Menu Utama

Jambatan Batang Igan antara projek-projek JKR untuk Sarawak yang sedang dan akan dilaksanakan.

KENYATAAN MEDIA

Untuk makluman, projek Jambatan Batang Igan baru sahaja diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE) pada 23 Februari 2016 setelah surat rayuan YB Menteri Kerja Raya bertarikh 24 November 2015 diluluskan oleh YAB Perdana Menteri.

Dimaklumkan juga bahawa satu Makmal Pengurusan Nilai (Value Assessment Lab) anjuran UPE telah diadakan pada 18 – 21 Julai 2016 di Kuching; dan semasa Makmal tersebut wakil daripada Pejabat Daerah Matu telah membangkitkan permintaan penduduk-penduduk setempat supaya penduduk-penduduk tempatan, khususnya di Kg. Igan, mendapat akses kepada jambatan tersebut. Disebabkan permintaan penduduk-penduduk setempat itu, maka Makmal telah memutuskan supaya tapak jambatan DIPINDAHKAN daripada tapak asal ke tapak berhampiran jeti feri Kg. Igan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mendapat kelulusan tapak jambatan lebih awal lagi daripada Sarawak State Planning Authority (SPA) untuk membina jambatan tersebut lebih kurang 7 – 8 km ke hulu Kg. Igan; dan kerja-kerja awalan termasuk rekabentuk jambatan telahpun siap.

Walau bagaimanapun, pemindahan tapak cadangan jambatan Batang Igan ini akan melewatkan pelaksanaan projek jambatan ini kerana kerja-kerja awalan seperti ukur tanah & ukur hidrografik, penyiasatan tanah (soil investigation), rekabentuk struktur jambatan, dan lain-lain perlu dibuat semula; dan proses untuk melaksanakan kerja-kerja awalan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 (SATU) tahun.

Oleh sebab-sebab yang tersebut di atas, maka projek pembinaan Jambatan Batang Igan tidak dapat bermula pada awal tahun 2017 seperti perancangan asal tetapi perlu dibuat-semula kerja-kerja awalan di tapak baru yang mengambil masa tidak kurang daripada 1 (SATU) tahun; dan ini bermakna bahawa pembinaan jambatan ini akan hanya dapat bermula pada awal tahun 2018.

Sekali lagi ditegaskan bahawa projek pembinaan Jambatan Igan tidak pernah ditangguhkan tetapi mengalami kelewatan dalam pelaksanaannya kerana tapak jambatan perlu dipindahkan ke tapak baru berhampiran Kg. Igan.

Walau bagaimanapun, YB Menteri Kerja Raya sedang menyediakan surat rayuan kepada UPE untuk menimbang-semula keputusan Makmal Pengurusan Nilai supaya tidak melewatkan pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Batang Igan.

Untuk makluman tiga jambatan pada asalnya tidak diluluskan dalam Rolling Plan 1 RMKe-11 iaitu Jambatan Sg Rambungan, Jambatan Sungai Igan dan Flyover Bintulu, tetapi setelah rayuan dibuat oleh YB Menteri Kerja Raya ianya telah diluluskan untuk pelaksanaan. Ini adalah selain daripada projek Jambatan Batang Lupar dengan kos RM1 bilion yang merupakan Akujanji YAB Perdana Menteri semasa lawatan ke Jambatan Batang Sadong & Bintulu pada 31 Januari 2016.

Jambatan Batang Igan dengan kos RM300 juta; Jambatan Rambungan (RM130 juta) dan Flyover di simpang Jalan Taman Medan/Jalan Tun Hussein, Bintulu (RM120 juta), telah diluluskan pada 23/2/2016 oleh EPU setelah YB Menteri menghantar surat rayuan kepada PM pada 24/11/2015.

Bagi Projek Jambatan Batang Sadong ianya telah diluluskan oleh UPE pada tahun 2011 setelah lawatan YAB Perdana Menteri ke Sadong Jaya sempena Pilihanraya Negeri ke-10 pada tahun 2011. Manakala bagi Projek Jambatan Batang Samarahan ianya telah diluluskan oleh UPE dalam Rolling Plan-3, RMKe-10 (tahun 2013).

Justeru ianya dapat dilaksakanakan lebih awal berbanding Projek Jambatan Batang Igan yang diluluskan oleh UPE dalam Rolling Plan-1, RMKe-11 (tahun 2016) setelah surat rayuan YB Menteri Kerja Raya bertarikh 24 November 2015 diluluskan oleh YAB Perdana Menteri.

Projek-projek lain yang diluluskan dibawah Kementerian Kerja Raya di Sarawak sejak 2014 sehingga sekarang termasuklah:

1) Naiktaraf Jalan dari E-Mart ke Matang, Stapok: RM145 juta

2) Naiktaraf Jalan Kuching – Serian dari Batu 10 – Batu 15: RM80 juta

3) Naiktaraf Jalan dari Tg. Kidurong ke Samalaju Industrial Park, Bintulu: RM144 juta

4) Membina 22 Lorong Memotong sepanjang Jalan Kuching ke Miri: RM220 juta

5) Menaiktaraf Jalan dari Simpang Nyabau ke Simpang Bakun, Bintulu: RM637.5 juta

Kementerian Kerja Raya
3 Oktober 2016



(Next News) »



Satu Komen to Jambatan Batang Igan antara projek-projek JKR untuk Sarawak yang sedang dan akan dilaksanakan.

  1. manjoi says:

    Biar banyak pembangunan agar Sarawak & Sabah maju setaraf Semenanjung. Cuma satu saja harapan, agar alam semulajadi di sana dipelihara sebaik mungkin.

Leave a Reply

Threesome