Menu Utama

Khalid Samad Fitnah TMJ dan Berbohong Dalam Parlimen

Khalid-SamadAhli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah memfitnah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar bahawa baginda telah menulis dalam akaun media sosial menuduh Perdana Menteri Mohd Najib Razak seorang pencuri.

Semasa mencelah dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, minggu lalu, Khalid telah bangun mendakwa Tunku Mahkota Johor turut menyokong tindakan mereka keluar dewan semasa Pembentangan Bajet 2017.

Menurut Khalid Samad, TMJ telah menyokong mereka dengan menulis di media sosial, “Apakah tindakan anda jika seorang pencuri menasihatkan anda supaya jangan mencuri? Keluar dewan atau terus mendengar?”.

Namun semakan kami dengan beberapa pihak mendapati TMJ tidak mempunyai akaun twitter dan facebook seperti yang didakwa oleh Khalid Samad. Malah beberapa laporan polis telah pun dibuat terhadap akaun-akaun ini sejak beberapa lama dulu.

Justeru tindakan Khalid Samad memetik akaun palsu TMJ dalam perbahasan Parlimen bukan sahaja menimbulkan fitnah terhadap pewaris kerajaan Johor tersebut tetapi juga telah membohongi Parlimen.

Apakah Parlimen yang akan bersidang kembali nanti akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau?






4 Komen to Khalid Samad Fitnah TMJ dan Berbohong Dalam Parlimen

  1. Memang Baik says:

    Kalau sesaorang itu sekadar pandai menggunakan cangkul untuk membajak, diberi tractor pembajak pada dia pun tak akan beri apa2 menafaat. Ini kerana kenbolihena dia hanya setakat itu.

    Demikian halnya dengan pembangkang negara ini yang sentiasa merasakan diri mereka lebih bijak, pandai, cekap dan berwawasan dari orang lain… hakikatnya yang mereka tahu cuma berbohong, memfitnah, menukar fakta dan memutar belit.

  2. manjoi says:

    Kalau dulu mungkin kita lihat TMJ agak kurang sopan bila membuat kenyataan politik. Tapi saya percaya berdasarkan perilaku beliau sejak akhir2 ini, beliau dah berubah. Khalid Samad a.k.a ‘Salman Rushdie’ (muka kalau botak tengah memang seiras). Dia ni pemfitnah politik 24/7/365. Dalam Pakatan Haprak dia Zionis kaki putar belit no 2. Tahap jahat dia ni kira bawah sikit aje dari Anwar….

  3. […] via Khalid Samad Fitnah TMJ dan Berbohong Dalam Parlimen — MYKMU.NET […]

  4. Inderasakti says:

    Khalid gereja ni satu mangkuk adakah dia ni bodoh ambil benda dari cytrooper rba ataupun dia upah rba untuk buat akaun palsu tmj utk mendedahkan benda fitnah ni mewakili tmj Nampak sgt derhaka benar kepada keluarga diraja johor dan bangsa johor!

Leave a Reply

Threesome