Menu Utama

Najib perlu rombak legasi negatif Tun M

Sudah tiba masa bagi seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO memberi kekuatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak semua legasi negatif peninggalan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat mampu menikmati kehidupan le­bih selesa dan menguntungkan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana terdapat banyak legasi negatif yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri itu sehinggakan rakyat terpaksa menanggung pelbagai bebanan termasuk kenaikan cukai dan tol ekoran dasar pen­swastaan yang dilaksanakan.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya pemimpin serta ahli-ahli UMNO di semua peringkat termasuk sayap parti membawa perkara itu pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung penghujung November ini untuk diperhalusi.

“Hari ini, saya berterus terang mendoakan agar Datuk Seri Najib kena berani merombak legasi negatif peninggalan Tun Mahathir. Walaupun ada juga legasi positif tapi banyak legasi negatif yang rakyat kena tanggung bebannya sekarang.

“Saya harap Datuk Seri Najib dan semua ahli UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti meminta kerajaan merombak legasi negatif Tun Mahathir,” kata­nya ketika berucap dalam program Himpunan Jentera Pe­nerangan UMNO Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak dekat sini petang semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Setiausaha badan perhubungan itu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Annuar seterusnya menjelaskan, antara legasi negatif peninggalan Mahathir ialah dasar pen­swastaan sisa pepejal serta dasar luar hubungan Malaysia-Singapura khususnya berkaitan isu tanah untuk keretapi dan isu air.

“Tentang dasar luar negara dengan Singapura, isu tanah untuk kereta api dan juga masalah air masih tidak selesai. Jadi Datuk Seri Najib kena berani ubah pendekatan hubungan diplomatik, sistem struktur ekonomi dan juga ubah rasionalisasi subsidi zaman Mahathir,” ujarnya.

Annuar turut mengakui berdasarkan pengalamannya dalam politik serta kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Mahathir, Najib dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib adalah yang terbaik dalam mentadbirkan parti dan kerajaan.

Utusan






12 Komen to Najib perlu rombak legasi negatif Tun M

  1. Memang Baik says:

    Hukum yang tidak boleh diubah hanyalah hukum Allah. Walaupun begitu, Nabi kita bersabda ‘didiklah anak2 kamu mengikut penyesuaian dizaman mereka’ Makna sabda itu perlu di ikut dalam konteks yang lebih luas bukan setakat mendidik anak sahaja. Para ilmuan akan tahu dan mentafsir sabda dalam konteks lebih besar untuk disesuaikan dalam kehidupan sehari2.

    Ini bermakna sesuatu hukum dibenarkan kelonggaran mengikut beredarnya Zaman asalkan hukum itu memberi kebaikan pada kehidupan manusia bukan sebaliknya . Disini letaknya ilmu Fiqah dan tassauf yang perlu berjalan seiring.

    Contoh paling mudah bayaran tol yang dikenakan rakyat dari dulu yang kena bayar hingga kehari ini oleh kerana kerajaan terikat dengan perjanjian konsesi tol LR. Walau kos sudah dipungut selebihnya untuk peleyelenggaran yang tidak sepatutnya tinggi berbanding cost pembinaan.

    Kerajaan dikutuk kerana tol . Kerajaan dikutuk kerana GST . Walau semua itu bukan dirancang oleh PM sekarang, ianya lebih dari 20 tahun lepas.

    Tapi untuk fahamkan semua rakyat , bagaimana ?

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Daripada hapuskan tol, lebih baik hapuskan GST bro…lebih menyeluruh kesannya. Orang Serawak/Sabah tak bayar tol…ada faham?

