Menu Utama

Keluar Pribumi Keluarlah, Apahal UMNO Dikaitkan?

tak-tak-tahu

DIFAHAMKAN mutakhir ini semakin ramai meninggalkan Pribumi, parti yang Mahathir cipta untuk saingi UMNO.  Dahlah tak berapa nak banyak ahlinya, berbondong-bondong pulak yang keluar lagi.

Belum 2 bulan ditubuhkan secara rasmi.

Mulakan penulis ingat seorang – balaci terapat itulah, rupanya ramai lagi yang ambik keputusan sama.  Termasuk beratus yang dakwa nama didaftarkan tanpa mereka sendiri mengetahuinya (macam pernah dengar je cerita ni).

Cuma masalahnya, nak keluar tu keluar sajalah, yang naik kaitkan dengan UMNO tu kenapa?  Dia yang tanam padi tapi tumbuhnya lalang, kenapa UMNO pulak yang nak dikaitkan?  Berpuaklah, skandal lah, dedahlah, semua ni mana ada dalam UMNO?

UMNO takde puak-puak, semuanya bersatu dibawah Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Buktinya, sampai Mahathir merujuk kesatuan ini kononnya UMNO sudah jadi parti Najib.  Mana sama dengan Pribumi yang katanya bekas-bekas ahli ni sekarang ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin dan sebagainya, yang tak tahan tu, puak Mukhriz pun ada.

Kita boleh faham kalau Mahathir dan Muhyiddin ada puak masing-masing sebab dua ini sudah lama dalam politik, tapi Mukhriz – satu satunya calon BN dalam PRU13, kempen usung bapak, pun ada puak?  Rasa nak gelak pun ada tapi sekali lagi, merekalah kata, bukan penulis.

Skandal apatah lagi, memang takdelah melainkan apa yang Mahathir cipta dan cuba kaitkan dengan Najib.  Siasatan oleh pelbagai agensi berkaitan bagaimanapun mendapati, Najib tidak melakukan apa yang di dakwa itu.  Kalau yang dimaksudkan tu melibatkan perempuan ketika menjadi isteri orang, memang tersangatlah jauhnya, takde langsung perkara-perkara macam itu berlaku dalam UMNO.

Jadi mana sama UMNO dengan Pribumi yang ditinggalkan secara beramai-ramai ni?






7 Komen to Keluar Pribumi Keluarlah, Apahal UMNO Dikaitkan?

  1. Inderasakti says:

    Gila talak dgn umno ke madey ni?
    Macam ada yg tak kena pasal si din botox
    bila keluaq dari parti cap bunga

  2. Andik says:

    Tak lama lagi la tu nak melingkupkan…..

  3. manjoi says:

    Biasalah tu, memang dari dulu kalau pembangkang ada masalah, semuanya menyalahkan UMNO. Selangor takde air, PKR tuduh siapa? LGE kena dakwa menyeleweng & rasuah, DAP HARAM JADAH tuduh siapa? Sekarang pula, ‘ahli ternakan’ & Khairuddin lari sebab Madey kedekut dedak, PPBM tuduh siapa? UMNO ni umpama difitnah & dianiaya setiap hari! Sebab itu dulu, kini & selamanya umat UMNO sentiasa dilindungi oleh Ar-Rahim. Alhamdulillah..

  4. manjoi says:

    Pedih sungguh ayat penulis! Memang Mukhriz usung Madey ke hulu, ke hilir masa PRU13 lepas! Harta & kekayaan ‘daddy kasi’, kuasa politik pun ‘daddy kasi’! Sebab itulah jadi MB 2 tahun aje! Ada hati nak jadi PM & Presiden UMNO konon! Pi rah mabuk!

  5. Memang Baik says:

    Tuduhan standard pada peritsiwa lucu begitu, apa lagi. makan dedak lah. Umno bagi dedak, mereka semua makan dedak yang diberi Umno.

    Sorang tukang beri dan satu pihak telan. Kalau itu semua betul2 berlaku, maka Yang beri pandai, yang telan pendir.

  6. Memang Baik says:

    Dikhabarkan Khairuddin ambil keputusan untuk keluar kerana Ezam yang setelah keluar UMNO masok kesitu, Pribumi. Khairudin barangkali naik berserabut kerana Ezam memang jenis kaki berserabut. Ezam jenis manusia hari ini dia puji esok dia hentam, lusa dia puji balik, lepas itu hentam semula.

    Kalau nak dihitung semua orang poltik semacam, serupa belaka walau tak sama. Ibarat M… kalau M angkat tangan, jangan diberi perhatian pada tangan yang diangkat, sebaliknya perhatikan tangan yang lagi satu yang berada dibawah yang tidak diangkat. Itu lah bahayanya M. Dalam bahasa mudah faham orang politik cakap lain, buat lain. Cakap hijau tapi merah.

    Orang politik jenis specis paling pelik dan aneh. Namun politik tetap diperlukan kerana politik satu pekerjaan. Politik ada tugasan, politik ada matlamat.

    Matlamat politik M matlamat perut,matlamat kulit. Bolehlah kita andaikan M jenis specis haprak yang tak akan memberi menafaat pada yang hidup atau yang sudah mati. M akan tinggalkan legasi haprak yang cucu cicitnya nanti akan berdoa supaya mereka tidak bertukar jadi M. Jadi orang lain tak mengapa asalkan jangan jadi M.

    Itulah ibaratnya.

  7. yon76er says:

    Khairuddin@Pak Pacak Tun M…ada ok..xda pon sama ajer..

Leave a Reply