Menu Utama

Jangan bawa ‘spring’ ke negara ini – Hadi

Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak.

Tampil dengan kenyataan pa­ling tegas setakat ini, Presiden­nya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.

Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, ‘Arab Spring’ diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun.

“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh).

“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pas sejak Bersih 4.0 konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, selepas memutuskan tidak mahu lagi diperkudakan DAP sekali gus menyebabkan pembangkang gagal menghimpunkan jumlah penyokong mereka seperti siri terdahulu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengimbau sejarah ‘Arab Spring’ de­ngan insiden pertama berlaku semasa Revolusi Arab 1916 akibat tindakan Raja Wilayah Hijaz, Syarif Husain mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menyebabkan dunia Arab berkecai.

Katanya, roda sejarah hitam itu kembali berputar pada 2010 apabila warga Tunisia, Mohamed Bouazizi, bertindak membakar diri sehingga mencetus gelombang revolusi di bumi Arab dan kini Syria menjadi bukti hidup betapa ‘spring’ merupakan buah beracun.

“Muhasabah bijak, ikhlas dan adil perlu difikirkan. Contoh paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami. Adakah Barat yang mahu menjatuhkan Bashar al-Assad ikhlas,” soalnya.

Utusan



« (Previous News)



6 Komen to Jangan bawa ‘spring’ ke negara ini – Hadi

  1. […] via Jangan bawa ‘spring’ ke negara ini – Hadi — MYKMU.NET […]

  2. sman says:

    Alhamdulillah,semuga Islam benar menjadi teras perjuangan Pas dibawah kepimpinan TG Hj Hadi.Allahuakbar.

  3. Inderasakti says:

    Mmg betul takde spring season di negara kita ni lagipun
    tak lama lagi tiba tengkujuh season lak

  4. Memang Baik says:

    Agenda bershit walau apa saja mereka beri tajuk, tujuan mereka jelas hanya satu yeini sengaja buat kacau. Mereka terlalu ingin hendak ambil alih kuasa , justeru mereka pun reka berbagai cerita buat menghalalkan cara.

    Mereka pernah berdemo dulu untuk membenteras rasuah kononnya. Tapi kini sebut perkataan rasuah pun mereka ngeri kerana chief mereka pun bakal masok kedalam kerana onar yang selari dengan tajuk mereka itu.

    Mereka jerit tentang pilihanraya adil, sedangkan apa yang tak adil pun tak boleh mereka buktikan.

    Jamal red shirt adalah antara anak melayu yang bersemangat tinggi dan jauh pandangannya . Beliau dan rakan2 sudah nampak Bershit bakal menjadi ancaman terhadap penghidupan kita yang aman tenteram selama ini. Dalam kenyataan terbaru pada bershit ialah ‘jika kau teruskan, bersedialah semua untuk kemungkinan yang lebih buruk. Disebutnya parang terbang. Ye apa mustahilnya parang boleh terbang lagi sekali. Kita teruja juga nak tengok. 1969 dulu cuma orang kaya saja yang ada kamera/video. Tapi kini semua orang boleh ambik video.

    Untuk itu sama2 kita tunggu untuk tonton parang terbang dalam video. Sudah tak lama, hanya bulan depan saja.

  5. manjoi says:

    Mesti ‘baju kuning’ tepuk dahi dengan kenyataan PAS ini. Akan lingkup le segala rancangan Anwar & Mahathir nak gulingkan kerajaan PILIHAN RAKYAT. Bila agaknya nak mampus setan2 ni….

  6. semangat dato' haron says:

    Hapuskan musuh islam bersama

Leave a Reply

Threesome