Menu Utama

Hari Sukan Negara berjaya satukan rakyat Malaysia – PM

Hari Sukan Negara yang dianjurkan buat kali kedua di seluruh negara hari ini disertai ribuan orang ramai pada majlis perasmiannya di Persiaran Perdana, Presint 2 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada rakyat negara ini yang bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara yang disifatkannya sebagai pendukung kepada penyatuan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mahu rakyat negara ini melihat Hari Sukan Negara bukan sekadar amalan gaya hidup sihat bahkan perlu dijadikan wadah kebersamaan dalam kalangan masyarakat yang sekali gus akan mencetuskan semangat patriotisme.

“Tiada contoh yang paling bermakna dalam sukan, ia dapat dilihat ketika wira-wira atlet Olimpik dan Paralimpik pulang membawa kemenangan dari Rio, Brazil kita rasa begitu bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Oleh itu mari kita semua jadikan sukan ini amalan ke arah gaya hidup sihat, kalau boleh hari-hari kita bersukan, kadang-kadang tidak perlu bersukan secara formal,” katanya di sini hari ini.

Sambutan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri dan kemudiannya beliau berbasikal dari Persiaran Perdana ke hadapan Istana Kehakiman bersama para peserta.

Perdana Menteri kemudiannya turut bersama-sama orang ramai melakukan senam robik bersama murid-murid sekolah di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Program Kecergasan Jalan Ria 1Murid 1Sukan.

UTUSAN ONLINE.

PUTRAJAYA, 8 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berjalan kaki bersama para pelajar dan murid-murid pada acara Jalan Ria 1 Murid 1 Sukan pada Hari Sukan Negara (HSN) 2016 di Presint 3 hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA ?

PUTRAJAYA, 8 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berjalan kaki bersama para pelajar dan murid-murid pada acara Jalan Ria 1 Murid 1 Sukan pada Hari Sukan Negara (HSN) 2016 di Presint 3 hari ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA ?

images

ptj07_081016_sukan

mgf_perasmianharisukannegara09






3 Komen to Hari Sukan Negara berjaya satukan rakyat Malaysia – PM

  1. azmi says:

    Sukan memang boleh menyatukan…
    Yg memecahbelahkan rakyat ialah disebabkan
    Malaysia diperintah oleh perdana menteri Pencurik no wahid…
    Perdana menteri ini juga pernah mengarah altantuya dibunuh…
    Nama pm ni najib razak…

  2. Memang Baik says:

    SUKan menyatu ummah. Ini memang tidak boleh disngkal . Lihat symbol olympik yang merupakan rataian bulatan yang berangkai2. Itu symbol penyatuan manusia dari semua negara didunia.

    Dalam satu perkembangan terbaru kita mahu beri tabik spring pada ketua pergerakkan MERAH tentutnya, yang merancang untuk keluar bergerak sama ketika kumpulan bershit keluar. Ini tentunya langkah terbaik. Selama ini BERshit bermaharaja lela lakukan apa yang mereka suka. Kerana mereka hanya dikawal pihak polis dan polis tentunya tidak boleh bertindak lebih . Polis tidak boleh bertindak sebarangan kerana berhimpun dengan permit secara aman memang dibenarkan. Berhimpun beribu orang ditengah bandaraya walau secara aman tetap akan menggangu. Mereka ganggu peniaga, mereka ganggu lalulintas, ganggu pelancung dan ganggu penghuni kota.

    Justeru jika MERAH take on the road memang berpadanan, dan kita boleh jangka jumlah MERAH tentunya akan melebihi jumlah kuning. INi hanya menunjukkan jumlah rakyat berakal memang melebihi yang kosong kepalanya.

    CUMA kita seru anggota MERAH, anda semua keep cool, jangan ‘hilang kepala’ ALLAH bersama anda sentiasa kerana nawaitu anda kearah keamanan dan ketenteraman bukan sebaliknya.

  3. yon76er says:

    azmi…FITNAH=NERAKA……

Leave a Reply

Threesome