Menu Utama

Muhyiddin Elok Ingatkan PAS Pasal Saman Sarawak Report

muhyiddin-yassin

DIFAHAMKAN Mahathir menghantar Muhyiddin untuk mendekati PAS, dipercayai bagi melengkapkan impiannya meninggalkan legasi sebelum mati – yang mana kalau dia pergi sendiri kang, dah memang dia tu dibenci ahli PAS, lantaran politik kebencian yang ditanam bertahun-tahun lamanya sebelum ini.

Jadi hantarlah Muhyiddin.

Tapi entah Muhyiddin mahupun Mahathir ingatkan PAS ini bodoh ke tak tahulah sebab bukan individu yang jadi isu sebaliknya parti itu.  Dan parti Muhyiddin bukan setakat mahu bekerjasama dengan PAS, malah bekerjasama dengan DAP yang PAS awal-awal sudah katakan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Entah apa mandram nak digunakan untuk selesaikan masalah ini tak tahulah, sama-sama tunggu perkembangannya.

Apa pun terlanjur Muhyiddin jumpa PAS tu, kenapa tidak diingatkan tentang janji PAS untuk menyaman saman Sarawak Report yang menuduh PAS menerima RM 90 juta dari UMNO?  Latar belakang Muhyiddin yang percaya kalau saman tu maksudnya tak salah, tak saman maksudnya salah, memang sesuailah – sekali dia tidak pun menyaman lelaki yang menuduhnya ada hubungan dengan isteri lelaki tersebut melalui satu akuan bersumpah.

Sebab, sejak tuduhan dimulak Ogos lepas, PAS menetap sebulan atau kurang untuk memulakan tindakan saman terhadap Sarawak Report, tapi sudah nak masuk bulan kedua, samannya masih tidak tiba-tiba.  Kali terakhir, PAS kononnya telah menyampaikan semua dokumen kepada seorang peguam terkenal di London, tapi cerita setakat itu sajalah, samannya tak jugak lagi.  Siapa peguam tu pnn tak dinyatakan, main sebut saja.

Justeru, kegagalan menyaman Sarawak Report ini sepatutnya dijadikan tauladan oleh semua balaci PAS bahawa bukan mudah nak saman orang luar yang memfitnah kita disini.  Selain persekitaran undang-undang yang berbeza – kesukaran sama yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali Sarawak Report, Claire Newcastle.






10 Komen to Muhyiddin Elok Ingatkan PAS Pasal Saman Sarawak Report

  1. dkds says:

    Pas ini bukannya boleh dipercayai, saki baki penyembah DAP masih lagi ramai didalamnya…kena pula sekarang Presiden Pas ada masalah kesihatan.

  2. Memang Baik says:

    Mat Sabu dalam ucapan berapi nya mengutuk M. katanya lebih kurang M tak perlu menyebok kerana M orang pencen yang tak ada power. Kerana tak ada power M seharusnya sedar diri tapi malangnya M tetap tak sedar diri. Sekurang2 itulah yang Mat Sabu sebut dalam ceramah dia, bukan penulis reka cerita.

    Mat Sabu puji Anwar melambung tinggi walau satu masa dulu istilah aljuburi datangnya dari Mat Sabu untuk dihadiahkan pada Anwar. Tapi itu dulu sekarang Mat Sabu admire giler pada Anwar yang dikatakan pemimpin berjiwa besar. Kerana jiwa besar pakatan tetap akan lantik Anwar jadi PM setelah memang nanti. Menang PRU tahun berapa tak pulak disebut.

    Justeru, sekarang kita tahu akan ada 2 ekor harimau yang bakal mendiami gunung yang sama. Itu bidalan cina yang berbunyi, there should not be 2 tigers on one mountain.

    Kita syorkan lantik 2 PM. Anwar PM cina dan India sementara Muhyidin PM untuk orang Melayu setelah mereka menang nanti. PRU yang ke 14 atau 15 atau 28 kita tak pasti. Yang paling pasti mereka berdua sudah terlalu tua menjelang PRU15. Apatah lagi yang ke 28, yang mana kedua mereka sudah masok dalam tanah masa itu.

    Tapi tak mengapa kerana system negara ini boleh confer pangkat dan darjat walau pada arwah sebagaimana anugerah datok diberi pada PRamli dan juga Sudirman. keduanya setelah mereka tak ada.

  3. Baraq says:

    Wah!, hebat lebai Midin berkopiah, mcm kuali lah, eh sori mcm wali, jgn lupa ya, ajak Nika Gee mendekati Islam, besar pahala nya dapat mengislamkan seseorang..

