Menu Utama

Kerajaan Tidak Ada Duit Terpaksa hentikan Peruntukan Kesihatan?

oleh Ab Jalil Backer

Setiap tahun ketua jabatan akan menghantar anggaran belanjawan untuk dipertimbang kelulusan. Anggaran ini selalunya berdasarkan penggunaan tahun lalu dan jangkaan penggunaan tahun ini.

Apabila Jabatan Patologi Hospital di Klang kehabisan peruntukan untuk membeli kit ujian, ia bukan kerana kerajaan memotong bajet asal. Ia lebih kepada perbelanjaan melebihi anggaran dan bajet yang diluluskan. Penggunaan wang kerajaan bukan seperti cucuk mesin ATM. Hari ini barang habis esok boleh beli.

Kes ini bukan isu kerajaan tidak ada duit tapi perbelanjaan melebihi anggaran asal. Sebabnya,

“Selangor mencatatkan 65,168 kes denggi pada tahun 2015. Namun sehingga September tahun ini sahaja, Selangor telah mencatatkan lebih 80 ribu kes denggi.”

Peningkatan lebih 20 ribu kes dari tahun lalu adalah sesuatu yang sangat besar dan luar jangkaan untuk negeri maju Selangor.

Semua ini memerlukan ujian patalogi.

Tentulah mereka yang membuat anggaran pun tidak terfikir peningkatan begitu ketara. Jika mereka membuat anggaran sebesar itu peningkatan pun mungkin tidak diluluskan kerana di luar anggaran rasional.

14492568_10210891779030868_992482527244205599_n






6 Komen to Kerajaan Tidak Ada Duit Terpaksa hentikan Peruntukan Kesihatan?

  1. Inderasakti says:

    Denggi pun depa jugak ngata salah BN

    Sedangkan loji air di semenyih tercemar
    pun depa kata salah BN jugak

    Abis selangor sekarang ni siapa yang tadbir sebenarnya?

  2. azmi says:

    SELANGOR PERLUKAN MB SEPERTI ORANG INI…HE HE HE…

  3. Hantu Gigi Jarang says:

    Duit semua kena songlap…1MDB, Kementerian Belia, Air Sabah, DBKL….inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. Hancurlah Malaysia kalau macam ini…hancurlah Malaysia kalau blogger dan penyokong Najib macam ini…

  4. azmi says:

    He he..hantu bukan tak tau..
    Dah Malaysia ni PM nya Pencurik…
    Abis suku sakat dia jadi pencurik..
    Pencurik tu skrg diam dah tak ckp apa..
    Entah apa la nak dicuriknya lagi tu…

  5. Inderasakti says:

    Tu je modal hangpa?
    Tak abis abis pencurik pencurik?
    Takde isu lain ke hangpa?
    Dah kering idea dah
    Pulak dah dedak hangpa cukup lagi ke?

  6. manjoi says:

    Negeri Selangor ni lepas satu2 masalah. Air tak de, denggi merebak etc. Lepas tu salahkan orang lain? Rakyat & pengundi Selangor boleh selesaikan semua masalah ni bila PRU akan datang. Anda tahu apa yang perlu dibuat……

Leave a Reply