Menu Utama

Minyak Masak: Kerajaan Masih Subsidi RM 1.20/kg

6

RASIONALISASI subsidi ni sebenarnya bukan benda baru.  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah berselindung mengenainya malah perkara ini telah pun diumumkan sejak sebelum PRU13 lagi dimana kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan subsidi secara beransur-ansur bagi berlaku adil kepada golongan yang lebih memerlukan.

Mereka yang sedang dapat BR1M inilah maksudnya.

Dari gula, Petrol, sekarang minyak masak dan akan datang mungkin tepung, semua ini telah diumum akan dirasionalisasikan subsidinya secara beransur-ansur.  Najib tak pernah pun janji untuk tambah subsidi, yang janji ni pembangkang dan mereka boleh janji apa saja sebab kerajaan pusat bukan mereka yang pegang.

Tapi, dalam pada itupun kerajaan masih mensubsidi di sana sini.  Minyak masak ini sajalah sebagai contoh, pakej 1 kg ini berharga RM 2.50 kalau tanpa subsidi, ia sebenarnya berharga RM 3.70, RM 1.20 masih disubsidi kerajaan.

Dalam masa yang sama, Najib meningkatkan gaji minimum kepada RM 1,000, Najib meningkatkan BR1M kepada RM 1,200, menambah elaun ketua kampung, imam dan sebagainya, semua ini meningkatkan kemampuan membeli oleh rakyat yang memerlukan sehingga boleh menyerap kenaikan minyak masak yang lain dari peket 1kg ini.

Kalau masih tak mampu, peket 1kg ini masih disubsidi oleh kerajaan, beli yang itu, kenapa nak beli botol jugak?

Yang penting untuk rakyat tahu, rasioanalisasi subsidi sekarang telah berjaya mengelakkan negara terjerumus dari kelembapan ekonomi.  Tak payah susah susah fikir, selagi ekonomi negara berkembang, KDNK positif, maksudnya ekonomi kita berada dalam keadaan yang baik.

Rakyat juga masih hebat berbelanja untuk benda yang tidak penting macam tiket bola final Piala Malaysia contohnya.  Puluhan ribu tiket berharga RM 50 (dewasa) dan RM 5 (kanak-kanak), habis dijual dalam masa tak sampai satu jam.

Yang itu tak bising pulak?  Nilai kenaikan minyak masak selain peket 1 kg ini pun tak sampai RM 50 setahun dan itu baru satu contoh, nak sebut, ada banyak lagi, fikir sendiri sajalah.






5 Komen to Minyak Masak: Kerajaan Masih Subsidi RM 1.20/kg

  1. geekpuk2 says:

    Sembang kencang kata negara berpendapatan tinggi

    Minyak masak sawit pun nak bersubsidi lagi

    Hapuskan semua jenis subsidi

  2. […] via Minyak Masak: Kerajaan Masih Subsidi RM 1.20/kg — MYKMU.NET […]

  3. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha…Admin kata semua benda Najib buat baik untuk negara walau menghancurkan rakyat. Nanti mamat tu berak tak basuh pun baik untuk rakyat..:-)

  4. kakak says:

    Rakyat Malaysia sudah sampai masanya memakan makanan yg kurang menggunakan minyak (seperti menumis, menggoreng). Kalau boleh, lebihkan memanggang atau elakkan menu yg “deep fried”.

    Lihat sekarang, trend pun sudah mengurangkan menggunakan gula berlebihan (“teh kurang manis, kopi O kosong, milo kosong” dll). Ini kesan dari kempen untuk mengurangkan gula untuk kesihatan (lebih-lebih lagi untuk mengelak diabetes/penyakit tiga serangkai, obesiti) sebelum ini.
    Semua perlu maju bukan sahaja dari pemikiran dan sikap tetapi juga dari amalan pemakanan ke arah yang lebih sihat. Kalau sudah terlambat, tidak berguna lagi.

  5. wan says:

    korng tau x yg kerajaan belanja berbilion utk subsidi…kerajaan kurangkan subsidi supaya pebelanjaan negarayg pi dkt subsidi tu bleh salur ke tmpat lain….ni bru minyak masak…nsib baik kerajaan baik lagi x hapuskan subsidi gas memasak…..

Leave a Reply