Menu Utama

Hati adalah Raja

oleh Kang Nasir

Yang memimpin diri kemana matlamat tujuan kita pergi kesudahanya nanti. Hati yang rosak punca nafsu menjajah jiwa dan minda. Maka itulah segala permasalahan samada politik serta gejala sosial sekarang tidak ada kesudahan dan seolah tidak ada jalan penyelesaian walhal sepatutnya ISLAM ADALAH JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK. Namun disebabkan ramai ilmuan yang berlumba2 meninggikan kedudukan masing2 hingga mengelirukan kita dengan mencipta garis titik perbezaan dalam islam maka kita sukar ketemu titik persamaan. Maka itulah dalam kemelut politik sekarang pemimpin yang telus ikhlas berjuang untuk kebaikan seluruh rakyat dihina dicerca difitnah dan ULAMA yang sebenar juga jadi mangsa fitnah angkara fitnah sebaliknya ulama su dijulang kerana memperjuangkan perkara yang memuaskan hati dan nafsu mereka.

Hati yang rosak itulah punca manusia ingkar tidak gentar segala larangan2 hukum hakam yang Allah tetapkan. Disebabkan kerana NAFSU menjajah jiwa dan minda itu kesan akibatnya nafsu cenderung menuruti nafsu manusia lebih licik dari syaitan dengan tipu dayanya dan lebih buas dari haiwan pemangsa sebagai habuan kepentingan nafsu dunianya walaupun dengan membunuh sekadar meragut beg tangan sejumlah kecil wang.

Kenapa kita perlu berusaha mengubati hati? (TASAWUF)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimanakah cara untuk kita mengubati HATI?
Terdapat 2 cara yg perlu kita lakukan dalam Tasawuf.
Yang PERTAMA.
Berusaha menjaga 7 PINTU HATI iaitu.
1- mata,
2- telinga,
3- lidah,
4- perut,
5- kemaluan,
6- tangan,
7- dan kaki.
Lagipun disana kelak yang menjawab setiap perkara yang kita telah lakukan didunia adalah segala pancaindera dan anggota kita.

Peringatan Allah mengenainya:
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.”
(Surah Yaa Sin : ayat 65)

Selain itu,
“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).”
(Surah Fussilat : ayat 22)

Dan peringatan yg lain.
“Pada hari dimana lidah, tangan, dan kaki mereka menjadi saksi atas perbuatan yang kalian lakukan”
(Surah. an-Nur: ayat 24)

(dari kitab Penawar bagi hati oleh Syeikh Abd. Kadir)

Cara yang KEDUA adalah dengan AMALAN.
Menjaga HATI & Merawatinya dgn amalan2 mulia SIFAT MAHMUDAH dgn menjauhi diri dari SIFAT MAZMUMAH yg menjurus kearah kerosakan HATI.

Amalan2 mulia sifat Mahmudah yg perlu dijadikan sebagai amalan adalah,
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

Manakala perkara keji yg merosakan hati dlm sifat #MAZMUMAH pula adalah:
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya’ ( Menunjuk-nunjuk ).

Dengan menjadikan amalan mulia itu sebagai amalan kehidupan kita dan menjauhi amalan keji yang merosakan hati itu sekurang2nya kita mampu berusaha MENDIDIK NAFSU agar tidak cenderung menuruti NAFSU.
(dari kitab Arbain Fi Usuluddin oleh Al Imam Al Ghazali)
KENAPA PERLU MENDIDIK NAFSU?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Hadis Riwayat: al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

In’shaa Allah, bila kita mampu mendidik nafsu kita juga mampu memimpin hati dan diri kemana arah kita pergi dikemudian hari nanti.
In’shaa Allah.

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)
15354






2 Komen to Hati adalah Raja

  1. Pemerhati says:

    aku percaya seorang pendakwah kata ada orang sedang nazak matanya melilau seperti sedang melihat sesuatu itu ialah Allah sedang mempertontonkan video playback kepadanya tentang orang yang dia pernah aniaya, fitnah & sebagainya

    aku juga percaya orang sedang nazak yang dipertontonkan video playback ini ialah orang yang merasa dirinya masih seorang ‘megalomaniac’ walaupun semakin hampir encik Izrail hendak mencabut nyawanya secara total

  2. […] via Hati adalah Raja — MYKMU.NET […]

Leave a Reply