Menu Utama

KENAPA NAMA2 YG MENJURUS KEPADA SESUATU BENDA HARAM PERLU DIUBAH UTK DAPAT SIJIL HALAL?

halallogoKerajaan sedang usahakan iaitu memperkasakan Maqasid Syariyyah dalam setiap agensi kerajaan yg antaranya hub halal jakim dan JAIN. Usaha memperkasa pensijilan halal sedang giat dijalankan bagi memelihara kesejahteraan Agama dan syariat Islam di Malaysia. Termasuklah penambahbaikan terhadap prinsip “Halalan Tayyiban”.

Makanan bukan hanya halal semata tetapi mesti Tayyib. Halal jelas. Manakala Tayyib membuatnyai makna yg luas iaitu:
– Bersih.
– Baik dari aspek penyediaan.
-Baik dari aspek bahan.
– Baik dari aspek nama.

Nama produk atau restoran mestilah tidak mengelirukan atau menjijikkan. Hotdog, tahi itik, rootbeer dan lain-lain, semua itu menggambar perkara yang tidak baik dalam makanan. Walaupun ia hanya sekadar nama bukan pada bahan, tetapi nama melambangkan keperibadian dan kewibawaan syariat Islam.

Oleh itu, JAKIM dan JAIN mengambil pendekatan “Sad Dharai'” iaitu menutup pintu-pintu yang boleh mengelirukan makanan orang Islam di masa akan datang. Di tambah pula pada hari ini, terdapat produk makanan yg mengelirukan umat Islam seperti “Non alcoholic” ” No Pork” dan lain-lain. Atas dasar yang sama segala produk makanan yg menggunakan nama agama tidak akan diberi sijil halal agar agama tak dijual beli atau dijadikan alat yg menguntungkan sebelah pihak.

Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Ahli Majlis Perundingan Islam Negara/ AJK Pensijilan Halal N. Selangor./ Pensyarah Fiqh Makanan UKM.






5 Komen to KENAPA NAMA2 YG MENJURUS KEPADA SESUATU BENDA HARAM PERLU DIUBAH UTK DAPAT SIJIL HALAL?

  1. itsme says:

    Terbaek jwpan dr Dr Izhar ni.. harap mn2 pihak yg merasakan mtk sgt unggul dimata2 manusia giler berpolitik sedar dan faham.

  2. Hantu says:

    Syabas JAKIM, teruskan menjaga nilai2 murni Islam, semoga usaha anda dirahmati.
    Sekarang saya boleh memanggil Nazri Aziz sebagai Nazri Aziz Dog dan Nik Abduh sebagai Nik Abduh Dog…
    Ada apa pada nama??????

  3. Inderasakti says:

    Itu la yg sebaiknya

  4. semangat dato' haron says:

    Hantu gigi jarang dan azmi x nk komen ke?

  5. anoi says:

    yg terbiasa pakai mcm hot dog, tahi itik tu akan berlalu dlm arus masa dan bukan mudah nak ubah melainkan semua se iya sekata dan susah dapat se iya sekata – cth nama tempat batang berjuntai dah di ubah pada bestari jaya namun msh jugak org panggil batang berjuntai. Tak perlu melatah sgt pada perkara2 tg asal salah jenama disensasikan pada yg lain. Yang penting setiap halal diluluskan wajib patut garis panduan termasuk penjenamaan. Apakah hotdog, tahi itik pun nak melalui Jakim… Biarlah masa jugak menentukan dan Jakim setiasa boleh dibawa berbincang hal2 hotdog, tahi itik ini meski pun pada asalnya tak perlu diperhalusi. Dewasa penganut dapat jugak membezakan kecuali yg otak lembab.

Leave a Reply

Threesome