Menu Utama

Keluarkan Diri Dari Terus Jadi Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir

anis-syafiqah

Sebenarnya penulis malas hendak layan perangai budak-budak zaman sekarang terutamanya yang tidak mengenal erti hidup susah ekoran mereka sejak lahir semunya sudah tersedia di depan mata. Namun kali ini penulis terpaksa layan juga…

Bukan apa, naik menyampah pula melihat budak mentah yang belajar pun belum habis, tapi sudah terkinja-kinja menempelak kerajaan dengan kenyataan tidak berasas. Tempohari sudah dibidas berkenaan isu tangkap MO1, kali ini bajet 2017 pula.

Budak ini mendakwa kononnya yuran pengajian di Malaysia mahal dan tidak selaras mengikut standard. Kononnya itu faktor utama yang perlu dilihat Kerajaan Malaysia berbanding menukar baucar buku kepada kad debit mahasiswa.

Penulis tidak tahu dari mana dia dapat fakta, tapi mungkin dari jamban. Tidak tahu juga dari mana ‘kutipan-kutipan’ yang dia lakukan, kutipan primer atau sekunder hasil ciptaan imaginasinya sendiri?

Pelik sekali jika dia mengatakan yuran pengajian di universiti di negara kita ini mahal. Apa dia tidak pernah keluar dari ‘tempurung’? Padahal, pendakwah terkemuka dunia Dr Zakir Naik sendiri pernah mengakui betapa murahnya yuran pengajian di negara kita. Budak mentah ini kenal Dr Zakir Naik? Atau dia lebih kenal Ambiga?

Mahu diselaraskan yuran pengajian bagaimana lagi agaknya? Dia mahu yuran pengajian ijazah perubatan sama nilai dengan pengajian sastera bahasa Melayu? Atau dia mahu yuran pengajian ijazah sarjana muda untuk setiap bidang di negara ini sama kadarnya?

Nampaknya budak ini seolah-olah sangat mentah dalam menilai kos bagi setiap bidang pengajian. Dia mungkin gagal memahami tentang kos yang tidak sama ditanggung oleh setiap universiti di negara ini walaupun dalam bidang yang sama?

Penulis menyarankan supaya budak ini membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum bersuara. Bukan apa, sebagai seorang pelajar universiti, dia perlu menunjukkan kebijaksanaan dirinya setaraf dengan pelajar universiti, bukan budak tingkatan 1.

Penulis rasa, jika budak ini lahir lebih awal dan belajar di universiti di zaman penulis dulu, rasanya baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Jangankan kad debit atau baucar buku, hendak ‘photostate’ nota pun sampai berhutang dengan rakan.

Susahnya kami belajar di zaman Tun Dr Mahathir dulu, bukannya ada kementerian khas yang ambil tahu. Malah di zaman kemelesetan ekonomi dulu, ramai yang hilang biasiswa dan tajaan, terpaksa berhenti belajar ekoran tidak dapat menampung kos sara hidup.

Tapi kami dulu tidak tahu mengeluh atau bermanja-manja. Setakat mi maggi, itu perkara biasa yang kami kongsi bersama. Berebut telefon awam, itu juga biasa. Hendak guna komputer, terpaksa menapak lebih 1 km ke makmal komputer. Ada rakan kaya yang memiliki komputer sendiri, tapi kami risau jika rosak atau dakwat pencetakknya habis, teruk nak ganti!

Mungkin senario kita tidak sama. Tapi, kami tidak mengada-ngada. Apa yang ada kami gunakan. Kurang duit, kami kerja ‘part time’ di restoran makanan segera. Kami tidak suka susahkan hati ibu bapa merengek meminta laptop atau telefon bimbit, apatah lagi motorsikal.

Tapi kami tetap ada ideologi, cuba memahami dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di dalam atau luar negara. Ada yang memberontak, ada yang tidak. Tapi yang memberontak hampir semuanya tidak habiskan pengajian, manakala yang tidak memberontak pula ramai yang kini jadi manusia berguna.

