Menu Utama

Mereka Fikir PAS Masih Bodoh Untuk Diperbodohkan?

Bila PAS mengatakan bahawa parti itu mengejar redha Allah dan bukan kuasa politik dalam perjuangan mereka, ramai ‘macai-macai’ yang beragama Islam dan berbangsa Melayu menyindir sinis kenyataan tersebut.

Ada yang menyindir suruh PAS bubarkan parti dan tubuhkan NGO. Ada yang menuduh PAS ‘makan dedak’. Ada yang mengutuk PAS kononnya terlalu naif dan ‘buta’ politik. Malah ada yang menghina PAS dengan pelbagai kata-kata nista yang tidak sedap didengar.

Bagi mereka yang tidak mengenali PAS yang tulen, penulis yakin mereka akan menyindir dan memaki hamun parti itu. Layaknya mereka bagaikan lebih memahami politik berbanding PAS yang sudah lama wujud di negara ini.

Namun bagi mereka yang mengenali PAS yang tulen, perjuangan mereka memang bukan untuk kuasa atau jawatan. Memang benar, perjuangan mereka adalah redha Allah. Kerana itulah mereka tidak kisah sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya.

PAS sebenar yang penulis kenali dulu merupakan sebuah parti politik yang menjadi ‘check and balance’ di dalam sistem demokrasi berperlembagaan di negara kita. Mereka menjadi kumpulan pendesak bagi kepentingan agama Islam.

PAS tidak pernah takut kalah pilihan raya. Bagi mereka, bertanding pilihan raya adalah satu usaha ke arah politik Islam. Mereka tidak berkuasa untuk menentukan kalah atau menang. Itu kerja Allah SWT. Sekurang-kurangnya, mereka telah berusaha membawa suara Islam di dalam Dewan Rakyat.

Maka kerana itulah PAS tidak peduli sama ada berlaku pertandingan 3 penjuru atau 30 penjuru pada PRU ke-14 nanti. Mahu Mahathir pujuk PAS? PAS bukan ‘buta’ untuk menurut kehendak Mahathir. PAS pun tahu apa tujuan sebenar yang tersirat di sebalik pujuk rayu Mahathir dan susah payah dia mahu jatuhkan Najib. Tidak perlu temberang PAS.

PAS bukan bodoh. Mereka pun tahu bahawa jika bekerjasama dengan Mahathir dan Pakatan ‘Haraman’, mereka mungkin berpeluang jadi menteri kabinet dan menteri besar. Tapi mereka fikir PAS ‘kebulur’ mahukan kuasa da jawatan? PAS tidak bodoh untuk jadi ‘gila kuasa’ dan jawatan seperti mereka.

Harus difahami bahawa PAS mendokong hukum-hakam Islam. Misalnya, hudud. Benar hukuman bagi berzina itu rejam sampai mati. Tapi adakah kita fikir mudah sangat untuk menghukum seseorang itu berzina? Tuduh saja berzina, maka yang tertuduh akan direjam?

Jadi, apabila Mahathir tuduh itu dan ini pada Perdana Menteri, apakah mereka fikir PAS akan terus percaya dan mahu beliau dihukum? PAS sudah serik diperbodohkan begitu dulu. Atas kekesalan ‘pernah diperbodohkan’ itulah maka mungkin PAS tidak yakin pada perjuangan Mahathir. Nampak?

Jadi, berilah peluang pada PAS memperbetulkan diri mereka. Dari menjadi sebuah parti yang ‘sihat’, mereka telah dijangkiti ‘virus’ yang menyebabkan mereka menjadi pembangkang yang ‘tidak sihat’. Sekarang mereka sudah ke ‘klinik’, berilah ruang pada mereka untuk kembali menjadi pembangkang yang ‘sihat’.

