Menu Utama

Kenapa Aplikasi Lapor Aktiviti Khalwat Gusarkan DAP

APA sahaja yang berkaitan dengan memartabatkan agama Islam akan dipandang serong dan ditentang oleh DAP? Masihkah kita ingat berkenaan isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian? Masihkah kita ingat isu penjualan arak secara berleluasa di kawasan majoriti penduduknya Islam?

Kita amat maklum bahawa hampir 99% ahli DAP berbangsa Cina. Hanya lebih kurang 1% sahaja anggota DAP merupakan orang Melayu yang beragama Islam. Dan mereka ini dilihat telah dipergunakan sepenuhnya oleh DAP agar membawa suara sumbang DAP yang menentang apa sahaja pelaksanaan berkaitan dengan Islam.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melancarkan aplikasi interaktif Amar – singkatan kepada amar ma’ruf nahi munkar – yang membolehkan orang ramai berhubung secara langsung dengan JAIS melalui telefon pintar.

Sudah tentu, ini perkara yang baik dilakukan oleh JAIS untuk menjadikan perkhidmatannya lebih proaktif dan interaktif. Aplikasi ini akan memudahkan orang ramai untuk mencapai maklumat seperti isu-isu perundangan agama, berita-berita semasa, program-program agama yang dijalankan, mencari masjid-masjid berhampiran dan lain-lain perkhidmatan.

Tiba-tiba anggota parlimen Bukit Bendera merangkap penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP Zairil Khir Johari mempertikaikan berkenaan bahagian perkhidmatan aduan yang membolehkan orang ramai untuk melaporkan aktiviti khalwat, ajaran sesat, ceramah agama yang tidak mempunyai permit dan sebagainya.

Kenapa perkara ini mengundang keresahan kepada Zairil atau lebih tepat lagi DAP? Kenapa DAP menganggap dosa khalwat ini bukan perkara besar sedangkan zina itu merupakan antara dosa-dosa besar dalam Islam?

Kita tahu bahawa DAP sekadar mahu mempolitikan isu tersebut mengikut acuan mereka sendiri. Mereka membesarkan fitnah yang mereka reka dan sokong kononnya berlaku gejala rasuah dan kleptokrasi (penyelewengan wang awam oleh pemerintah) yang didakwa oleh DAP sebagai sinonim dengan negara Malaysia sedangkan fitnah tersebut ternyata tidak berasas sama sekali.

Segala siasatan oleh semua pihak berkuasa dan pihak yang bertanggungjawab seolah-olah tidak membawa sebarang makna apabila mereka tetap membuat tuduhan palsu tersebut. Berlainan pula dengan dakwaan jenayah salahlaku rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap setiausaha DAP yang mempunyai bukti sahih dikumpulkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

DAP dan pemimpin kanan mereka terus memainkan lagu fitnah secara berterusan dalam usaha untuk menutup jenayah salahlaku Lim Guan Eng.  Jenayah tersebut bukan sekadar dosa peribadi malah ianya lebih memudaratkan kerana melibatkan wang rakyat dan kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Kita boleh lihat DAP memang suka campur tangan dalam urusan agama Islam. Mereka mendabik dada kononnya telus dan sebagainya sedangkan pengiraan undi dalam CEC pun kelam kabut dan sehingga kita mereka tidak mampu melakukan pembetulan seperti yang di arahkan oleh RoS.

Skandal yang berlaku dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri terlalu banyak namun mereka memilih untuk serang secara berfokus terhadap kerajaan Barisan Nasional berdasarkan fitnah yang dicipta semata-mata. Perkara ini perlu kita sampaikan kepada rakyat secara berterusan agar segala fitnah dan meknah DAP terdedah dan rakyat tidak dapat diperbodohkan oleh parti cauvanist dan rasis tersebut.

 



(Next News) »



17 Komen to Kenapa Aplikasi Lapor Aktiviti Khalwat Gusarkan DAP

  1. Inderasakti says:

    Dapig liberal chauvinist anti islam anti melayu dan kaum lain dan Bangsat!

  2. yon76er says:

    DAPigies + HaramJadah = Tiew Neiaa Nama Kaa Haiiii…

  3. Hantu Gigi Jarang says:

    Ini kes tak baca atau tak faham mesej hadith dan Al Quran!

  4. system baru says:

    Cuba korang berfikir dap ini Cuba mendekat geng 25, geng 25 banyak lakukan zina walaupun mereka dah tua, siapa bawa agenda khalwat dibenarkan di Malaysia ini kalau bukan geng 25…
    tak sangka geng ini telah minta bantuan dap untuk tutup JAIS isu khalwat ITU

    Hantu Gigi Jarang geng hampa juga tak faham mesej hadith dan Al Quran,
    Geng Hampa Berzina walau ADA Bini
    And fikirkan ia

  5. […] via Kenapa Aplikasi Lapor Aktiviti Khalwat Gusarkan DAP — MYKMU.NET […]

  6. 1malaysiakini says:

    Dlm bidang agama islam.. segala tambah baik..

