Menu Utama

Keluar Dewan: Berapa Umur MP Pembangkang? 7 Tahun?

pas-tak-keluar-dewan

Sejak hari pembentangan Bajet 2017, hangat diperbualkan tentang tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dewan ketika pembentangan dilakukan. Ramai di kalangan yang melihat tindakan mereka itu sebagai tidak wajar dan mengutuk tindakan tersebut.

Ekoran itu, maka ramailah juga ahli-ahli parlimen pembangkang yang tampil cuba menegakkan benang yang basah. Masing-masing cuba mempertahankan tindakan mereka itu, kononnya ia melambangkan pendirian protes terhadap sindiran dan retorik pembentangan bajet tersebut.

Pada pandangan penulis, alasan yang diberikan ahli-ahli pembangkang itu amat lemah dan seolah-olah mereka baru saja menjadi anggota parlimen setahun dua. Alasan yang diberikan terlalu remeh untuk diterima berbanding tindakan tidak matang mereka.

Penulis tahu apa yang berlaku ketika belanjawan dibentang oleh Menteri Kewangan di zaman Tun Abdul Razak, namun jika diimbas kembali pembentangan-pembentangan bajet yang dibuat sejak di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, bukan setakat retorik, malah sindiran-sindiran dalam pembentangan bajet ketika itu jauh lebih pedas dan ‘makan dalam’.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir sendiri misalnya ketika membentang bajet dulu, mereka berdua juga menyulam pembentangan bajet tahunan dengan nada sinis dan sakarstik. Cuba rujuk pada hansard parlimen bajet-bajet di zaman mereka jika tidak percaya.

image

Sebenarnya, memang kebiasaan pembentangan bajet disulami dengan jenaka, retorik politik dan sindiran-sindiran. Ia bukan suatu yang luar biasa dan bukan suatu yang wajar dijadikan isu. Itulah warna-warni pembentangan bajet.

Yang pembangkang hendak tersinggung dan ‘terlebih sentap’ itu kenapa? Hendak dikatakan ‘period’, ramai juga ahli parlimen pembangkang lelaki yang keluar dewan. Baru sindir sedikit, sudah merajuk sentap keluar dewan? Berapa umur ahli parlimen yang keluar dewan itu? 7 tahun atau sudah mencecah usia lebih 90 tahun? Cepat sangat ‘sentap’ emosinya?

Cuba lihat pada pemimpin-pemimpin kerajaan khususnya Perdana Menteri dan Menteri-Menteri. Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri misalnya menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan, disusuli pula dengan provokasi pihak pembangkang setiap hari di dalam dan luar parlimen, tapi beliau tidak lari.

Beliau tetap tidak lari dari tanggungjawab dan tetap melaksanakan amanah rakyat dengan memastikan pihak kerajaan terus memberikan khidmat terbaik pada rakyat. Beliau tidak keluar dewan bila provokasi melampau dilakukan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen dulu.

Najib juga tidak sentap terhadap rakyat yang termakan propaganda pembangkang. BR1M tetap diberikan kepada mereka, lampu jalan tetap terpacak di kawasan mereka, jalan-jalan raya juga tetap diturap di depan rumah mereka.

Ramai juga anak-anak mereka yang menerima biasiswa dan tajaan penuh melanjut pelajaran di luar negara. Untuk penjawat awam yang menyokong pembangkang juga tidak didiskriminasi, tetap menerima imbuhan sama seperti penjawat awam yang menyokong kerajaan.

Jadi, tidak perlulah pembangkang beri alasan tidak munasabah kononnya keluar dewan kerana memprotes sindiran Najib. Terlalu lemah alasan itu. Jika tidak tahan menerima hakikat dan kebenaran yang dibentang di depan mata, sebuah belanjawan holistik yang memberi kelegaan dan mendapat pujian ramai pihak khususnya rakyat, mengaku sajalah.

Cubalah ubah diri menjadi pembangkang yang lebih ‘sihat’. Meskipun kini bermusuh dengan PAS, cubalah belajar dari parti itu yang kini konsisten cuba mematangkan diri. Jika tidak tahan disindir, elok bersara saja jadi ahli politik. Elok jadi ‘Mr. suri rumah’ sepenuh masa, sekurang-kurangnya nanti hanya disindir isteri saja. Jika tidak tahan, keluar pergi minum di kedai kopi…






5 Komen to Keluar Dewan: Berapa Umur MP Pembangkang? 7 Tahun?

  1. ziee lipan says:

    Mereka ini berpelajaran dan dihormati rakyat yang mereka wakili tetapi peragai umpama saekor lembu..Ini la perangai sebenar lembu-lembu ini:-
    1. Mereka dipilih oleh rakyat supaya dapat menjadi wakil mereka untuk menyuarakan apa yang apa yang rakyat inginkan untuk kesejerahtaan rakyat dan negara.
    2.Mereka menganggap diri mereka sahaja yang betul tak melakukan sebarang kesalahan dan kelemahan dengan menyalahkan UMNO yang sengaja yang memfitnah dan juga tangkapan berlandaskan politik tetapi akan berlaku sebaliknya pabila ianya terjadi kepada wakil rakyat kerajaan.
    3. Mana perancangan mereka untuk memajukan negeri dan negara..tiada..malah negeri yang mereka perintah makin carca marba dan menyusahkan rakyat yang mereka perintah dengan menaikkan cukai/takrif air dan tiada pembinaan rumah untuk rakyat…mereka cuma tau membuncitkan perut sendiri dengan menaikan elaun mereka sendiri

    WAHAI LEMBU2 SEMUA..TAUKAH KALIAN WAHAI LEMBU2,,BAHAWA PERSIDANGAN PARLIMEN UMPAMA MESYUARAT DIDALAM SATU KAMPONG..MASJID..PEJABAT. DISINI LAH TEMPAT UNTUK BERBINCANG DAN MEMBERIKAN PANDANGAN BAGI MEMBETULKAN DAN MEMAJUKAN MASYARAKAT.

  2. 1malaysiakini says:

    Keluar dewan telah dirancang dr awal oleh pembangkang dan mungkin di ketuai mahathir..
    Kalau penyokong2 pembangkang ada di blog ni.. korang fikir2 kanlah..
    Pemimpin pembangkang anda keluar dewan parlimen sebegini..
    1. Tiada hormat kpd perlembagaan..
    2. Tiada hormat kpd tuan speaker..
    3. Tiada hormat kpd rg lain
    4. Tiada hormat kpd kepercayaan rakyat yg memilih
    5. Terpesong dgn kehidupan politik hingga lupa tanggungjawab utk pembangunan
    6. Pentingkan politik drpd ekonomi malaysia
    7. Ketua2 pembangkang tidak matang dan tk professional

  3. Syaa says:

    Kena cili sampai pedasssss.badan pulak dah terbakarrrrr panasssss tu pasal kuar.cari air.

  4. Inderasakti says:

    Tu lah perangai pakatan sekarang macam kebudak budakan lagi lagi kat luar parlimen terus bertukar jadi beruk beruk sarkas

  5. […] via Keluar Dewan: Berapa Umur MP Pembangkang? 7 Tahun? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply