerana semua pelakun perlu bayaran, logistic perlu dibayar dan pentas lakunan juga memerlukan duit. Ini semua tidak mendatangkan masaalah kerana mereka punyai dana.

    Matalamat mereka adalah menumbangkan BN dan mengambil alih tampok pemerintahan negara. Agenda ini dirangka sejak 2008 oleh mereka yang sama . Cuma bezanya sekarang mereka ada tambahan ahli yang telah menyertai mereka. Mereka tidak sedikit pun teratur, mereka tidak sepakat, mereka dilihat bakal bercakar sesama sendiri. Tapi mereka tak kisah kerana matalamat mereka ialah untuk menumbangkan BN dan mengambil alih tampok permerintahan negara.

    Mereka berkira2 sesama sendiri, bahawa mereka masih ada paling kurang 12 bulan untuk terus dengan lakunan itu. Mereka namakan bakal PM, mereka namakan bakal TPM, mereka curi orang BN dan ini semua jalan cerita dalam lakunan yang mereka arahkan.

    Najib PM dilihat berlawan dengan sengaja mengikat tangannya. Tangan terikat Najib tidak memukul. Menyepak pun tidak. Najib senyum sana, senyum sini buatkan semua orang pelik. Pelik kerana berlawan dengan mengikat tangan sendiri. Diakui Najib memang tercedera kerana pukulan yang diterima . Tapi pukulan diterima tidak dibalas dengan pukulan biasa, cuma ditiup sikit2. Akibatnya sorang tercampak kekiri, sorang lagi tercampak kekanan.

    Apa yang kita bakal lihat…. akan pecahnya satu persatuan, leburnya satu perpaduan … kerana puak itu memang bergerak tanpa memiliki mana2 satu yang disebut itu…. persatuan mahu pun perpaduan.

  4. Memang Baik says:

    Kita bercakap berdasarkan dalil. Kita pernah lihat semangat 46. Kita pernah dengar juga barisan itu, berisan ini. Dan kita tahu dimana semua mereka sekarang.

    Kecederaan Najib yang agak ketara ialah selepas Lorretta Lynch dengan pengumunan dia. Tapi Najib yakin cedera itu cedera luar saja yang cepat semboh selepas menerima outpatient treatment. Penyakit luaran , ibarat terkena batu sesat tercampak dari mesin potong rumput. Cedera itu sementara dan cepat semboh.

    Penyakit yang susah sembuh ialah penyakit dalam perut yang merebak cepat dalam badan dan tentunya sukar sembuh. Penyakit begini puncanya ialah makanan. LGE sedang menderita penyakit dalaman dan belum pun mula merawat kerana doktor belum tetapkan jenis rawatan. Selepas dijatuhkan hukuman LGE akan tahu cara rawatan. LGE makan benda salah , LGE sakit dalaman. Walau PM juga didakwa oleh mahkamah kedai kopi atas kesalahan ambil makanan salah tapi hingga kini belum ada sesiapa kedepan membuktikan makanan yang didakwa diambil oleh PM Najib itu bawa mudharat pada dirinya . Jenis makanan memang sudah disebut tiap hari, tapi bukti makanan sedemikian benar2 ditelan, langsong tak ada.

  5. Memang Baik says:

    satu contoh kecederaan yang dialami PM ialah….

    Banyak tahun dulu penulis semasa ditanah suci… Peniaga Pak Arab akan kata ” U from Msia… baguuss, Abdullah Badawi bagguss”

    Sekarang ” &%#@ ” &*%$^ ” Bila penulis tanya ” U are sure ? U know its correct ??

    Baru mereka diam dan bercerita hal lain.

  6. sman says:

    Harapan Pembangkan memang tipis,tapi hairannya masih ada kelompok katak yg kekurangan air dari Umno yg sedang berkira-kira utk melompat.Gerombolan ini di ketuai oleh ketua katak ‘si kotak’.Alasan nya cukup syumul,tapi hakikatnya hanya melindungi alasan biasa si katak iaitu kekurangan ‘air’,lalu mahu mencari lopak air yg lebih besar,utk bertelur dan mengaum sambil membesarkan perut.

    Macama mana Pembangkang mahu menang,kalau sehingga hari ini mereka masih terkial-kial utk bersepakat?.Ada parti baru seperti PPBM tanpa mencermin muka , cuba mahu mendominasi sebagai ketua ,namun belum berjaya.Di Sabah pula Pembangkang PKR dan DAP mengalami malapetaka begitu juga di Serawak walau pun tidak ada kes lomppat melompat ,tapi mereka sudah tewas teruk di sana.

    Sikap Pas yg berdegil menolak DAP juga menyakitkan mereka. Bukan setakat itu ,PPBM dan Muhyiddin juga sudah di perli oleh Pas,bagaimana PPBM kononnya mahu menewaskan Umno dgn meminta Pas menyerahkan kerusi tewas utk mereka bertanding,sedangkan PPBM tidak mempunyai cawangan dan jentera di sana.Pengalaman jentera Pas di pergunakan oleh PKR mungkin mengajar Pas sekarang.

Leave a Reply

Threesome