Menu Utama

Halal: DAP Tidak Puas Hati Timbalan Menteri Jawap Terperinci

10 PERKARA PERLU FAHAM MENGENAI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM)

(Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI -DAWD)
1. Hanya JAKIM dan MAIN yang boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jelas memperuntukkan hanya JAKIM dan MAIN sebagai pihak berkuasa atau autoriti yang berwibawa untuk pengeluaran SPHM atau untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah HALAL mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif HALAL) 2011.

2. Pensijilan Halal Malaysia bersifat sukarela – bukan wajib atau paksaan. Tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada JAKIM atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Ini juga bermakna JAKIM mahupun MAIN tidak sewenangnya mengharamkan atau membuat pengisytiharan TIDAK HALAL kepada mana-mana syarikat atau produk yang keluarkan.

3. Pemegang Sijil Halal Terikat dengan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
Walaupun tidak wajib, mana-mana syarikat yang memilih untuk mendapatkan SPHM, maka mereka hendaklah memohon melalui prosedur yang telah ditetapkan sekaligus dengan sendirinya terikat dengan segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Analogi mudahnya ialah apabila hendak memasuki rumah orang, maka bukan sahaja perlu minta izin tetapi dengan sendirinya kena patuh dan terikat dengan peraturan tuan rumah tersebut.

4. Pensijilan Halal Malaysia bersifat komprehensif.Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja mengambil kira aspek HALAL dari perspektif hukum syarak tetapi mesti TAYYIB. Aspek halal jelas, manakala TAYYIB mempunyai makna yang luas termasuk aspek kebersihan, baik dari aspek penyediaan, aspek bahan juga aspek nama. Dengan kata lain pematuhan HALAL dan TAYYIB mengambil kira semua faktor dan meliputi seluruh aspek rantaian pengeluaran (supply chain) sesuatu produk.

5. Nama produk atau makanan yang baik juga adalah termasuk dalam kategori Tayyib JAKIM dan MAIN turut memberi penekanan terhadap pemilihan nama produk atau makanan yang baik-baik dalam garis panduan Halal yang dipersetujui oleh semua Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia. Ini adalah bertujuan bagi menjaga kemaslahatan agama yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membawa konotasi menjijikkan dikalangan masyarakat Islam. Ini mengambil kira rungutan ramai pihak termasuk persatuan-persatuan pengguna kerana terdapat banyak produk makanan yang telah mengelirukan umat Islam seperti “Non alcoholic”, “NO PORK” dll. Atas prinsip fekah ‘Sadd Dzarai’, iaitu menutup segala pintu-pintu ke arah kemudaratan, maka penambah-baikan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM dan MAIN dalam menambah-baik garis panduan SPHM yang merangkumi aspek Halal dan Tayyiba.

6. Sijil Halal Malaysia (JAKIM dan MAIN) diiktiraf antarabangsa Dunia hakikatnya menyanjung tinggi sijil Halal Malaysia (JAKIM dan MAIN) sehinggakan negara-negara maju yang terkenal dengan dasar yang amat ketat dalam hal pengimportan barang-barang makanan ke negara mereka seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, New Zealand, Australia dan banyak negara maju yang lain. Sehingga hari ini 32 buah negara telah memohon agar JAKIM mengiktiraf sijil-sijil halal yang dikeluarkan, 54 Badan Pensijilan Antarabangsa yang telahpun diiktiraf JAKIM.

7. 54 Badan Pensijilan HALAL dari 32 buah Negara Ikut Piawai HALAL JAKIM Bagi negara-negara yang telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, mereka dikehendaki mengikut sepenuhnya piawai, garis panduan dan peraturan Halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

8. Pensijilan Halal JAKIM tidak ‘Rigid’ atau Konservatif Jakim sentiasa melakukan penambah-baikan dan mengambil kira aspek kelaziman masyarakat asalkan tidak menimbulkan fitnah atau kekeliruan. Contohnya jenama Hot Dog bagi sosej yang telah diguna pakai sekian lama, mahupun kuih-muih tradisi yang terkenal seperti Tahi Itik, badak berendam dll tidak sewenangnya diharamkan. JAKIM juga terbuka dalam berbicang dengan pengusaha yang memohon secara sukarela Sijil Halal Malaysia untuk melakukan pengubahsuaian terhadap nama-nama yang boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam.

9. AUDIT SECARA BERTERUSAN
Sijil Pengeshan Halal Malaysia tidak hanya terhenti di peringkat penyerahan dan pengeluaran Sijil Halal tetapi meliputi aspek pengauditan secara berterusan. Audit pemantauan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali terhadap syarikat yang memegang SPHM.

