Menu Utama

Menangkis FITNAH akhir zaman

oleh Kang Nasir

Kita sengaja dikelirukan oleh para ILMUAN yang RAKUS mengejar kedudukan dunia. Apa jua perkara yg tidak menepati islam kehendak mereka, sewenang2nya mereka mempergunakan Dalil dan Nas untuk menghalalkan cara demi kepentingan mereka PERKARA YG HAQ DIKATA BATHIL, SEDANGKAN PERKARA BATHIL DAN MUNGKAR MEREKA PERJUANGKAN akhirnya umat islam yg buta bersengketa bersusah payah menghimpun dosa kerana tidak mengenal yg HAQ & BATHIL.

Sebagaimana peringatan Rasulullah saw dlm sebuah hadis.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai”
(HR Ibnu Majah)

Mereka menuding orang lain jahil merosakan sedangkan mereka sendiri tidak sedar diri merosakan kita semua.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”
(HR Muslim)

Islam jalan penyelesaian.
Walaupun PM kita Najib tak pakai serban.
Itu bukan bermakna beliau tidak ikut islam berlandaskan Quran & Sunnah. Ciri2 orang yang beriman dan mengamalkan sunnah sepatutnya ikut amalan mulia Rasulullah saw.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Al Ahzab: ayat 21).

Amalan-amalan mulia Rasulullah saw itulah amalan-amalan mulia sifat MAHMUDAH dalam ILMU TASAWUF sedangkan segala apa yg mereka katakan dan lakukan semua itu kebanyankanya adalah amalan-amalan keji SIFAT MAZMUMAH yang menjurus kearah kerosakan hati.

Kerana disebabkan sudah terlanjur ditipu orang yang berilmu maka semua keliru. Sedangkan mereka lebai2 politik paksalaf pakwahab pakai serban lidah tak henti sebut kalimah Allah tapi dimimbar mereka menghasut memfinah mencela supaya kita bersengketa adakah apa yang mereka buat itu semua ikut hukum perintah Allah dlm Quran dan amalan mulia Sunnah? HARAP BRANDED JE ISLAM TAPI…….? (Fikir sendiri)

Agama dijadikan modal dipergunakan untuk menyebar fitnah mengajak mukmin berbalah lalu menghina menghukum. Walhal orang yang beriman dilarang angkuh sombong lambung2 sedangkan menyakiti saudara yang lain pun dilarang.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seorang muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain”
(HR. Bukhari no. 10 dan Muslim no. 40)

Mereka inilah yang Rasulullah saw umpamakan seperti serigala.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(H.R Termizi)






Leave a Reply

Threesome