  3. azmi says:

    He he he…
    Ada org sampai mendoakan najib pencuri jadi BERANI…he he he lawak tul…
    Kesian Mykmu begitu punya pertahankan najib, rupanya yang dipertahankan adalah
    MANUSIA DAYUS!!
    Kesian Umno berketuakan orang penakut…
    Dan yg lebih dayus adalah orang Umno sendiri yang dayus tidak berani menukar presidennya yang byk masaalah..
    Benar lah kata pepatah…
    BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERAMA SALAH..
    jadi…
    Najib takut kerana dia bersalah…

  4. sman says:

    Sebenarnya PM Najib dah banyak rombak legasi buruk Mahathir,itu yg menyebabkan Mahathir marah sakan.Sekarang sudah kurang proses pengswastaan,kalau ada pun di buat dengan cara tender terbuka,atau pun di berikan kepada GLC dan syarikat berkaitan dgn GLC.Walau pun Pengswastaan ni bukan semuanya buruk ,tapi cara perlaksaannya yg menyebabkan ianya jadi buruk.Misalnya lebuh raya ber tol,kalau di beri kepada kroni,ianya akan membebankan rakyat dan menkayakan kroni semata,tapi kalau macam sekarang Plus di ambil alih oleh EPF,keuntungannya akan masuk kedalam tabung rakyat kembali,dan kadar kenaikan tol pun tidak segelojoh jika ianya di kuasai oleh kroni.Ini pun boleh membantu EPF membuat pelaburan yg menguntungkan.Bukan senang utk menguruskan kumpulan wang yg besar macam EPF,jika hanya melabur dalam sistem kewangan sahaja ianya membawa risiko yg besar.Tak kena dgn gaaya nya boleh mengalami kerugian besar seperti Temasik baru-baru ini dan satu ketika dulu kerugian 10 billion pound yg di alami oleh tabung pelaburan sebuah negera jiran yg lain.

    Hubungan dgn negara luar pun tidak seperti zaman Mahahtir lagi ,sering bertelingkah dgn pemimpin negara lain,terutamanya negara US dan UK.Sekarang pandai pulak dia minta pertolongan US,muka tak tahu malu.

    Hubungan antara rakyat dalam negara pun jika tidak kerana hasutan pembangakan ,tentut sekali dalam keadaan yg jauh lebih harmoni berbanding zaman Mahathir.Dizaman Mahathir hubungan kaum umpama api dalam sekam,ianya tidak kelihat panas kerana ada ISA dan cara kuku besi pemerentahan ketika itu,sedangkan realitinya berbeza.Sekarang kelihatan Pans kerana mereka sudah bebas bersuara,tanpa tindakan keras di tambah lagi dengan hasutan pembangakan seperti dan mutakhir ini Mahathir sendiri,sehingga dulu beliau melebelkan PM Najib memeberi muka pada Cina ,tapi sekarang sudah berubah kata PM Najib resis pula.Inilah hasutan jahat.Paling nyata hubungan Umno-Pas,tidak lagi seperti di zaman Mahahtir sentiasa berbalas kata nista,sehingaa terkait batang tubuh Nabi swa sekali,bayangkan lah.Sekurang-kurangnya sekarang dosa maki hamun ini sudah jauh berkurangan.Alhamdullillah.

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Betul hubungan Msia dan US baik sekali. Kalau tidak ada bukti kukuh, masakan Jabatan Kehakiman US sanggup pekenakan negara kawan dengan menuduh MO1 kelepek duit rakyat….:-).

    Lagi satu…sekarang kurang penswataan. Sekarang bagi terus aje pada Cina…

  6. Inderasakti says:

    Nampaknya umno perlu berani bawa perubahan bukan sekadar atas sekadar melakukan post mortem atas keburukan yang dibawa oleh kepemimpinan umno terdahulu seperti madey tetapi juga amat perlu secara menyeluruh atau holistik umno perlu pulihkan reputasi nya yang di anggap sebagai parti melayu ekslusif untuk melayu kaya saja selain perlu jentera media yang lebih mantap terutama untuk menghadapi serangan media dari pembangkang dan inilah masanya umno kini perlu bersifat lebih lagi ofensif terhadap pembangkang ini dgn pendekatan media yang jauh lebih hebat dari media pembangkang walau apa pun pendekatan najib yang mengutamakan ekonomi berpaksikan rakyat patut diteruskan ini kerana aku sudah bosan dengan sistem ekonomi kapitalisme dan nepotisme acuan barat yang sudah lama menjajah dinegara ni sejak hampir beratus tahun lamanya

    Kepada azmi dgn mambang gigi karat hangpa semakin hari semakin mengarut.. Sila Meninggal

  7. anoi says:

