Menu Utama

Orang Selatan Lebih Tahu Tentang Utara?

mm-kit-siang-muhy

Seorang lelaki dari Pagoh, Johor dilaporkan mendakwa negeri Kedah akan hilang dari genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Kononnya, Kedah akan tewas sebab insiden ‘tukar Menteri Besar’…

Lelaki itu mengatakan BN akan tewas sebab menyingkirkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan digantikan oleh seorang Menteri Besar yang dikatakan tidak sehebat Mukhriz. Maka kerana tindakan itu maka dia yakin BN akan tewas di Kedah nanti.

Penulis agak hairan, lelaki dari Johor itu ‘lebih tahu’ dari orang Kedah sendiri. Dia di selatan, tapi dia begitu yakin dengan kenyataannya tentang orang di utara. Dia ‘syok sendiri’ atau dia dengar dari cakap-cakap orang yang sudah dipecat dan berhajat mahukan jawatan besar?

Jika benar Kedah bakal tewas pada PRU ke-14 nanti, maka jelaslah bahawa orang dari utara yang disingkirkan itu tidak buat kerja ketika mengetuai UMNO di Kedah. Jika dia buat kerja, maka UMNO akan kukuh di Kedah dan setia pada parti seperti bapanya berkuasa dulu.

Lelaki dari Johor itu mungkin lupa tentang kesetiaan pada parti ketika mana bapa lelaki yang dipecat itu tukar Menteri Besar di Kedah sesuka hatinya dulu. Ketika itu majoriti Adun BN di Kedah membantah, tapi bapa lelaki yang dipecat itu guna kuasa ‘veto’ dan mahu semua pihak terima lantikan kawan baiknya itu.

Kedah tetap menang pada PRU yang berikutnya. Tapi kawan karib bekas Perdana Menteri itu sempat ‘dimalukan’ dan akhirnya enggan dilantik menjadi Menteri Besar selepas kemenangan itu. Mungkin dia tidak lagi sanggup dimalukan orang Kedah pada penggal berikutnya.

Kedah menang ketika itu bukan kerana faktor kawan karib bekas Perdana Menteri itu, tapi lebih kepada kesetiaan para pemimpin UMNO dan akar umbi pada parti yang tidak mahu membiarkan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan dijahanamkan selepas itu.

Lelaki dari Johor itu dengan dari orang Kedah yang ‘baru balik ke Kedah’? Yang nama saja lahir di Kedah tapi tidak membesar dan kenal segalanya berkaitan Kedah? Yang hanya kembali ke Kedah untuk bekerja dan pulang ke rumah di ibu negara hampir setiap hujung minggu?

Lelaki dari selatan itu dengan cerita dari lelaki yang bagaikan pulang ‘melancong’ di negeri kelahirannya? Lelaki yang bercakap loghat Kedah, tapi bunyinya sumbang bagai orang baru belajar bercakap loghat utara? Tidakkah dia terfikir cakap dari lelaki itu wujud ‘conflict of interest’ dan ‘berat sebelah’?

Lelaki dari Johor itu perlu tahu bahawa anak bekas Perdana Menteri itu hanya pulang kira-kira 4 bulan sebelum PRU ke-13 untuk jadi ‘orang Kedah’. Sebelum itu, dia bukannya ambil tahu sangat pun tentang UMNO atau BN di negeri itu…

Kenapa 4 bulan sebelum PRU ke-13? Mungkin ketika itu pucuk pimpinan baru ‘bisik’ padanya bahawa dia akan jadi Menteri Besar jika BN dapat tewaskan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Mungkin kerana itu, barulah dia bawa pulang segerombolan besar jenteranya dari Kuala Lumpur?

Kenapa dia bawa pulang ‘jentera’ dari ibu negara? Sebab dia memang tidak ada jentera akar umbi di Kedah? Bawa pulang nama bapanya dan ‘bisikan” Presiden UMNO, maka mahu tidak mahu, seluruh kepimpinan UMNO Kedah perlu akur, terima dan bantu dia jadi Menteri Besar.