Namun begitu, jika PAS goyah prinsipnya kali ini, mungkin mereka akan ‘dijangkiti virus’ semula. Bukan apa, masih ada lagi saki baki ‘virus harum manis’ di dalam parti itu. Jika tidak ambil peduli dan diletak ubat, mungkin akan merebak semula ‘nanah’ itu. Hati-hati…






12 Komen to Mereka Fikir PAS Masih Bodoh Untuk Diperbodohkan?

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Admin macam setuju Hadi ganti Najib jadi PM Malaysia aje. Saya setuju sangat. Bagi PAS lah memerintah pulak…:-)

  2. Inderasakti says:

    Anwar ibrahim dgn midin hang tak plak sokong jadi pm ke?
    Macai pakatun cam hang ni otak serupa washing machine
    Spin pusing berpusing takde tetap pendirian

  3. Hantu Gigi Jarang says:

    Ko sokong ke tak? 🙂

  4. Fauzi says:

    Aamiin..semoga Allah Swt angkat Tuan Guru Hj Hadi jadi pemimpin negara.

  5. Aku Mukmin Genius says:

    Pada dasarnya ramai Melayu tidak kisah menerima PM dari PAS, walau pun kemungkinan itu terlalu jauh utk menjadi realiti berpandu dari penguasaan kerusi PAS dlm parlimen.

    Tapi bagi aku sekeluarga mengambil pendekatan berbeza. Kalan BN turunkan calon MCA/Gerakan ditempat kami mengundi baik utk DUN atau Parlimen, dan PAS juga bertanding disitu, 100% tanpa was2 kami akan pangkah PAS. Kami tak akan sia-siakan undi kami utk menyokong dua parti yg dilihat jadi ‘duri dlm daging’ dan ‘gunting dlm lipatan’ kpd UMNO.

    Pada kami kalau MCA/Gerakan hendak dilantik sbg menteri kabinet, biarlah mrk ‘dilantik’ kerajaan bukan ‘dipilih’ oleh rakyat Melayu/Islam melalui peti-undi.

  6. azmi says:

    Alhamdulillah..haji hadi ulamak akan memimpin umat melayu menggantikan
    Najib bugis tak rupa islam…hukum islam akan
    menggantikan hukum sekular..
    Takbir…takbir.. Takbir..

  7. dina says:

    hanya BN yang boleh memerintah negara dengan baik.
    tapi pada masa yang sama BN perlu kan pembangkang yang effective.
    pembangkang sekarang macam pkr dap bersatu hanya membuang masa kerajaan saja.
    xde faedah langsung dan hanya tahu menghasut, menghina, memfitnah dan segala macam benda negative yang mereka buat termasuk menjadikan rakyat malaysia lebih kurang ajar.
    isu2 mereka bawak sangat remeh…kelakuan menjengkel kan…dan cakap tak serupa bikin bila sendiri tak tau memerintah selangor dan penang dengan adil.

  8. Aku Mukmin Genius says:

    Mmg benar dan sokong apa yg Dina katakan diatas.

    Setidak-tidaknya atau sekurang-kurangnya (buat masa ini) diharap PAS akan memainkan peranan sbg ‘penasihat’ dan mungkin ‘memimpin’ UMNO secara ikhlas dan jujur dlm penerapan nilai2 murni dlm pentadbiran.

    Biarlah ‘kurang’ beruntung didunia ini, tapi Allah swt membalas jasa2 tersebut diakhirat, utk selama-lamanya ..

  9. Hantu Gigi Jarang says:

    Ehh..bagi PAS lah pulak memerintah. Hadi boleh jadi PM. PAS bukan masih bodoh nak jadi pembangkang aje seumur hidup…:-)

  10. […] via Mereka Fikir PAS Masih Bodoh Untuk Diperbodohkan? — MYKMU.NET […]

  11. Meriam Buluh says:

    Jadi pembangkang tetapi berpegang pada prinsip yang baik bukanlah suatu tindakan yang bodoh.

  12. manjoi says:

    PAS nak jadi kerajaan? Kalau menang PRU & tak jadi ‘kuda’ tunggangan HARBI, apa salahnya? Tapi kalau Nuar Sodom & Mahafiraun, macam Karpal Singh cakap dulu le, “Over my dead body!”.

Leave a Reply

Threesome