Menu Utama

Muhyiddin, Anwar Bakal PM, Lim Kit Siang dan Mukhriz TPM

Eksklusif:

Oleh Amin Yatim

anwar-mahathir3Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai persetujuan politik membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya umum akan datang.

Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri selama dua tahun sebelum memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sumber MYKMU.NET memaklumkan persetujuan tersebut antara lain ialah apabila menjawat jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin akan memulakan prosedur memohon pengampunan Yang Di Pertuan Agong untuk Anwar Ibrahim. Selepas pengampunan, Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil untuk menjadi ahli Parlimen. Proses ini dijangka mengambil masa dua tahun.

Mahathir dilaporkan turut mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri diberi kepada Lim Kit Siang (DAP) dan Mukhhriz Mahathir (Pribumi).

Muhyiddin dilaporkan telah bersetuju dan menyatakan semasa berjumpa Anwar Ibrahim di mahkamah semalam.

Dalam pertemuan tersebut Anwar turut meminta Muhyiddin mengadakan rundingan dengan Pas dalam memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Anwar sedar Mahathir tidak boleh mengadakan rundingan dengan berdasarkan sengketa lama yang terlampau panjang dan tidak boleh diperbaiki lagi antara kedua belah pihak.- MYKMU.NET






12 Komen to Muhyiddin, Anwar Bakal PM, Lim Kit Siang dan Mukhriz TPM

  1. burrpp.. says:

    Jadi PM dia tahun je? Baik tak payah jadi PM la cmtu setan!

  2. Apa nk jadi.. nmpk sgt hipokrit ketua2 pembangkang ni..
    Dan muhyiddin dan mathir..
    Tak boleh percaya.. hari ckp ya.. esok tidak..
    Mmg org mcm ni tak bole percaya

  3. Inderasakti says:

    Dah pulak siapa sebenarnya calon pm dalam pakatun ni? Takkan nak kena 2 jawatan pm kot mcm cm kat penang?

  4. Pemerhati says:

    walaupun anwar famous sebagai suka tikam belakang orang, janganlah mahathir & gerombolannya fikir anwar tidak curiga sebaliknya percaya bulat2 bahawa persetujuan melantik dirinya sebagai PM selepas muhyiddin dilantik menjadi PM sementara tidak akan berlaku dirinya pula yang akan kena tikam belakang nanti oleh mahathir

    wan azizah & nurul izzah pun tahu mahathir bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah harus dianggap wajib tidak boleh dipercayai…mereka hanya bermanis muka & kata2 pada mahathir tapi dalam hati penuh dengan kecurigaan sesama mereka

  5. Pemerhati says:

    dalam hati anwar berkata “persetujuan apa kebendanya kalau setakat bercakap memberi persetujuan melalui mulut? kenapa tak buat persetujuan atas kertas dimana semua pihak membuat tanda-tangan mengenai persetujuan itu?”

    peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya akan bertambah sedikit jika persetujuan itu dapat dibuat atas kertas….peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya mengenai persetujuan itu tanpa dibuat atas kertas sebaliknya dibuat hanya melalui mulut adalah teramat kecil bilangannya itu

    kepada mahathir & gerombalan, please take note

  6. manjoi says:

    Belum menang PRU dah berkira2 bagai ‘nak rak’? Habis tu orang MALAYsia yang majoriti ni nak campak ke mana? Betul2 angan Mat Jenin depa ni….

  7. yon76er says:

    Kedua2 M dan Al’Jub nie pakar memutar Alam…depa nak janji apa pon biak Pie lahh…Kor Tikam aku ..aku akn Tikam kor pula..dah sumbat aku kedalam..minta maaf pon tak…tut..tut..bolih kongsi2 kuasa….Hahahahahaaaaaaa ….dulu Kalau jumpa Ular ..jumpa Keling kita ketok Keling…tapi kalau jumpa M dan Al’Jub..kita HANTUK kedua2 sekali….

  8. Pemerhati says:

    “peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya akan bertambah sedikit jika persetujuan itu dapat dibuat atas kertas….peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya mengenai persetujuan itu tanpa dibuat atas kertas sebaliknya dibuat hanya melalui mulut adalah teramat kecil bilangannya itu”

    pencerahan maksud bagi ‘peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya akan bertambah sedikit’ ialah peratusan rakyat bodoh yang suka nak percaya akan naik sedikit dari peratusan sedia ada…kalau nak kata naik dengan banyak pun boleh jika persetujuan itu dibuat atas kertas bukan melalui mulut

    hehehehehe

  9. sman says:

    Musthil Pas boleh bersama mereka kalau begitu perancangannya.LKS jadi TPM ,Hj Hadi nak letak kat mana?.Mana boleh LKS lebih tinggi dari Hj Hadi.Kalau PAS tak bersama,boleh ke mereka menang.Sekarang katakan pula Sabah dan Serawak sudah menolak parti Semenanjung,jadi mungkin saja ada parti tempatan Sabah atau Serawak yg menang lebih banyak kerusi dari PPBM,atau PKR atau DAP.Jadi mereka tentu boleh menutut kerusi TPM ,malah PM pun.

    Masalah kerjasama diantara mereka dan calon PM pun mereka belum dapat selesaikan,bagaimana mereka mahu menang.Apakah rakyat sangat beci pada Umno/BN sehingga sanggup melupakan masalah yg lebih besar yg akan timbul sekiranya puak Pembangkan berkuasa?.Perebutan kuasa di antara mereka yg akan memporak perandakan negara.

  10. mie says:

    semakin tua sebaik nya makin kuat angan2 nya untuk mati dlm husnul khotimah,bukan semakin kuat angan2 mengejar jawatan dlm politik.

  11. Mohammadia says:

    Nampak sangat dorang tidak ikhlas dlam memperjuangkan Nasib Bangsa. Berjuang untuk menjatuhkan parti yg perna dijadikan tempat mencipta kekayaan. Harapan saya agar PAS dan BN bergabung pula dan Melantik No 1 PAS DS Hadi Menjadi Perdana Menteri…

  12. anoi says:

    Gamba Mahathir Aaaa …. chiak baru jumpa bro, Parti Angan2 Mat Jenin.

Leave a Reply