Menu Utama

Hadi Mahu Pelampau Media Ditangani Dengan Betul

TIDAK dapat dinafikan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi sasaran pelampau media sejak kebelakangan ini apabila hubungan DAP dan PAS putus serta pakatan rakyat terpaksa dibubarkan sehingga memaksa pembangkang menubuhkan pakatan harapan pula yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.

Sebelum ini hanya Barisan Nasional sahaja yang diserang secara bertubi-tubi dengan fitnah, tohmahan dan meknah dari pembangkang. Kini PAS mula terasa bahang  kejahatan dari pihak pakatan harapan.

Oleh itu,  Hadi Awang dilaporkan berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak Rabu lalu  bagi membincangkan perkara ini disamping menjalankan sebahagian daripada peranannya sebagai ‘parti pembangkang konstruktif”.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan subjek penting dalam pertemuan itu juga melibatkan saranan Hadi kepada pihak berkuasa kementerian agar dapat mewujudkan inisiatif kerjasama pemberitaan di kalangan negara serantau terutama untuk melawan pelampau media dengan pemberitaan palsu dan fitnah mereka yang berleluasa.

Presiden PAS berkata pelampau media itu sangat bahaya dan mampu menggugat keharmonian masyarakat atau rakyat negara ini apabila ianya berkait dengan ‘keganasan’ media dan agensi berita asing dengan pemberitaan yang direka cipta untuk melunaskan agenda tersembunyi mereka.

Umum amat maklum bahawa Hadi Awang cuba membentangkan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie.

Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Namun beliau mendapat tentangan yang cukup hebat daripada DAP walaupun mahkamah Syariah langsung tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam. Siang malam Haji Hadi menjadi sasaran pelampau media.

Kini adalah masa yang tepat pihak SKMM mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Selama ini pihak pembangkang banyak mengunakan media sosial untuk mencipta persepsi agar rakyat membenci segala kebaikan kerajaan dengan memberi gambaran yang tidak tepat sama sekali.






3 Komen to Hadi Mahu Pelampau Media Ditangani Dengan Betul

  1. […] via Hadi Mahu Pelampau Media Ditangani Dengan Betul — MYKMU.NET […]

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Hadi ganti Najib!

  3. Fauzi says:

    Mana-mana pemimpin pun kalu hati tak yakin dengan kehidupan akhirat,tak jadikan akhirat sebagai maksud hidup,dia akan gunakan kedudukannya untuk maksud
    kesenangan duniawi..

Leave a Reply

Threesome