    Org islam kita tak perlu ambil peduli dgn kaum lain..

    Sebab.. hukum dan akta islam tidak langsung babitkan kaum agam lain..

  7. azmi says:

    HE HE HE…
    Orang MYKMU mengaku islam tapi bodoh…
    Pemakan dedak MYKMU mengaku islam tapi tak faham Al-Quran..
    Orang DAP nak bagi tau cara tu salah mengikut Al-Quran…

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    (Al-Hujuraat 49:12)

  8. system baru says:

    azmi ‘ayat al Quran itu sesuai untuk kau telalu banyak hadapi sangkaan,

    Azmi Balik kau amalkan ‘jangan Pula fitnah sana sini ‘kononya altantuya kekasih najib ITU sangkaan bodoh kau itu Dan cermin diri kau ITU adakah kau ITU tak buat dosa

  9. azmi says:

    system baru..
    tolong jawab benda ni…

  10. Hantu Gigi Jarang says:

    Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Taala telah melarang hal ini. Kisah Umar dan Abdul Rahman bin Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab Al-Suhbah (Adab-adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.
    Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: “Allah Taala telah berfirman maksudnya: ‘Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain’. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman maksudnya: ‘Masukilah rumah melalui pintu-pintunya’. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman maksudnya: ‘Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya’. Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Maka Umar pun meninggalkannya. Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

  11. Inderasakti says:

    Hantu gigi karat nak tanye sape yang selalu salahkan org lain siapa yang selalu memfitnah walaupun takde toksah la copy paste dari hadith lain sekalipun tapi langsing tak ambik ijtihad nya jangan lupa kata bole mualafkan tokong guan eng marina madey punya akhlak dah jahanam boleh hang nak tegakkan syirar kalam Allah?
    Tak usah la berhipokrasi la hantu gigi karat nanti tak semena mena hang di anggap musyrik kerana luar tangan hang suka menampar dalam tangan hang bersalam dgn musuh islam tak gitu?

  12. Hantu Gigi Jarang says:

    Apa sudah jadi kepada saudara Inderasakti ni? :-). Tak betul ke hadith tu..? Jangan tak percaya hadith ya? Nanti jadi anti-hadith pulak..:-). Apa fitnahnya..tak vetul ke duit RM2.6 bil tu masuk akaun dia? Kenapa masuk akaun dia?

  13. system baru says:

    Benda ITU dah jawab banyak Kali bodoh juga Hantu Gigi Jarang
    Kau pergi Tanya Pak lah siapa bunuh altantuya ADA berani? Pak lah cakap najib tak bersalah
    Kau pergi Tanya menteri dalam negeri ketika pembunuhan altantuya, ADA berani?..

    Najib tak ADA kuasa dalam kementerian dalam negeri, dia bukan berada dalam kementerian ITU.

    Yg lakukan pembunuhan polis bukanya tentera, kementerian pertahana tak ADA kuasa terhadap polis

    Dah cai macai peliwat anwar kalau number berdasarkan tokong kini baik tak payah

  14. 1malaysiakini says:

    Elok la azmi… umpama ibu ketam mengajar anak jln lurus..
    Mengenai al quran di rujuk dgn dap… hmmm..
    Dan style pembangkang yg biasa kita dengar dan lihat..
    Tanya pasal bungalow lim guan eng.. di tanya nya kes liwat anwar
    Tanya pasal muhyiddin kes scandal nika gee di tanya nya mathir beli voters online..
    Tajuk lain.. jawab err.. bukan jawab.. ditanya nya yg lain..
    cuba perati mi.. tingkah laku ketua2 mu mengenai ni.. kalau salah.. aku mengaku..
    Tapi mu dak terikut2 ngan diaorg.. sian..

  15. manjoi says:

    Lagi banyak DAP merepek & menyerang Islam, lagi banyak MALAYsia yang akan menjauhi DAP. DAP adalah ‘barua’ golongan HARBI SEDUNIA!!!!!

  16. Inderasakti says:

    Bila masa aku cakap aku tak percaya hadith ada paham ke cakap aku?
    Lain kali perhati apa org habaq bukan hantam kromo je hantu gigi karat
    Dey hantu toksah la bikin tafsiran sendiri tentang hadis sedangkan
    Tafsiran al quran dan hadis pelbagai org bole selewengkan untuk
    kepentingan tertentu sedangkan bukan islam pun bole tafsir hadis
    macam nya komeng jadi di sini siapa yang dituduh anti hadis?
    Ataupun yang sebenarnya mempermainkan hadis tanpa ijtihad dari
    pakar tafsir yang sahih sedangkan dr fathul bari sendiri memberi
    amaran golongan yang menggunakkan hadis atas bukan kepentingan umat islam
    Sedaq tak benda tu hantu gigi jarang?

  17. Hantu Gigi Jarang says:

    🙂

Leave a Reply

Threesome