Menu Utama

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu ‘susui kera di hutan’

UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

“Tindakan itu sekali gus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

“Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada ahli yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.

Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

“Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.

“Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik,” kata Mustapha.

Beliau berkata, UMNO lebih selamat dengan keluarnya ‘golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti’, kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi. – BERNAMA






5 Komen to Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu ‘susui kera di hutan’

  1. burrpp.. says:

    Satu sahaja harapan saya, janganlah Ezam menyertai parti Bunga.

  2. manjoi says:

    Mana2 ‘barua’ yang belot & keluar dari perjuangan UMNO seumpama askar pengecut yang lari dari medan tempur. Mana2 pun di dunia, hukumannya sama, ‘tiada maaf bagi mu’. Mengkhianati agama, bangsa & negara, boleh maaf dimaafkan ke?

  3. Inderasakti says:

    Umno hanya perlukan pejuang sejati bukan daging dalam isinya berduri
    Kita tidak mahu ada lagi ahli atau pemimpin ada perangai jenis harumanis dan
    U turn seperti mana pernah berlaku dalam kepimpinan pas sekarang dan
    ini lah masanya umno patut memfokuskan wadah perjuangkan melayu dan agama
    Islam supaya melayu lebih dihormati kaum lain dalam dunia dan lebih
    ketahanan diri jatidiri dan akidahnya

  4. sman says:

    Ezam sedang memaku paku terakhir utk kerandanya sendiri,kemana lagi dia nak pergi?.Mahu mnyertai PKR,beliau akan menjadi bahan ejekan ahli PKR yg memang tetap menganggap beliau sebagai pengkhianat kepada PKR dan Anwar,biar pun beliau di’jemput ‘ oleh WA atau Nurul Ezah.Mahu menyertai Peribumi,mana mungkin Ezam mampu menarik ahli Umno utk bersama parti tersebut,kerana Ezam sendiri tidak di terima oleh ahli Umno semasa menyertai Umno,jadi keciwalah hajat Pribumi utk ‘mencuri’ ahli Umno dgn bantuan Ezam.Belaiu tidak mempu menonjol pun dalam Umno Selangor,walau pun beliau bersungguh-sungguh menggambarkan diri beliau sebagai penyokong tegar PM Najib dan PM Najib pun memang memberi sedikit ‘muka’kepada beliau.Tak mungkin beliau akan bersama PAN kerana PAN memang tidak mempunyai harapan.Ezam tersilap langkah kerana mengumumkan keluar dari Umno pada hari yg sama PKR dan DAP mendapat musibah di Sabah.

    Sebenarnya Ezam sudah menjalankan jarumnya utk menarik beberapa kerat geng beliau yg sama oppotunist dgn beliau utk keluar dari Umno.Saya ada menulis sepintas lalu mengenai hal ini di sini kira-kira seminggu yg lalu.Bagi saya Ezam bukan lah seorang pemimpin yg boleh di harap ,kerana beliau sering kali meninggalkan tanggung jawab utk memperbaiki organisasi yg kononnya beliau angap mempunyai masalah,di mana sepatunya beliau menyelesaikan masalah tersbut bukan meninggalkannya ,kalau benar beliau seorang pejuang yg berperinsip,bukan kepentingan pribadi.

  5. Baraq says:

    Memang satu rahmat bagi umno si Ezam kotak keluar dari umno, mamat kotak tu satu habuk pun tkda sumbangan pada umno, org mcm dia, jgn lah mana2 parti terima, kalau boss dia dulu pun dia hentam lumat, dah dasar pembelot, yg layak dia sertai ialah parti pinggan mangkuk..

Leave a Reply