Menu Utama

Mampukah PAS Menepis Godaan ‘Warga Emas’ Itu?

hashim-jasin1

Sejak Mat Sabu dan angkatannya ‘angkat kaki’ dari PAS, berbondong-bondong mereka keluar dari parti itu walaupun ada yang lebih 30 tahun berjuang bersama PAS. Kemudian, sama-sama tubuhkan parti dan sarung ‘jersi’ warna jingga. Mungkin sempena ‘buku jingga’.

Selesai satu bab bagi PAS. PAS sejak itu berada di dalam proses pembersihan. Mereka yang ‘kandas’ dari memahami tentang erti perjuangan PAS yang sebenar pergi bersama Mat Sabu, sekaligus memberikan kelegaan bagi semua ahli parti itu yang tulen.

Tidak lama selepas perginya tokoh ulama negara, Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, sahabat kesayangannya, Ustaz Hashim Jasin dilantik mengantikan arwah menjadi Mursyidul Am PAS. Beliau menjadi tumpuan media dari seluruh negara kini.

Menariknya, Ustaz Hashim kekal seperti yang penulis kenal dahulu. Beliau tetap merendah diri, namun tegas dalam usaha memperteguh dan menerap kembali ruh perjuangan PAS yang sebenar. Beliau di wawancara media baru-baru ini.

Meneliti setiap kata-katanya dari satu sumber sahih, butiran yang terbit dari bibirnya adalah benar-benar belaka. Paling jelas, beliau menegaskan bahawa perjuangan PAS yang sebenar adalah mengejar keredhaan Allah, bukan jawatan mahupun kuasa di dunia.

Beliau difahamkan mengimbas kembali semangat asal perjuangan PAS yang dulu. Berkonsepkan politik matang dan sejahtera, Ustaz Hashim menolak sebarang permainan politik berlandaskan fitnah dan shubhah.

Sarawak Report bukan ‘kitab suci’nya, tapi Al-Quran, Hadis Rasulullah, Ijma’ dan Qias menjadi rujukannya. Maka kerana itulah selagi belum disahkan kesahihannya, walau diulang 1,000 kali pun tuduhan itu, PAS tetap tidak terpengaruh dengan ‘warga emas yang terlalu emas’ itu.

Ustaz Hashim kini merupakan ‘Ketua Tukang Cuci’ di dalam PAS. Sebetulnya, penulis yakin bahawa masih ada lagi saki-baki ‘bayangan Mat Sabu’ yang tertinggal di dalam PAS. Mungkin takut ‘disumpah’ Allah atas bai’ah yang pernah dilafaz.

Saki-baki ‘jingga’ di dalam PAS itu tidak dinafikan mempunyai pengaruh masing-masing di dalam parti tersebut. Sedikit sebanyak, mungkin mereka inilah yang menjadi ‘mata-mata’ dan cuba merosakkan PAS bila tiba masanya, terutama menjelang PRU ke-14 nanti.

Persoalan yang timbul di fikiran penulis, apakah Ustaz Hashim mampu beristiqamah dalam usaha mengekang dan membasmi golongan ‘nyamuk jingga’ yang mungkin mampu menyebabkan PAS diserang ‘virus’ ketika ‘perang’ pilihan raya nanti?

Apakah Ustaz Hashim akan mampu mentransformasikan seluruh ahli dan penyokong PAS supaya kembali ke perjuangan asal parti itu? Apakah akan diwujudkan kembali pengkaderan ‘PAS tulen’ melalui pelbagai ‘tamrin’, ‘tarbiyah’, ‘tasykil’, ‘usrah’ dan seumpamanya seperti yang pernah dilaksanakan dulu?

Jika dilaksanakan semula konsep lama itu, apakah Mursyidul Am PAS itu dapat memastikan ‘modul lama PAS’ yang lebih mementingkan keredhaan Allah berbanding kuasa politik dan kemenangan kerusi pilihan raya seperti dahulu berjaya dihidupkan semula?

Pada pandangan penulis, bukan mudah untuk berbuat demikian. Namun dengan bantuan dari Presiden PAS, Majlis Syura, Dewan Ulama, Pemuda PAS, Dewan Muslimat dan sebagainya, ia menjadi satu cabaran baru dan bukan mudah untuk dilaksanakan.

Penulis tahu bahawa usaha beliau menjelaskan pendirian PAS yang terkini ini dikecam keras dan dihina oleh penyokong-penyokong Pakatan Haram yang gagal memahami konsep sebenar PAS. Apakah Ustaz Hashim dan PAS akan tetap beristiqamah dengan pendirian tersebut?

Sekiranya dihantar seorang yang kononnya paling hebat, paling berpengaruh, paling licik dan paling ‘dewa’ kepada PAS, apakah mereka akan tunduk pada ‘tukang pujuk’ itu? Atau PAS akan tetap berpegang pada prinsip asas berpandukan 4 sumber perundangan Islam itu? Sama-sama kita nantikan…






3 Komen to Mampukah PAS Menepis Godaan ‘Warga Emas’ Itu?

  1. […] via Mampukah PAS Menepis Godaan ‘Warga Emas’ Itu? — MYKMU.NET […]

  2. itsme says:

    Aku rasa tulisan diatas bkn sesuatu yg ikhlas & jujur… kita seharusnya lbh menyangka baik dprd berprasangka… krn itu tuntutan Allah. Sebagaimana kita juga harus selamanya bersangka baik dgn Allah swt.

    Dengan tindakan mutakhir PAS yg lbh bersikap extra rasional dan berkecuali.. aku kira ini antara faktor mengapa org2 Melayu masih bersama umno dan meredakan gelombang anti-najib & umno. Ini sudah dikira “peranan dan sumbangan” PAS yg amat besar dlm memastikan kestabilan politik & pentadbiran BN hr ini.

    Kita tak perlu jd umpama batu api diantara mn2 pihak krn apa yg bakal terjadi belum tentu memberi kebaikkan atau sebaliknya. So aku harap penulislah yg perlu lbh istiqomah dlm bersyukur krn kita sendiri pun tak tahu dimana penghujung cerita politik negara kita dibawah UMNO/BN.

  3. sino says:

    Politik itu berliku dan bersimpang siur. Entah berapa cabang dan trafficlight terpaksa ditempuhi. Matlamat adalah kuasa. Pemain politik sahaja yang tahu cara dan kaedah utk sampai kpd matlamat. Cara dan kaedah itu pula ada yg logik dan tidak, ada yg halal dan tidak, ada yg waras dan tidak. Itu sebabnya ada yg terpaksa u turn, terpaksa masuk lumpur, naik turun bukit, malah masuk gaung pun ada. Jgn mengharap kiraan politik itu 2×5=10 !!!.

    Kita berdoa supaya Allah sentiasa menjaga dan terus memberi keamanan dan kesejahteraan kpd negara tercinta ini. Semoga para pemimpin dan pemain politik Islam kita sentiasa dlm iman dan petunjuk Illahi. Amiin.

Leave a Reply