Menu Utama

Ketua Pembangkang Dan Pemimpin Lama Dijangka Lancar Serangan Fasa 3

SIKAP tidak bertanggungjawab dua individu yang mengancam perpaduan negara tidak boleh dipandang ringan.  Rakyat juga tahu bahawa kedua-dua individu ini telah didorong dengan kepentingan politik peribadi sehingga membuatkan mereka tergamak cuba menghancurkan ketenteraman negara.

Dua individu tersebut adalah ‘ketua pembangkang’ dan seorang lagi ‘pemimpin lama’ dilihat bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin yang fasa ketiga sedang dirancang pihak-pihak berkenaan.

Fasa pertama pada 2008 ketika ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman dan mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dengan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.

Fasa kedua pula bermula pada tahun 2016 apabila seorang “pemimpin lama” mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk satu lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.

Ancaman fasa ketiga dijangka berlaku kerana kedua-dua individu itu kini dilihat mempunyai hubungan yang baik diantara satu sama lain.

Sanggupkah kita membiarkan dua individu ini merosakan negara kita dengan lebih teruk lagi. Perlukah mereka mengheret negara dalam pergelutan mereka untuk mencapai cita-cita dan kepentingan politik peribadi masing-masing.

Kita tidak sanggup membiarkan mereka memusnahkan negara kita sebagaimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah seperti Syria, Mesir, Iraq dan lain-lain lagi. Sekali negara musnah maka amat susah bagi sesebuah negara itu bangkit semula. Rakyat akan menderita.

Silap percaturan akan mengakibatkan rakyat kita pula terpaksa menjadi pelarian di negara-negara lain dalam usaha mendapatkan perlindungan. Sanggupkah kita membiarkan rakyat Malaysia melalui fasa tersebut? Jika tidak maka kita semua bertanggungjawab memastikan dua individu yang tidak bertanggungjawab ini gagal melakukan serangan terhadap negara kita.

 






11 Komen to Ketua Pembangkang Dan Pemimpin Lama Dijangka Lancar Serangan Fasa 3

  1. manjoi says:

    Bukan setakat Fasa 3, dijangka akan ada banyak lagi serangan lain yang manyusul sehingga PRU14. Walau apa pun, ‘war of epic proportion’ ni dah ada pemenangnya. UMNO akan terus mengemudi MALAYsia, Insya Allah….

  2. dkds says:

    kebejatan dan kejahatan yang dirancang oleh kedua dajjal ini pasati akan gagal…

  3. Mazlan says:

    …logo parti pun logo dajjal…

  4. Hantu Gigi Jarang says:

    Fasa 3 bermula apabila Swiss AG, Singapore AG dan US DOJ memulakan proses perbicaraan terhadap Hj Jho Low dan Reza Aziz. Segala bukti yang disorokan oleh Malaysia akan didedahkan. Tun tak payah buat apa-apa pun nanti.

  5. Inderasakti says:

    Ye la tu hantu gigi karat benda yang lepas dan dah lapok dulu
    masih nak trending lagi ke? Nampaknya madey kena taboq dedak
    super bagi hang dgn azmi bagi hyper meroyan tahap gaban

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Curi tetap curi…dosa tetap dosa. Mana ada dosa lapuk bro…:-). Marcos dulu berapa lama pun orang tetap cari…

  7. che ted says:

    Fasa 3 campurtangan pihak luar. Puncanya puak ni dah mula menyembah org luar. Kemungkinan perang perkauman juga ada. Sbb bala tentera pembangkang kali ni rata2 bukan islam. Pesanan mursyidul am pas yg baru adalah signal mereka sedia tentang ancaman pihak luar.

  8. Inderasakti says:

    Sedangkan rejim marcos yang digulingkan dulu pun boleh menyebabkan filipina menjadi negara yang punyai rekod jenayah yg paling tinggi berleluasa korupsi dan keganasan sejak sekian lama baru sekarang duterte nak ‘cuci’ apalagi nak serkap jarang tuduh org tanpa bukti. Tu la modal basi hantu gigi karat takde isi hanya persepsi

  9. semangat dato' haron says:

    Gandingan dua mamak terkemuka Mahathir dan Anwar lebih memudahkan rakyat utk menyokong UMNO. Beban biawak hidup Mahathir akhirnya berjaya dilepaskan dr UMNO.

  10. Hantu Gigi Jarang says:

    Kenapa marah-marah. Kapir harbi tu nak rampas harta Jho Low dan Reza saja. Apa kena mengena mereka ni dengan UMNO. Kita patut sokong sebab kalau mereka rampas, mereka akan pulangkan kepada kita. Boleh juga buat bayar BRIM!

  11. manjoi says:

    Kenapa US DOJ sampai sekarang ‘senyap seribu bahasa’ tentang aduan kleptokrasi tu? Apa pun tak mula lagi! Kalau benar terbukti amalan kleptokrasi berkait dengan Jho Low & Riza, tiada sesiapa nak halang US DOJ rampas harta tersebut & sumbat mereka dalam penjara! Tapi perlu diingat! Selagi belum terbukti & sekadar tuduhan untuk mencemar peribadi mereka, MALAYsia harus membela mereka. Lagi pun mereka adalah WARGANEGARA MALAYSIA yang mencari rezeki yang sah & halal di US. Hakikatnya Riza adalah antara orang MALAYsia/Melayu yang paling berjaya di US, berdikari atas usaha sendiri….. (tak seperti adik-beradik ‘M’, hidup senang lenang sebab ‘daddy kasi’ oleh Mahafiraun!).

Leave a Reply