Dia tidak sedar bapanya sudah banyak kali ditolak orang Kedah? Bapanya pernah ditolak orang Pendang. Bapanya juga pernah ditolak orang Kubang Pasu. Malah ramai orang PAS di Kedah yang maki hamun bapanya ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Dan kali ini, lelaki Johor itu fikir lelaki yang lahir di Kedah itu mampu pastikan 20 Dewan Undangan Negeri memihak pada pembangkang? Apa dia fikir pemimpin, ahli dan penyokong UMNO/BN di Kedah akan tengok saja tanpa berbuat apa-apa?

Jadi penulis berpandangan bahawa jika benar lelaki Johor itu hebat dengan ramalannya, maka cubalah tawan ‘bangsa Johor’ pada PRU ke-14 nanti. Sultan Johor pun sudah beri ‘signal’ pada bekas Perdana Menteri itu.

Faham-faham sendirilah. Jangan sibuk di negeri orang sedangkan masa depan di negeri sendiri pun ‘gelap gelita’…






8 Komen to Orang Selatan Lebih Tahu Tentang Utara?

  1. […] via Orang Selatan Lebih Tahu Tentang Utara? — MYKMU.NET […]

  2. system baru says:

    Tun m berpegang pada ideologi Korean utara, orang utara sendiri tak suka pada ideologi Korean utara itu

  3. Inderasakti says:

    Pirrah hang midin apa hang tau pasai kodah tu sedangkan masa pegang kpm rungutan guru terbeban lebih keja hang dok pandang sepi kontroversi 1bestarinet hang dok bisu lagi jadi hang tau apa selama boboy jadi mb kodah? Hang patut cermin diri hang masa jadi mb johor pasaipa umno masa tu tolak hang sampai almarhum sultan iskandar murka dok masa tu? Akai ada ka?

  4. sman says:

    Ye lah semua pihak mahu mencanangkan mereka akan menang,kalau tidak mana org mahu sokong.Biarkan lah.Hasil canangan tersebut lah ada sekelompok katak yg dulung melompat dari PKR kedalam Umno dan sekarang mahu melompat pula ke PPBM.Ketau katak tersebut pun tolong mencanangkan PPBM sudah mampu mendapat lebih 300,000 ahli dalam masa beberapa minggu saja.Hebatkan ?.Kalau betul apa yg mereka canangkan Umno kenalah cek ahli mereka adakah sudah berkurangan menjadi 2,700,000 kerana di ‘curi oleh PPBM.Tapi pengumuman meninggalkan Umno beramai-ramai secara berkelompok belum ada lagi,mungkin saja yg 300,000 dicangankan itu tidak dari Umno dan mungkin bilangan tersebut akan terus statik sampai bila-bila.Itulah sebabnya mereka sangat memerlukan DAP,PKR dan PAS,sayangnya Pas sudh memberi syarat mereka,tolak DAP dulu.Kalau bagini,walau pun benar mereka boleh dapat ahli 300,000 dalam masa beberapa minggu,namun harapan utk berkuasa sangat tipis.Itu pun kalau 300,000 tu benar .

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Bini aku orang Kedah, adik beradik ipar aku semua undi di Kedah. Depa semua nak tukaq undi kali ni..Majoriti jiran-jiran semua pakat nak tukaq juga…Hang cerita apa?:-)

  6. Abdul Jalil says:

    Hgj..hg sembang apa..aku org kedah.bini aku pun org kdh jgk.adik beradik ipar aku dah tentu org kedah..abg aku pun kawin dgn org kedah jgk.depa semua dulu undi pas n pkr,pru kali ni depa nak undi bn plk,habaq hg..

  7. anoi says:

    Hantu gaung agak2 la nak wal2kan semua sanak saudara hangpa tukaq undi bangkali dari pembangkang pada Bn kot. Saya sendiri begitu rapat pun tak boleh nak pastikan siapa sdr mara sokong calit undi dlm tabung.

  8. manjoi says:

    Orang selatan ni mana tahu apa2 pasal denyut nadi politik kat utara! Hanya satu pasal utara yang dia tahu. ‘Mahafiraun’ yang asal dari utara tabur dedak, dia balun sampai tercekik…..

Leave a Reply