Menu Utama

GST: Sokong Atau Tidak Sokong Terus, Mana Ada Pilihan Lain!!

fb_img_1476802399884-712266

BILA Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang semalam memuji GST kerana berjaya meningkatkan ekonomi negara di Parlimen, tak salah orang ramai membuat kesimpulan bahawa PAS sudah menyokong GST dilaksanakan di negara kita.

GST adalah satu pakej sistem percukaian yang menyeluruh, bukan berasingan, jadi sama ada sokong GST atau tidak sokong langsung, mana ada sekerat-sekerat atau ambik yang bagi untung saja.

Justeru, kalau Hadi cakap GST berjaya meningkatkan ekonomi negara atau ia boleh mengelakkan peniaga lari cukai, maka ia bermaksud GST (pada pandangan Hadi) telah meningkatkan ekonomi negara dan menghalang peniaga lari dari cukai, mana ada fahaman lain daripada itu!!

Nak kata luar konteks pun, luar konteks yang macam mana?  GST BERJAYA MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA – dengan bagaimana ia dibaca di luar konteks?

Sebetulnya paling mudah ialah Hadi sendiri menjelaskan apa yang dia cakap.  Bukan orang lain yang tidak faham atau cuba memandai-mandai mengtakan kenyataan itu dipetik di luar konteks.  Setakat artikel ni di tulis, orang laiin yang bercakap itu dan ini, Hadinya tak kata apa lagi pun.

Zaman-zaman dimana ada orang hidup bercakap bagi pihak orang dah mati ni (rujuk Husam dan arwah Nik Aziz), elok tuan punya badan sendiri jelaskanlah.

Tapi Hadi jelas macam mana sekalipun, tak guna sebab dah jelas dah maksudnya tu, GST ni baik sekalipun hanya dalam soal meningkatkan ekonomi dan mengelak orang lari cukai.  Orang Malaysia hari ini mana ambik kenyataan penuh, semua ambik kenyataan separuh.

Sejak bila pulak kisah dengan kenyataan penuh tak penuh ni?






4 Komen to GST: Sokong Atau Tidak Sokong Terus, Mana Ada Pilihan Lain!!

  1. sman says:

    Sudah lebih setahun GST di laksanakan hasilnya negara tidak bankrup,pertumbuhan KDNK terus berlaku dan rakyat terus boleh hidup seperti biasa kerana tidak ada yg kebulur mahu pun bankrup akibat GST.Tanpa GST negara akan bankrup kerana telah kehilangan hasil dari Minyak,ringgit akan merudum keparas jauh lebih rendah,kemelesetan akan berlaku dan rakyat akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.TG H Hadi walau pun seorang ulamak berserban dan berjanggut ,tapi beliau masih memahami keadaan ini,tidak seperti org lain terutamanya tokoh yg sudah menjadi orang no 1 selama 22 tahun bersama pengikutnya.Apakah puak ini memang benar-benar tidaka memahami situasi ,atau mereka berpura=pura tidak faham kerana hati yg busuk.Kalau benar-benar tak faham ,memang bodoh lah jawab nya.

  2. Inderasakti says:

    Toksah la sgt kata ya atau tidak mengenai keberkesanan Gst sedangkan
    ada yang masih kabor ttg fungsi Gst tambah dimomokkan lagi dgn
    dakyah pakatan pembangkang konon Gst di salahguna atas dasar peribadi
    Jadi sekaranglah paling pemahaman Gst dikalangan rakyat perlu diperluaskan
    lebih mendalam

  3. che ted says:

    Bnyk sgt pihak yg memesong fakta gst ni. Padahal ini sistem standard cukai di seluruh dunia. Semua negara amalkannya. Tambah lg dgn perkembangan ekonomi. Kuasa membeli rakyat smkn tinggi. Gaya hidup sudah jd keutamaan. Org muda kata hipster. Wallahualam.

  4. sireh ke gagang says:

    Bagi yg masih kabur dgn fungsi dan peranan GST , itu adalahkan kerana sikap kemalasan mereka sendiri mencari fakta tepat mengenai GST . kalau rajin mencari , rajin bertanya pada yg pakar bab GST ni ( contohnya tanya kpd pihak kastam ) , takkan timbul isu kabur atau tak paham . senang . ini ilmu . ilmu tak datang kalau kau sendiri tak mencarinya.

Leave a Reply

Threesome