Menu Utama

Husni Hanadzlah: Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri Juga

Oleh Amin Yatim

1. Perbahasan Dewan Rakyat hari ini dikejutkan oleh tindakan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, bangun bertanya beberapa soalan mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Soalan-soalan beliau bukanlah isu baharu. Ia telah dijawab bukan sahaja oleh 1 Malaysia Development Berhad, malah oleh Husni sendiri ketika menjadi Menteri Kewangan Kedua.

3. Misalnya beliau bertanya apakah tujuan penubuhan 1MDB. Ini merupakan satu pertanyaan sinikal sahaja. Mustahil setelah berada di Kementerian Kewangan selama 8 tahun beliau tidak mengetahui tujuan penubuhan 1MDB. Beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada 2008. Kemudiannya menjadi menjadi Menteri Kewangan Ke 2 mulai 2009 sehingga 2016.

4. Pertanyaan-pertanyaan Husni sebenarnya tidak relevan kerana beliau telah menjadi Menteri Kewangan Kedua selama 7 tahun. Apakah selama ini beliau tidur dan hanya tersedar dari jaga setelah Perdana Menteri mahu memindahkan beliau ke Kementerian lain?

5. Jika dilihat kronologi, Husni begitu tega menyatakan tidak ada apa-apa isu penyelewengan dalam 1MDB. Semasa menjadi Menteri Kewangan Kedua beliau beberapa kali tampil mempertahankan 1MDB hanya mempunyai masalah aliran tunai yang dalam penyusunan semula. Ini jelas dalam ucapan Husni di Parlimen pada Mac 2015.

6. Semasa menjadi Menteri Kewangan ke 2, Husni juga ke hulu ke hilir menjelaskan isu 1MDB. Mengapa tiba-tiba semalam beliau melontarkan pelbagai pertanyaan sinikal yang bertujuan menyemarakkan semula isu-isu 1MDB?

7. Dalam ucapan penuh beliau di Parlimen semalam, beliau menyatakan kekecewaan kerana telah kerana diserang oleh beberapa pihak dalam media sosial. Menurutnya, beliau tidak berkata apa-apa pun semasa mengumumkan undur diri dari kabinet kerana enggan berpindah kementerian tetapi telah diserang oleh beberapa pihak di media sosial.

8. Sebenarnya, ada beberapa kenyataan Husni yang menyebabkan beliau dkritik selepas rombakan kabinet yang lalu. Beliau mungkin terlupa atau tidak perasan. Namun itu bukan soal utama. Kita hanya membuang masa membahaskan apakah wajar atau tidak kritikan ke atas Husni ketika itu. Kita juga hanya membuang masa jika mahu menghalalkan tindakan Husni semalam di Parlimen.

9. Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan “sour grapes” kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.

10. Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.

11. Jika benar Husni tidak tahu apa yang berlaku, yang bermakna beliau menjadi Menteri Kewangan II dalam bentuk Zombie, mungkin beliau boleh meluangkan masa mendengar sesi Q & A Dengan Arul Kanda ini.

12. Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET






17 Komen to Husni Hanadzlah: Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri Juga

  1. Inderasakti says:

    Alamak! Husni pulak bikin “pecah lubang” gerenti jadi modal pusingan puak puak pakatun dangan azmi badaruddin dgn hantu gigi karat untuk kutuk najib umno bn lak sekarang. Nampak nya arul kanda dgn johari kena byk buat kerja lagi la atas kekhilafan si husni hanadzlah pulak skrg ni

  2. […] via Husni Hanadzlah: Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri Juga — MYKMU.NET […]

  3. sman says:

    Soalan beliau menunjukan beliau memang tidak layak menjadi FM 2,dia tak faham apa yg dia buat selama beliau di situ.Sama seperti Muhyiddin yg hanya tahu mengenai 1MDB menerusi the edge,bukan dari pihak kerajaan di mana beliau adalah org no 2.

  4. TORATORA says:

    Manusia seperti Husni ni memang tak lama la dalam BN. Atau saja2 buat macam tu untuk mudah dipecat atau untuk tidak dicalonkan dalam PRU akan datang. Masa tu dia akan join mana2 parti yang dia suka. Silap haribulan dalam bulan depan dia keluar parti.

    Sepatutnya beliau sebagai bekas jurucakap bagi 1MDB sebelum ini tidaklah perlulah buat2 bertanya berkaitan isu 1MDB di Parlimen. Sepatutnya dengan pengetahuan yang beliau ada, patut angkat tangan saja kat speaker dan berterus terang yang pada hari ini beliau nak buat pengakuan tentang kepincangan atau salahlaku 1MDB yang beliau nampak semasa menjadi menteri Kewangan. Dah nyanyuk jugakkah si Husni ni?

  5. TORATORA says:

    Tapi aku rasa adalah lebih baik Husni beri penerangan yang ikhlas berkaitan 1MDB. Setakat ni lah..setakat ni hanya banyak tuduhan dilemparkan kpd 1MDB tapi tak ada bukti kukuh. Negara2 luar cuba untuk membekukan harta 1MDB, pihak pembangkang dalam negara pun hanya membaca report yang entah soheh ke tak soheh.

