Menu Utama

Husam Hanya Ikut Arahan Nik Aziz Yang Sesuai Dengan Kehendak Beliau Sahaja

SIKAP “Double Standard” pemimpin pembangkang makin parah sehinggakan mereka gagal menyedari bahawa tindakan tersebut bakal memakan diri mereka sendiri apabila didedahkan.

Bolehkah kita gelar langkah “rakus” dan terdesak mereka itu sebagai gelojoh atau lebih tepat lagi “bodoh”? Atau mungkinkah mereka ini hanya sekadar mengikut skrip yang disediakan oleh DAP sehingga mengekang mereka dari melontarkan idea dan pemikiran sendiri?

Semalam Husam berkata ahli PAS perlu menyertai perhimpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur bulan depan kerana ia adalah pesanan Nik Aziz.

“Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir. Minta maaf saya tak nak apologatik.

“Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan,” kata Husam.

Hari ini, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyanggah kenyataan Husam tersebut. Menurut Nik Abduh arwah bapanya pernah berpesan supaya kekal bersama PAS namun ia diingkari Husam merujuk kepada tindakan bekas exco kanan Kelantan itu menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Arahan mengenai penyertaan ahli PAS dalam perhimpunan BERSIH adalah untuk ketika itu sahaja. Kini arahan dari kepimpinan PAS adalah berbeza maka ahli dan penyokong PAS perlu patuh kepada arahan terkini.

“Yang BERSIH pada masa itu ada arahan daripada pimpinan. Tok Guru (Nik Aziz) sebut arahan PAS (supaya sertai BERSIH). Sekarang arahan PAS berbeza.

“Kalau nak pakai (cakap Nik Aziz) yang sudah meninggal dunia tu, pakailah, tapi yang dah meninggal dunia itu ada pesan (supaya) kekal dalam PAS. Mengapa tak mau ikut arahan itu?” katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Nampaknya pembangkang benar-benar terdesak mahu menjayakan perhimpunan haram Bersih 5. Hari ini pula Maria Chin akan membuat laporan polis berikutan gambar yang diubah suai memaparkan kepalanya dipenggal kononnya sebagai mangsa kumpulan pengganas IS.

Mungkin pembangkang benar-benar gementar dengan kemunculan kumpulan Baju Merah yang dilihat mampu mengugat keberlangsungan agenda jahat mereka untuk memberi gambaran buruk kepada dunia kononnya Malaysia berada dalam keadaan kacau bilau.

Kita perlu ingat bahawa setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab menjaga keamanan negara kita yang tercinta ini. Sebarang kerosakan yang berlaku akan sukar diperbetulkan sepertimana yang berlaku pada negara Iraq, Syria, Afghanistan dan lain-lain lagi. Jangan sesekali kita membuka ruang campurtangan asing dalam negara kita.






3 Komen to Husam Hanya Ikut Arahan Nik Aziz Yang Sesuai Dengan Kehendak Beliau Sahaja

  1. Memang Baik says:

    aGAMA melarang kita bercerita mengenai orang yang sudah meninggal dunia. Apatah lagi membabitkan arwah dengan sesuatu hal saperti amanatnya, janjinya atau pesanan nya kecuali baginda Rasullah dan para ulamak/imam pilihan Allah. Ini adalah dikhuatiri tindakan itu bertentangan dengan apa yang sebenarmya simati tinggalkan dan simati sudah tiada untuk bela diri atau memperbetulkan kekhilafan yang dikaitkan.

    Contohnya Husam boleh katakan apa saja, itu dan ini kerana arwah sudah tak ada lalu dakwaan nya jadi satu hala.

    Arwah ada anak dan anak inilah yang boleh betulkan duduk perkara jika nama bapanya cuba dibabitkan atas sesuatu perkara untuk sesuatu tujuan. Justeru untuk kita telan pesanan arwah mengenai berdemo agak tak masok akal kerana berdemo bermakna merusuh. Merusuh itu berdosa.

  2. itsme says:

    Cukup2lah bg semua muslim dan melayu.. usah dengar bisik2an “syaitan” itu… Islam mempunyai cara n kaedah yg lbh bertamadun dlm menangani masalah dan tdk sama sekali dgn cara yg direka oleh pelampau keamanan ini. Umpama di negara2 Islam lain, bkn Islam provoke namun yg mati dan akhirnya tertindas malah tiada tempat itk tidur.. hanyalah org2 Islam shj sedangkan mrk hidup senang lenang. Tidakkan kamu semua wahai org2 Islam & Melayu belajar dr apa yg tlh berlaku diluar sana???

  3. dkds says:

    parah dah hussam ini, dah macam madey al kutty kerala juga, asal ada keuntungan pada dia akan dipergunakan walaupun orang itu dah mati

Leave a Reply

Threesome