Menu Utama

Kementerian kerja raya nafi kenaikan kadar tol

Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan malam ini, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah berita lama dan telah dikitar semula.

“Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan bahawa hingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol. – BERNAMA






3 Komen to Kementerian kerja raya nafi kenaikan kadar tol

  1. manjoi says:

    Kalau dah termaktub dalam perjanjian konsesi, kenapa perlu dituding jari pada kerajaan? Majoriti konsesi yang berat sebelah ini, adalah masalah legasi (Mahafiraun). Najib nak hapuskan tol lagi adalah, seperti lebuhraya Pan Borneo! Diharap kerajaan tak bayar pampasan pada operator sebagai gantirugi mungkir syarat konsesi. Duit tu lagi baik disalur pada KEBAJIKAN BERSASAR seperti BR1M, jadi RM1200 untuk 2017…..

  2. Badrole Amin says:

    iya kalau sudah termaktub dalam perjanjian konsesi membenarkan tol dinaikan, macai tidak harus menunjukkan sikap bodoh & jahil menyalahkan kerajaan sedia-ada dibawah kepimpinan Najib sebaliknya mereka harus menyalahkan tua kutuk sial lahanat mahathir kerana perihal lebuhraya bertol ini adalah perbuatan & peninggalan legasi membebankan rakyat & kerajaan yang ada sekarang hasil dari tua kutuk sial lahanat itu

    kalau tak nak kena maki, harap takde macai yang sewenang-wenang kata “apa susah, kerajaan yang ada sekarang boleh mansuhkan sahaja tol”

    sedangkan pembangkang yang menjadi kerajaan negeri di Selangor pun tak mampu bayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya bertol ini yang beroperasi di negeri Selangor untuk mansuhkan bayaran tol kepada pengguna(rakyat)

  3. […] via Kementerian kerja raya nafi kenaikan kadar tol — MYKMU.NET […]

Leave a Reply