Penulis menyarankan kepada budak itu supaya hargai masa mudanya dengan menuntut ilmu, bukan hanya sekadar mendapatkan ijazah, jauh sekali menghitamkan masa depan sendiri. Memang darah muda cepat panas, tapi itu untuk anak muda yang kurang berilmu. Jika berilmu dan beriman, nescaya mereka tidak akan jadi begitu. Berubahlah sebelum terlambat…

Terserahlah sama ada budak itu hendak dengar atau tidak nasihat penulis ini. Pilihan ada di tangannya. Jika sayangkan masa depan dan mahu jadi pemimpin DAP sekali pun, biarlah berilmu dan bijak berfikir. Tidaklah nanti pembangkang ketandusan pemimpin yang bijak pada masa akan datang, kan?






10 Komen to Keluarkan Diri Dari Terus Jadi Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir

  1. Inderasakti says:

    Apa kata cadangkan dapig pada dia atau pun bershit sponsor je study dia ru kat mana mana U sponsor dia prefer. Mana tau bebudak mahasewel seperti dia ni dapat belajaq di taiwan tak pun singapore. Sebab bebudak mahasewel sekarang terlampau pandai teramatlah pandai dari ungku aziz khoo kay kim sahol hamid dan ramai cendikiawan yang tersohor di negara kita ni. Bukannya mereka boleh sumbangan dan kebanggaan pada negara dan U mereka seperti mana yang mencipta nama didunia seperti contoh Mark Zuckerberg dari Harvard dan Elon Musk dari Princeton tapi mereka hanya taraf sampah patut layak diletakkan di tepi jalan saja kerana kebebalan dan ketololan yang patut digelar mahasewel dari mahasiswa

  2. Badrole Amin says:

    nak kasi pelempang supaya dia sedar dirinya seorang tolol yang hanya diperalat DAP kesian pulak sebab perempuan

  3. itsme says:

    Kjaan harue bertindak menyekat sbrg bantuan kpd mana2 mahasiswa/siswi yg bersikap begini… tdk wajar kita simpan dan bantu mrk. Mrk akan sentiasa umpama kacang lupakan kulit. Lagipun biar mrk faham erti SYUKUR.

  4. sman says:

    Budak ni tak pernah cermin diri,hanya syok sendiri.Atau dia seorang yg sakit jiwa seperti Mahathir,merapu kerana merasa dia masih berkuasa dan betul belaka,walhal dia sebenarnya sedang meludah dirinya sendiri.Begitu lah budak ini ,pengajian dan pencapaiannya bukan seberapa jadi utk melonjak dirinya , dia memlakukan sesuatu pada sangkanya luar biasa,tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya sedang menjadi hamba kepada musuh nya sendiri iaitu Dapigs.Hasilnya nanti dia di cap sebagai kurang ajar,lupa diri dan tak mengenang budi.

  5. ziee lipan says:

    Nak tanya budak kencing tak lurus ni ..surat tunjuk sebab daripada UM dah jawab ke belum..apa nak hairan budak ni pun bukan pandai sangat pun pointer pun rendahh

  6. mata-mata says:

    yuran pengajian di unisel tu agak-agaknya murah kot. Dah la tu, universiti terhebat dalam malaysia adalah unisel. Yang ko pergi belajar kat UM tu dah kenapa…??? Berambus la pergi masuk unisel… minta yuran free dari MB Assmin

  7. Bib ulum says:

    Bodoh punya budak…budak yg bijak dan pandai tak buat perangai mcm dia ni..mrk lbh serious belajar…ini budak bangang lah buat kerja mcm ni…pergi berambus lah masuk Unisel ker yg dikuasai pembangkang…bodoh punye budak..

  8. Mohd saiful Mohamed yusof says:

    Bukan salah dia.dah dr kecil lg dia telah didoktrin oleh kaum keluarganya bahawa Anwar ibrahim adalah anugerah tuhan untuk malaysia.otak telah dibrainwash bahawa segala kejahatan di bumi malaysia ini asal dr UMNO..maka inlah hasilnya.

  9. […] via Keluarkan Diri Dari Terus Jadi Budak Mentah Yang Tidak Tahu Berfikir — MYKMU.NET […]

  10. semangat dato' haron says:

    Alasan budak2 melayu malas belajar kt Universiti adalah join politik. Bole skip class x pyh dtg.

Leave a Reply

Threesome