    Bagus la begitu harapannya nanti dibuat secara komprehensif dan menyeluruh sebut semuanya legasi negatif terutama yang mengakibatkan bebanan rakyat dan hanya menguntungkan kroni dan sedang dicantaskan Najib. Tiada serangan peribadi dan parti dibuat pada pembangkang dan dibiarkan diserahkan pada rakyat menilai dan Najib boleh bersahaja meramah pada siapa sahaja dipihak pembangkang melainkan Mahathir dan keperibadian inilah yang harus dicontohi Bermula dgn komplot Anwar dan disokong semua pembangkang mereka cipta perbagai dakyah dan tohmahan imej buruk pada Rosmah serta mengaitkan kematian Altantuya.

    Bagi Mahathir hanya 1mdb sahaja la dikira boleh menjatuhkan Najib dan diungkit semula kes Altantuya. Rakyat perlu faham kenapa kes ini diputarkan tiada kesudahan. Ini saja ka dan sudah melepasi segala siasatan dan tiada bukti. Masa era Mahathir media sokongan kerajaan kena selalu buat penerangan melalui apa sahaja slot menerangan legasi negatif yang patut rakyat faham dan menjadi mangsa menanggung kepayahan ini. Segala 1M termasuk 1mdb disabotaj membabitkan bank negara patut difahami dan dperijelaskan kebaikannya dan ianya tiada di era Mahathir.

    Sudah sampai masanya bagi jentera kerajaan terutama Umno Bn menyokong dan menerangkan secara terperinci agar kepimpinan Najib yang benar2 RAKYAT DIDAHULUKAN ini terselah kebenaran dari momokan INDAH KABAR DARI RUPA pembangkang selama ini dan segera segala kebaikan dan maklumat sebenar diterima rakyat secara memahami apa yang telah dan sedang berlaku kesaat ini.

  8. sman says:

    HGJ boleh sdr buktikan projek mana yg beri terus pada Cina tu,buat lah lapuran pada SPRM.Kami pun nak tahu faktanya.kes DoJ tu lama juga kami dah tunggu tapi belum jalan lagi,kalau bukti nya kekuh tentu mudah nak jalankan dan putuskan.

  9. manjoi says:

    Setuju! Segala peninggalan ‘Mahafiraun’ & legasi2 buruknya semasa bermaharajalela dulu harus dihincit dari lipatan sejarah! MALAYsia tersangat benci akan ‘Mahafiraun’ & segala peninggalan ‘piramid2’nya…..

  10. Baraq says:

    Shafie Afdal akan sangkut kes rasuah Jabatan Air Sabah, lepas ni Muhyiddin akan di bisukan pasal scandal 1Bestari.net, dan akhir sekali Tun Mahathir akan teresak esak jumpa Najib untuk settlekan hal Mokhzani dalam scandal ‘ insider trading’, scandal tu akan sangkut, dan khabar angin yg kuat mengatakan, Muhyiddin secara rahsia menikahi mistress nya yg telah jadi janda, jika tidak benar, sila nafikan, kalau boleh ambil contoh mcm Saiful Bukhari, sumpah laknat..Kalau di perhatikan, inilah watak2 yg mahu Datuk Seri Najib di turunkan sebagai Pm, adakah Shafie, Muhyiddin dan Tun M, manudia yg suci dlm debu?. Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘ kalau tinggal dalam rumah kaca, jgn suka baling batu’. Lagi satu, sejak Ketua Pengarah baru Sprm ambil alih, mcm2 kes rasuah terbongkar, Tan Sri Abu Kassim lsngsung tk buat kerja, hanya minat jadi conspirator Tun M tuk burukkan Najib. Ini pandangan peribadi aku, tak mintak sesapa pun bersetuju..

  11. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha..finale nya kes 1MDB yang teragung dan terbesar di dunia akan dibugilkan…kita kasi semua masuk lokap….:-)

  12. bangKano says:

    Kita akan saksikan siapa yang dibogelkan berkaitan kes 1MDB…Sebenarnya tiada kes untuk dibawa ke pangadilan tanpa bukti-bukti kokoh cuma sekadar persepsi retoris sahaja di kalangan pembenci Najib.

Leave a Reply

Threesome