10. SIJIL HALAL BOLEH DITARIK BILA-BILA MASA
JAKIM mahupun MAIM tidak bertanggungjawab menentukan mana-mana syarikat ataupun makanan sebagai HARAM/TIDAK HALAL kecuali bagi syarikat-syarikat yang telah memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat SPHM. Jika didapati mereka melanggar mana-mana peraturan termasuk tidak lagi HALAL dan TAYYIB, maka sijil mereka boleh digabtung dan seterusnya ditarik pada bila-bila masa.

14705668_1458365367526839_3212613223489095425_n

Di Ambil Dari Fb DR ASYRAF WAJDI DUSUKI






9 Komen to Halal: DAP Tidak Puas Hati Timbalan Menteri Jawap Terperinci

  1. samad says:

    Usah dilayan sangat puak dap komunis ultra-kiasu, mengajar mereka sama la seperti berceramah pada sekumpulan babi bodoh

  2. Inderasakti says:

    Tu la masalah pemimpin pemimpin dapig sekarang konon semua benda pandai sangat sedangkan bab maksud bab halalan thoyyibban masih tak faham atau buat buat bodo
    Tak pasti sila rujuk dari HDC klu tak nak rujuk dgn jakim.. mmg golongan chauvinist anti islam mmg gitu la puiiii

  3. Mazlan says:

    …mat sebu & geng boleh ajar sikit benda ni kat DAPigs ni…takkan makan dedak free je…

  4. anakbochek says:

    Itulah akibat makan dedak takde sijil halal. Benak dan boleh ditarik ke hulu ke hilir seperti kerbau kena cucuk hidung.

  5. Pemerhati says:

    DAPigs bodoh masih tidak faham sepenuhnya tentang bab halalan toyyiban ini namun DAPigs tidak bodoh sebaliknya terlebih faham kenapa mat sabu sanggup duduk semeja makan babi dengan lim guan eng

    kalau mat sabu & geng ajar bab halalan toyibban ini kepada DAPigs secara serius(bukan ajar tipu2 sikit), mat sabu boleh mendapat malu kerana sudah pasti akan ada orang DAPigs berkata pada mat sabu hukumnya haram abang mat makan babi dengan tokong

    sebaiknya, mat sabu & geng ajarlah DAPigs bahawa sebagai pembangkang yakni penentang kepada kerajaan sedia ada hukumnya tidak haram makan babi dengan non-Muslim demi untuk mengerat lagi semangat kerjasama & setiakawan dengan non-Muslim seperti lim guan eng & DAPigs bagi menjatuhkan kerajan sedia-ada…fahamkan lagi kepada DAPigs tentang matlamat menghalalkan cara

    DAPigs sudah dapat melupakan & memaafkan ‘perompak wang rakyat’ iaitu mahathir, ini merupakan antara contoh matlamat menghalalkan cara itu…sudah dapat melupakan & memaafkan seorang peliwat & juga perompak wang rakyat iaitu anwar sehingga sanggup terus menobat(walaupun bergelar seorang penjenayah yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat orang) orang berkenaan sebagai PM juga merupakan antara contoh matlamat menghalalkan cara itu

  6. 1malaysiakini says:

    Pemimpin cina dap dah kurang ajar!!
    Berani mempersoalkan perkara2 mengenai islam..
    Sedangkan diaorg tak tahu menahu pasai halal haram.. tahu sekadar perkaea dasar dah belagak mcm tahu sedalam2 nya..
    Pemimpin cina dap semakin kurang ajar dan lupa di mana bumi dipijak..
    Penyokong pembangkang dap buka la mata!!

  7. […] via Halal: DAP Tidak Puas Hati Timbalan Menteri Jawap Terperinci — MYKMU.NET […]

  8. Pemerhati says:

    DAP kurang ajar berani mempersoal perkara2 mengenai Islam kerana orang Islam jenis munafik, jahil & bodoh dalam PKR, PAN & DAP sendiri telah mengajar DAP menjadi kurang ajar

  9. anoi says:

    Pembangkang mmg begitu asal saja bunyi salah sikit digemburkan pada yg lain. Kesudahan yg ain pula jadi isu, (Kan diterangkan tiada paksaan boleh dibincang nak tuka jenama tu) O’ang Melayu plak tu sambung lidah daPIG sengal betul bahalol2 ni. Yang penting sijil halal dikeluarkan hanya pada akur garis panduan tu kalu tak jual saja produk2tu hanya pada org yg reti cebok, habis cerita.

Leave a Reply

Threesome