    Bagi pihak aku sendiri, kalau betul Najib ni bersalah memanglah aku pun nak beliau digulingkan. Cuma..buktikanlahhhh dengan betul..bukan stakat baca pendapat celah gigi piji botak, izah blowjob dan Toni puaka yang sekadar menambah panas politik mengganggu kerajaan bekerja semata2 untuk memburuk2kan pemimpin sekarang sampai PRU akan datang.

  6. morsi mahad says:

    dah terlampau pandai sgt, gile jadinya. datang pru14,calun bebas la jadinya

  7. Baraq says:

    Husni ni memang org Mahathir, Najib dah lama hidu dan tahu gerak geri dia. 1Mdb ada lah duri dlm daging bagi kapitalis cina dan kroni2 mahathir, pendek kata sekarang ni peperangan antara kapitalis cina dan kerajaan, kebanyakan kapitalis cina ada lah kroni mahathir dan sahabat2 akrab dia..ni lah sebenarnya yg kecoh di Malaysia sekarang ni.

  8. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha…Husni sudah ludah. Dia sudah muntahkan bemda yang haram dan najis. Dia cuba berkhidmat demi orang Melayu tapi bos suruh dia berkhidmat jadi tukang cuci dosa. Mana aci…dia pun tak mahu masuk neraka. Syabas Husni…berani kerana benar. Orang akan maafkan dosa anda yang cuba mempertahankan 1MDB dulu walaupun sebagai Menteri Kewangan, anda tidak terlibat dengan pakatan Hj Jho Low dan seorang perempuan Malaysia paling tersohor diabad ini…;-)

  9. Inderasakti says:

    Yelah hantu gigi karat dah ludah siap muntah semua najis dgn lendir lendir sekali tu ye? Padahal yang si husni tu jawab sama je ayat cam midin. Bagus la gitu jadi masa jadi menteri kewangan 2 semua jawapan dia bagi sandiwara la ye? Jadi kenapa tak kata jho

  10. Inderasakti says:

    low mahu pun rosmah? Takut menfitnah? Lagi pun soal 42b tukaq 50b konon di curi 1mdb madey tuduh najib kenapa dia tak dedahkan? Lagi 2.6b pehal terus bisu. Mmg hang bukan setakat hantu gigi jarang berkarat tapi otak pun tak leh pikiaq byk karat!

  11. Baraq says:

    Husni marah lah, dua tahun dia lobby projek highway rm2 billion NPE, Najib tk approve, anak dia jadi proxy dia dlm IJM, Khalid bin Dato Seri Husni…semua ada udang di sebalik mee, tk dapat hentam Najib, bukak rahsia kerajaan, patut humban dia dlm penjara bawah akta OSA, masa jadi menteri ada tk angkat sumpah tuk simpan rahsia2 kerajaan, nampak berjanggut mcm warak, hati tk bersih rupanya..

  12. manjoi says:

    Dia ni hari tu cakap letak jawatan sebab nak berehatlah, belajar agamalah & lain2. Rupanya2 dia ikut sama jadi KELING!!! Dia ni MP kat tempat aku. PRU14 kalau dia bertanding balik sah kalah! Buat malu orang Ipoh aje barua ni!!!!

  13. Baraq says:

    Punca malaysia jadi huru hara pasal petualang seorang bernama mahathir, dia nk control segala galanya kat Malaysia ni, dari politik hinggakan business. Cukup2 lah, takkan Najib nk bagi semua kat dia, Najib pun ada org2 dia juga, tu kita tk nafikan, mcm Mahathir ada Vincent Tan, Ytl, Ananda Krishnan, Pak Lah ada Patrick, biasa lah politik. Temasik Group Spore, sapa chairman dia, bini Lee Shiang Loong, hinggakan HDB Flat kat Spore, nk sign S&P kena buat kat firma lawyer Lee&Lee, sapa punya firma tu, tk bukan kaum kerabat lee kuan yew,,apa suci sangat ke Spore tu. Kesimpulannya semua yg ada kuasa mengamalkan semua tu dlm dunia ni.

  14. Baraq says:

    Baru baca blog raja petra, dia kata Husni ada sex scandal ngan isteri org kat umno bahagian dia. Dan banyak report telah di buat oleh perempuan2 kat office dia, dia suka raba tetek dan bontot pempuan, kalau betul, berat tu, nampak alim, kalau fitnah, baik husni saman raja petra kaw kaw..kalau lah betul dia skandal ngan isteri org, dah ikut jejak langkah muhyiddin, dan ada regu nampaknya, he, he.,he..

  15. Hantu Gigi Jarang says:

    Alhamdulillah. Husni sudah insaf. Malaysia masih ada harapan…Diharap ramai lagi berhijrah kearah kebaikan seperti yang dilakukan oleh Husni…

  16. manjoi says:

    Aku orang Ipoh. Apa yang ‘striker MU’ tu cakap sebenarnya aku dah dengar sejak 2012 lagi. Tapi disebabkan Husni ni watak macam baik & warak, susah nak percaya. Tapi sekarang dah sah, dia ni memang jin ifrit bertopeng malaikat….

  17. Baraq says:

    Bila dah kena pecat, hilang jawatan, kuasa dan pangkat, baru lah kenal hadis2 Nabi saw, pakai kopiah, sikit2 cakap demi agama , bangsa dan negara. Dia boleh tipu manusia, tapi dia lupa, dia tk leh tipu Allah.

Leave a Reply