Menu Utama

Makanan Bernama Anjing, Melayu dan Sijil Halal

Oleh Ab Jalil Backer
auntie-annApabila saya membaca surat jawapan Jakim kepada sebuah syarikat pembuat roti, punca utama penangguhan kelulusan sijil halal bukanlah kerana ada makanan nama anjing. Ia kerana sebab-sebab lain yang lebih fundemental.

Hanya di bahagian akhir Jakim menasihatkan supaya nama produk yang mengandungi perkataan dog (anjing) ditukar kepada nama yang lebih sesuai.

Salahkah cadangan tersebut? Hinakah cadangan tersebut? Macam saya tulis dalam garis masa Azmi Arshad, sakit di mana kalau tiada perkataan anjing dalam nama makanan terbabit?

Ia bukan isu umat Islam tidak boleh bezakan antara nama makanan dengan kandungan makanan. Ia lebih kepada mewujudkan suasana yang lebih mesra pengguna Islam dalam sebuah negara Islam.

Lagi pun hanya beberapa bangsa manusia sahaja yang makan anjing. Kebanyakan bangsa di dunia ini melihat makan anjing adalah sesuatu yang menjijikkan.

Justeru sangat misteri kenapa nama makanan yang langsung tidak berkaitan dengan “dog” diletakkan perkataan “dog”.
Yang lebih misteri ramai pula orang Islam menjadi jurucakap membela produk tersebut.

Untungnya kapitalis kerana ramai orang Islam muncul mempertahankannya tanpa dibayar berbanding jika mereka mahu mengiklan atau membuat advertorial.

Dalam keadaan tidak mahu membenarkan fahaman Islam yang terlalu rigid dan bersifat menghukum seperti Taliban dan IS berkembang, sebahagian kita telah menjadi terlalu bertolak ansur dan liberal.

Ini zaman umat Islam berlumba-lumba menunjukkan mereka terbuka dan demokrat ulung. Mereka menggunakan pelbagai alasan dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ahli politik dan kapitalis bukan Islam.

Secara psikologi mereka telah diindoktrinasi bahawa cara ini boleh memperbaiki imej Islam dan membuka mata non muslim mengenai keindahan Islam.

Mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan ialah sedang sedikit demi sedikit menghakis batas-batas cara hidup Islam yang telah lama berakar umbi di negara ini.

Yang pada akhirnya nanti status Islam hanyalah sekadar salah satu agama anutan saja.

* Semakin hari saya semakin tersepit antara orang Islam berfikiran liberal dan orang Islam berfikiran ekstrem. Golongan Islam yang bersederhana (moderate) semakin kurang di negara ini.
** Tolong sampaikan kepada Mufti Facebook dari Perlis.

(Tulisan ini dipetik dari facebook AB JALIL BACKER)






8 Komen to Makanan Bernama Anjing, Melayu dan Sijil Halal

  1. system baru says:

    Bagi tak ADA masalahnya tapi pihak syarikat kena terangkan kandungan dalam makanan ITU bagi orang islam tahu, kalau pihak syarikat angap kandungan secret resepi atau kandungan dirahsiakan jangan bagi melabur dekat negara ini, di Malaysia hanya sensitive nama babi walau pun ia mengunakan bahasa inggris,

    bagi pihak pertahankan nya tentu bercakap kalau dulu nama makanan hotdog in boleh terima sebabnya tahu apa kandunan dalamnya. Kalau mereka ini Syarikat antarabangsa tak akan kita paksa dia terima nama lain kan pelik. Kalau syarikat tempatan senang kita paksa tukar nama lain..
    Kita kena berfikir juga Negara islam lain boleh terima nama makanan hotdog kenapa kita tak boleh terima, kalau nama syarikat ITU orang tempatan punya bukan ambil beli nama macam MCD, jangan bagi nya ,sebab ia penghinaan bagi orang Malaysia.

  2. Hantu says:

    Kepada pembela produk makanan “dog” tersebut seperti Nazri Aziz dan Nik Abduh, saya kini boleh memanggil mereka sebagai Nazri Aziz Dog dan Nik Abduh Dog, so what? ada apa pada nama?????

  3. Inderasakti says:

    Perkataan dogs pun menampakkan keanjingan manusia terhadap sesuatu makanan kalau di negara negara barat terutama US perkataan dog atau dogs merujuk kepada golongan gelandangan atau jalanan yang biasanya ditujukan kepada kulit hitam kalau nak promote pun jangan lah sampai menyentuh sensitiviti budaya dan agama di negara ini kenapa tak aje tukaq kepada frankfuter atau frank saja kalau hangpa berpeluang ke negara negara eropah seperti perancis jerman hingga belanda sekali pun takde langsung nama hot dogs di sana melainkan dipanggil sosej saja bagi yang melayu munafik terbuka liberal tu baik anda berfikir semula tentang perkara ini adakah nama hot dogs baik bagi anda?

  4. system baru says:

    Pada 1919 Makanan barat ini semua makanan golongan bawahan mereka angap makanan ini hanya golongan miskin

    sosej hanya daging proses je
    dalamnya hotdogs hanya ADA roti sosej Dan sayuran campur SOS tomoto sebab
    ITU sebut hotdogs merujuk kepada makan golongan bawahan pada

    Daging hamburger disebut sabagai patty
    Serupa dengan hamburger dalam hamburger ADA roti,sayur Dan daging prosas

    Cuba anda tengok bahasa peracis Dan dimana negara barat mereka gunakan perkatan Hotdogs mereka tak guna pun perkatan sosej
    Mereka hanya gunakan perkataan sosej hanya pada dàging yg proses tak makan roti
    Apabila makan ITU dah letak pada roti mereka akan menamakan Hotdogs

  5. Inderasakti says:

    Hotdogs tu hanya wujud di us kanada dan uk sahaja sedangkan nama hotdogs dibawa oleh restoran dave’s deli milik tempatan dan dipopularkan oleh syarikat syarikat yang buat daging frankfuter tu mmg betul kata anda system baru tapi apa yang dapat cerita dari kenalan yang ke perancis perkataan hotdog hanya wujud bila restoran mcd dan wendys dari us membuka perniagaan di negara itu sedangkan nama hot dogs tidak begitu dikenali di negara menara eiffel tu mereka biasa sebut sausage dan fillet saja sedangkan negara kita biasa sudah tahu apa itu hot dogs

  6. […] via Makanan Bernama Anjing, Melayu dan Sijil Halal — MYKMU.NET […]

  7. tak_salah says:

    Tak salah, tak hina, tak sakit langsung kalau tak pakai nama mengandungi perkataan ‘anjing’.

    Bolehkah kita semua tukarkan nama anjing, biarkan dia lenyap dari dunia ini buat selamanya. Dengan ini, tak payahlah sebut nama tersebut.

  8. bangKano says:

    Kenapa para muslim begitu hina terhadap haiwan bernama anjing…..padahal tiada nas dari alQuran yang menyebut haiwan tersebut najis,haram,kotor disentuh dsbnya. Walhal haiwan lain juga kotor dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya boleh membawa maut seperti lembu,kambing dll di mana air kencingnya mengandungi virus sepertimana kencing tikus yang diwar-warkan secara penyelidikan perubatan saintifik.

    Inilah kepelikan sifat alami bangsa melayu muslim sejak dahulu,kini & mungkin di masa hadapan…..!!!!

Leave a Reply

Threesome