Menu Utama

Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

BAJET Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN.

Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.

Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.

Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO).

Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami.

Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms untul melihat maklumat lanjut.

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak 10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan negara?

Ramai juga kakitangan awam yang akan dipecat kalau mengikut perkiraan bajet pembangkang.

Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

Perkara seperti ini tidak pernah terlintas dalam pemikiran pemimpin kanan pembangkang.

Oleh itu mereka sememangnya tidak layak untuk mentadbir negara. Sesungguhnya hanya pemimpin terpilih sahaja wajar menerajui negara kita.

Bajet 2017 yang dibuat pembangkang adalah bajet serkap jarang. Ribuan orang akan hilang kerja jika diikut bajet fantasi pembangkang itu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB92 Jumaat
21 Oktober 2016






4 Komen to Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

  1. zaiman basheer says:

    bodoh juga Pembangkang ni, baru aku tahu

  2. Pemerhati says:

    sukar untuk dinafikan KBAL tidak digunakan semasa membuat cadangan potongan RM10 bilion untuk bajet JPM(58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan & 1 pertubuhan antarabangsa) itu…potongan RM10 bilion boleh menyusahkan 58 jabatan(diperingkat pusat termasuk jabatan2 diperingkat negeri dimana pembangkang menjadi kerajaan negeri) itu yang lebih berkait rapat dengan memberi khidmat & bantuan kepada rakyat

    walaupun pembangkang bukan kerajaan yang memerintah negara & tidak dapat melaksana cadangan potongon RM10 bilion itu, mereka harus mohon maaf kerana telah membuat kesilapan membiarkan cadangan bodoh itu dinyatakan

    siapalah agaknya orang pembangkang yang membuat cadangan bodoh itu? bukan sahaja cadangan bodoh malah boleh dikata cadangan tidak berhati perut mahu menyusahkan & menzalimi rakyat termasuk rakyat di negeri dimana pembangkang sendiri menjadi kerajaan negeri

    aku rasa mesti si sotong rafizi yang membuat cadangan bodoh itu, bukan sahaja si pembuat cadangan bodoh itu telah mendapat kemaluan malah 3 presiden/ketua PKR, PAN & DAP telah sama mendapat kemaluan kerana tidak menyedari cadangan potongan RM10 bilion itu adalah cadangan yang bodoh

  3. […] via Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO — MYKMU.NET […]

  4. yon76er says:

    Org Tua tuu yg buat Budget utk mereka kali nie kot,,,,,hahahahahaaa

Leave a Reply

Threesome