Menu Utama

Mahathir Mahu Pemimpin Lemah, Senang Jadi Boneka

TUN Dr Mahathir telah menyingkirkan ramai pemimpin sepanjang karier politik beliau. Namun kini sejarah tercipta apabila beliau gagal mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar berundur dari jawatan tersebut walaupun Tun telah melancarkan beberapa siri “serangan” yang sepatutnya dapat menumbangkan Perdana menteri.

Rakyat amat maklum bahawa diantara sebab utama Tun mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib adalah kerana Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang kuat dan tidak boleh dijadikan boneka yang bleh diarahkan sesuka hati Tun.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila Tun amat yakin mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin yang memimpin serpihan Umno Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM) akan dapat memimpin parti. Definasi Tun sebagai boleh memimpin parti dilihat sebagai pemimpin yang boleh menerima arahan beliau umpama burung Belatuk.

Malah ramai pihak yang beranggapan bahawa Muhyiddin tidak mampu memimpin parti PPBM tanpa Tun.

Hipokrasi Tun yang berumur 91 tahun semakin memualkan apabila beliau tanpa segan silu mengatakan bahawa ramai orang yang tidak dibenarkan masuk Umno khususnya sebab pemimpin Umno takut orang lebih baik daripada mereka masuk parti dan singkirkan mereka.

Umum amat maklum bahawa Tun telah mengharamkan Umno lama dalam usaha beliau untuk menyingkirkan beberapa orang pemimpin yang mahu berlawan dengan beliau. Kemudian Tun menubuhkan Umno baru dimana mereka yang menentang beliau tidak dibenarkan untuk menyertai Umno baru tersebut. Kini beliau mendakwa disebaliknya pula. Hipokrasi apakah ini?

Selain daripada itu juga, Tun terus mendakwa kononnya orang ramai mahu perdana menteri letak jawatan sekarang, jika boleh sebelum penggal pertama tamat. Kononnya ini kerana soal pencapaian Perdana Menteri sedangkan kita semua faham bahawa Mahathir mempunyai agenda beliau sendiri yang melibatkan kepentingan peribadi.

Kerakusan Tun campurtangan dalam urusan politik negara selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai ketidak relaan hati beliau untuk melepaskan kuasa. Perkara ini seolah-olah mendorong Tun memilih Perdana Menteri baru yang lemah agar mudah beliau perkotak katikan dan memberi arahan sesuka hati.

Oleh itu, sokongan yang Tun berikan kepada Muhyiddin dilihat hanya atas dasar Muhyiddin seorang yang lemah. Datuk Seri Najib pula terlalu kuat dan bijak maka dengan itu Tun mahu Najib disingkirkan agar beliau dapat terus mengekalkan kuasa. Tun kena ingat, semua itu tidak berguna lagi apabila kita dipanggil oleh Illahi. Semoga beliau mendapat hidayah di penghujung usia.






11 Komen to Mahathir Mahu Pemimpin Lemah, Senang Jadi Boneka

  1. Memang Baik says:

    Pak Lah dijatuhkan M bukan kerana Pak Lah itu Abdullah Badawi, PM Msia. Pak Lah didesak turun kerana Pak Lah punyai seorang menantu KJ namanya. KJ bukan sekadar seorang menantu tetapi KJ seorang anak muda yang dinamik, berpotensi dan ada IQ tinggi. Kerana itu KJ dianggap bakal jadi penghalang terhadap satu perjalanan. KJ dianggap akan terus kuat, malah beretambah kuat bermentuakan seorang PM.

    Boboi terhalang perjalanan nya oleh KJ. Dan KJ pulak bukan sengaja menghalang. KJ disitu kerana beliau perlu berkerjaya juga . KJ perlu karier. Pernah kah kita dengar KJ mengutuk orang lain untuk tujuan membuka jalan sendiri. KJ tidak didengar mengutuk sesiapa, mengutuk Boboi jauh sekali. KJ bukan Azmin yang menikam Khalid Ibrahim untuk tujuan karier sendiri.

