Menu Utama

Mengapa kita ada Bajet Negara?

bajet-480x384oleh Ab Jalil Backer

Kita ada bajet negara kerana negara hanya mempunyai sejumlah wang untuk dibelanjakan. Dari sejumlah wang tersebut kerajaan perlu mengagih-agihkan merangkumi Kementerian, geografi, kaum dan beberapa perkara lain mengikut keperluan dan keutamaan.

Jika kerajaan mempunyai wang yang tidak terhad, sudah pasti kita tidak perlukan Bajet. Perdana Menteri pula, saya percaya, akan membina segala macam kemudahan seperti hospital, jalan raya, bekalan elektrik dan pengangkutan bertaraf dunia.

Malangnya, sumber kewangan kita ada hadnya. Justeru kita harus membelanjakan kewangan mengikut kemampuan.

Dengan kemampuan kewangan yang ada sudah tentu ia tidak dapat memuaskan hati semua orang. Setiap orang mempunyai keperluan berlainan dan perspektif berbeza.

Lebih sukar ialah memuaskan nafsu manusia yang tiada batasan.

Yang paling mustahil digembirakan ialah mereka yang sentiasa berusaha mencari keburukan.

Jika mahu dinilai Bajet 2017, nilailah dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Ketika mengkritik kelemahan, puji jugalah kebaikannya.

Lihatlah apakah ia lebih banyak kebaikan dari keburukan atau sebaliknya atas nama kepentingan rakyat banyak, bukan kepentingan kelompok kita sahaja.

Hakikatnya kerajaan bukan Tuhan yang bila berkata Kun Faya Kun maka jadilah segalanya.






2 Komen to Mengapa kita ada Bajet Negara?

  1. manjoi says:

    Cuba bayangkan kalau pembangkang yang menguruskan ekonomi negara? Nescaya habis segalanya ditarah & dikelepet masuk poket mereka! Semua duit yang ‘disonglap’ disimpan kat luar negara. Yang nampak depan mata cuma banglo diskaun. Tanah Taman Manggis yang sekangkang kera tu pun berapa juta RM mereka buat ‘silap mata’….

  2. TORATORA says:

    Pada pendapat aku sama saja, samada kerajaan atau pembangkang yang pegang bajet dan membentangkannya.Jika sekarang pembangkang tak puashati dengan bajet 2017, kerajaan juga akan rasa perkara yang sama kalau bajet itu pihak pembangkang yang pegang.Dah namanya musuh, mestilah rsa tak percaya tu memang wujud.

    Masalahnya sekarang kerajaan bentang bajet mengikut duit yang ada, jadi terpulang kepada mereka untuk salur kemana duit2 tu. Kita pun tahu bajet tahunan seperti ini bukanlah dapat memuaskan hati semua orang. Yang penting kesejahteraan secara menyeluruh.

    Pembangkang pulak ada buat bajet juga..tapi tak taulah pulak sumber dari yang mereka bayangkan. Agaknya daripada kutipan GST juga.Kemudian sesuka hati kata bajet gula-gula.

    Sebenarnya bajet pakatanlah yang teruk..boleh dinamakan bajet angan2 saje. Kesian, buang masa saje buat rangka bajet yang tak berguna dan tak dibaca orang.

Leave a Reply

Threesome