  4. cikminah says:

    Kesian UMNO.
    Duit rm90 JUTA hangus, alih-alih keluar berita PAS sedia
    berbincang dengan UMNO untuk lawan 1-1!!!!!
    HAHAHAHAHAHA………memang ramai yang ketawa.
    Duit sudah diberi, bahkan mungkin sudah dibelanjakan untuk
    beli baju Melayu rona pink, keris panjang sedepa dan pulut
    kuning, tetiba Presiden jatuh sakit!!!
    Macam mana nak saman WSJ…….?????
    Dia terbaring kat IJN.
    Orang lain takkan nak saman.
    Bukan mereka yang duduk atas pentas pakai baju pink
    sedondon dengan Najib.
    Takpalah……belajar dari pengalaman.
    Duit tak boleh membakar hangus.
    Duit cuma kertas

  5. Mazlan says:

    …pas=munafik…

  6. Inderasakti says:

    Ye lah tu cik minah oi umno gerenti terancam dgn rancangan madey nak bodek melangit dengan pas kan pas lebih berpengaruh dari pan Alaa sedangkan saman rm 90 juta bukan senang tambah minah saleh pendedak madey dok kat uk nak extradisi pun tak leh oleh uk gomen mungkin hang tak tau kat sana byk ahli pas mula tanya tentang isu bestarinet anak sendiri dapat projek kerajaan guna pintu belakang projek ic madey dan sebagainya itu pun midin asyik dengan isu yg lapok 2.6b 1mdb src lepas tu dakwaan bekas peguam negara ghani patail dan lain lain isu kering sedangkan semua sudah lama berjawab…jadi kedatangan midin tu sekadar nak senang kan hati madey je padahal pas bukannya jenis mudah masuk lubang 2 kali apa lagi kepimpinan di bawah tghh

  7. TORATORA says:

    Muhyidin ni pada pendapat aku bolehlah dianggap sebagai pemecah perpaduan Melayu. Hampir sama dengan Anwar Berahim, Aku kata hampir sama sebab ada sedikit perbezaan antara mereka berdua ni. Bezanya cuma Muhyidin ni cuma minat perempuan walaupun status tak penting.. manakala Anwar ni tak kesah, janji ada bontot.

    Bila dipecat terus melompat katak tak puashati. Patut duk diam2 kat rumah pelan2 susun strategi dengan orang rumah (bukan dengan skandal). Cuba belajar dgn Tun M zaman dahulu..kena pecat tapi sabar dan tetap sokong UMNO walaupun xsebulu dgn kepimpinan semasa. Akhirnya dipanggil masuk Umno semula dan berjaya memegang watak yang diimpikan. Tun M yang sekarang ni payahlah nak dikomen..sebab beliau dah tua dan kita xberapa pasti tahap kesihatan minda beliau.

    So status Muhyidin ni,pada masa ini aku samakan tarafnya macam geng2 politik yang dibuang parti mcm Husam,Khairudin umi Aida, Mat Sabu, Cikgu Bard , Suihaizan Kayat dan beberapa nama kecik2 lain. Jiwa penuh dendam dengan parti lama dan secara tak langsung memecahbelahkan umat.

  8. sman says:

    Dari segi politik ,Pas sudah santak ke hujung tak boleh pergi jauh lagi,kecuali mereka berbaik dengan Umno.Bersama Umno Pas boleh mengendurkan sedikit retoriknya mengenai Islam,tapi boleh melangkah lebih jauh dari sudut dakwah.Org Umno sekarang bukan seperti Umno dulu,ramai yg dah suka pada Islam,malah ada juga yg lebih baik penghayatan Islam nya dari orang Pas sendiri.Pemimpin Umno sekarang pun tidak seperti pemimpin dulu ,terutama yg memerentah 22 tahun tu,yg sangat memusuhi Pas dan pemimpinnya.Kalau Pas benar iklas mahu Islam di hayati dan hak ugama dan bangsa org Melayu terjamin,Pas patut berusaha ke arah penyatuan ini.Adalah lebih baik Pas mengorbankan sedikit retoriknya mengenai Islam bersama Umno ,dari terus beretorik tapi bersama Pembangkang.Ini semua memang sangat menguji sejauhmana kebijaksanaan Pas dalam merancang dan membuat keputusan.

  9. manjoi says:

    PAS tak nak ke minta nasihat undang2 dari peguam2 dari BARua COUNCIL? Masa berdemo BERSIH dulu PAS banyak ‘berkorban’ untuk mereka……

  10. ziee lipan says:

    Tu la lobai PAS cuma pandai cakap ikut sedap mulut jee…

Leave a Reply

Threesome