  2. Memang Baik says:

    Sebaliknya KJ terus berpengaruh tanpa bapak mentuanya. KJ terus disitu dan KJ bakal meniti tangga yang ada untuk keatas tanpa Pak Lah.

    Habis Pak Lah, Najib sepatutnya membantu. Kehendak M, Najib perlu sekurang2nya jadikan boboi Finance Minister. Tapi najib bagaikan tak faham. Finance dipegangnya sendiri tidak di beri pada Boboi.

  3. Memang Baik says:

    Apabila semua tidak menjadi, maka bermulalah segala serangan demi serangan. Awal2 dulu dicuitnya anak tiri PM yang dikatakan terlalu berjaya hingga miliki condo US$100M. Lepas itu berpindah pada isteri PM.

    TOk, Tok, lahirnya isue IMDB yang cuba digagalnya dari awal. IMDB dilihat punca gagalnya segala sumber tenaga dimana terlibatnya ramai kroni dia. Tup, tup… duit dalam akaun…. semua itu dianggap M rezeki datang bergoleh padanya untuk dijadikan peluru menembak sasaran.

    Kini peluru itu pun hampir lupus. Peluru sudha kehabisan… sasaran masih tak kena.

    Digodaknya raja. Dikerah rakyat disuruh pakai baju kuning untuk merusuh. Negara bakal menonton rusuhan besar marah lawan kuning. Ini lah yang M harapkan.

    M akan gagal juga….

  4. dkds says:

    jika dilihatkan pada barisan kepimpinan parti pribumi semuanya taraf balaci dan taat pada Madey…dalam erti kata lain, Madey hanya perlu kata sepakat dikalangan pakatan liwat menyetujui samada boboi atau midin menjadi PM dengan bersyarat

  5. Pemerhati says:

    contoh pemimpin lemah si tua kutuk mahathir suka untuk dijadikan ‘PM boneka’ ialah seperti muhyiddin…contoh pemimpin paling lemah pula si tua kutuk mahathir paling suka untuk dijadikan ‘PM boneka’ ialah anaknya sendiri mukhriz

    kenapa mukhriz dikata paling lemah? jawabnya sebab mukhriz digilap bawah ketiak bapak…mukhriz digilap bawah ketiak bapak untuk menjadi PM, kepala botak mukhriz berkilau pun sebab digilap ketiak bapak walaupun tak seberapa bulu ketiak mahathir yang tinggal telah dijadikan berus pengilap

    pemimpin yang digilap bawah ketiak bapak untuk menjadi PM ini rakyat telah dapat mencium bau hapak & haprak…rakyat tahu pemimpin yang duduk bawah ketiak bapak ini tidak mempunyai tokoh & kewibawaan untuk menjadi PM sebab itu mahathir tidak berani bercakap terus-terang dia sebenarnya mahu mukhriz menjadi PM

    muhyiddin tidak berbau hapak & haprak sebab dia tidak pernah berada bawah mana2 ketiak seperti mukhriz tapi entah apa kelemahan, entah apa silap & salah muhyiddin sekutu muhyiddin & sekutu bapak si mukhriz tidak mahu memberitahu kepada rakyat apakah sebab2nya itu mereka tidak memberi sokongan & persetujuan kepada muhyiddin untuk dijadikan PM

    DAP & PKR tetap mahu anwar menjadi PM tapi si tua kutuk mahathir memberi alas an kata anwar tidak layak dijadikan PM sebab anwar sudah tua padahal alasan sebenar mahathir tidak mahu anwar menjadi PM ialah sebab mustahil anwar dapat menjadi PM boneka yang sanggup ‘mengikut telunjuk’ mahathir & ‘council of elders\'(era selepas ketiadaan/kematian mahathir)

    apakah benar anwar sudah tua? kenapa mahathir tidak cuba test(uji) tengok sama ada benar atau tidak anwar sudah tua dengan menyerahkan si syed saddiq untuk dijadikan setiausaha sulit@coffeeboy kepada anwar selepas anwar keluar penjara nanti?

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Siapa yang percaya teori Tun nak naikkan anak dia memang lembam fikiran. Kalau nak dinaikan tak payah tunggu bersara. Apalah korang!!

  7. Pemerhati says:

    tu lah makan lagi babi banyak2 sebab itu ‘hgj’ bodoh memanjang
    DAP & PKR ialah parti pembangkang yang dominan
    parti cap bunga pula lebih teruk taraf dari melukut di tepi gantang dalam pembangkang
    kalau mukhriz tidak berhasrat sedikit pun menjadi PM…
    kenapa mukhriz tidak berani bersuara melawan ketidakmahuan bapaknya tidak suka melihat anwar dijadikan PM dengan memberi sokongan & persetujuan secara terbuka kepada anwar untuk dijadikan PM?

    ramai orang tahu tiada guna mukhriz sebagai naib presiden parti cap bunga yang lebih teruk tarafnya dari melukut di tepi gantang dalam pembangkang memberi sokongan & persetujuan kepada muhyiddin untuk dijadikan PM…sedarlah kalau sudah lebih teruk taraf dari melukut di tepi gantang, kena sokong & setuju sahaja anwar dijadikan PM…noktah!

    DAP & PKR tidak berani ‘mengata’ parti cap bunga lebih teruk taraf dari melukut di tepi gantang sebab boleh membuat hati mahathir terguris…bila hati terguris jangan harap mahathir nak bagi habuan(duit rakyat yang ‘dikelepet’ semasa mahathir menjadi PM) kepada DAP & PKR untuk buat bantu belanja PRU14…bila hati mahathir terguris sudah tentu ‘hgj’ akan kecewa sangat
    ‘grand coalition’ pembangkang tidak dapat menjadi kenyataan untuk menjatuhkan BN pada PRU14 nanti…betul tak?

  8. Pemerhati says:

    tak berapa lama selepas mahathir mengumumkan muhyiddin sebagai calon PM, mahathir membuat kenyataan kata masih terlalu awal untuk menamakan calon PM kerana ppbm perlu bermesyuarat untuk mendapat persetujuan dari sekutunya?

    mahathir terpaksa berkata masih terlalu awal untuk menamakan calon PM sebab mahathir telah sedar diri yang partinya lebih teruk taraf dari melukut di tepi gantang dalam pembangkang…taraf parti kuali(pan) boleh dikata tidak seteruk taraf ppbm dalam pembangkang

    ‘hgj’ setuju tak apa aku kata?

  9. Pemerhati says:

    aku kata parti kuali(pan) tidak seteruk taraf ppbm dalam pembangkang sebab presiden parti kuali(pan) bukan ‘kepala perompak’ seperti mahathir yang berada dalam pembangkang dengan parti cap bunganya(ppbm)…kalau DAP, PKR & PAN memberi taraf sama tinggi(sebaliknya kena beri taraf paling rendah) kepada ‘kepala perompak’, ianya boleh memberi persepsi negatif kepada rakyat, betul tak ‘hantu gigi jarang’?

    hehehehehe

  10. anoi says:

    Elok jugak upload clip buat flashback yg betul2 menunjukkan mereka2 ini mmg lidah biawak.Azmi jangan unloadkan clip yg berkait mereka baru kena tendang keluwau dari umno juga clip yg kebudak budakan tu yg mana pemberita banggang saja nak interview peserta2 rally baju merah yg tak pandai English diedit masukkan budak tiga suku Nama lanncau tu atau budak moto yg ins naik rega seumpamanya tu. Overoll.

  11. yon76er says:

    Lembam pon dapat Pingat EMAS Qlympic..jangan ingat siLembam xHebat…lain lah OKU jenis Gigi Jarang….buat dekap gigilah ..tapi blum tentu Handsome tapi Hati BUSOK memang confrm….

Leave a Reply