Menu Utama

GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara – Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April 2015 sebagai cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara.

Justeru menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerajaan perlu memastikan tiada peniaga yang boleh lari daripada membayar cukai ber­kenaan seperti yang berlaku ketika pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“GST merupakan cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara. Adakah kerajaan mempunyai kaedah untuk mengesan peniaga yang cuba lari daripada membayar cukai ini atau mungkin kerajaan ada alternatif lain bagi menggantikan GST,” katanya ketika melontarkan soalan tambahan berkaitan GST kepada Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Abdul Hadi itu, Johari berkata, kerajaan tidak pernah bercadang memansuhkan GST kerana objektif pelaksanaan cukai itu adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan cekap kerana telah mengambil kira kedudukan semasa sosio ekonomi masyarakat.

Beliau memberitahu, dari Januari hingga Oktober ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip RM29.34 bilion GST iaitu meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan bulan pelaksanaan cukai itu tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.

Katanya, walaupun kerajaan menetapkan kadar GST sebanyak enam peratus, namun jumlah barangan dan perkhidmatan yang efektif dikenakan cukai tersebut hanya pada kadar 3.6 peratus.

Mengenai soalan kenapa harga barang yang tidak dikenakan GST turut meningkat selepas pelaksanaan cukai itu, Johari memberitahu, perkara itu disebabkan peniaga-peniaga tertekan berikutan pengurangan keuntungan yang diperoleh sejak sistem cukai itu dilaksanakan.

“Ketika Malaysia melaksanakan SST, banyak ketirisan berlaku berpunca daripada para peniaga tidak membayar cukai tersebut kerana mengambil kesempatan daripada sistem cukai yang kurang cekap itu,” katanya.

Katanya, kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST juga mungkin berpunca daripada peniaga yang belum memahami senarai barang dan perkhidmatan yang tidak perlu dikenakan cukai tersebut.

“Walau bagaimanapun, tahap pengetahuan para peniaga semakin baik berdasarkan kadar inflasi yang menurun daripada 3.43 peratus semasa peringkat awal GST dilaksanakan kepada kurang 2.0 peratus pada tempoh sekarang,” katanya.

Utusan






15 Komen to GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara – Hadi

  1. Kamar says:

    Nasurddin kata tv3 dn utusang spin kenyataan hadi, mana satu yg btl ni

  2. Inderasakti says:

    Aku anggap apa yg diucapkan tghh adalah suatu perkara positif demi untuk mengubah persepsi terhadap cukai terutama Gst ia tidak menyalahi hukum syarak dan tidak memudaratkan negara dan umat islam keseluruhannya. Aku cadangkan kepada kerajaan supaya sistem cukai Gst perlu diberi penerangan lebih mendalam atau lebih detail kerana banyak org salah faham tentang sistem Gst yang telah berjaya diputarbelitkan pakatan pembangkang.

  3. dkds says:

    spin apanya ini ada video

  4. azmi says:

    Apa faedah GST kepada rakyat?

  5. musanghitam says:

    datang dah anjing neraka bertanya tentang GST, blueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek

  6. Badrole Amin says:

    kalau takde faedah takdelah 160 negara di dunia menggunakan GST anak pelacur(azmi) oi

  7. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha…ha…tuan gurumu Hadi! GST tapi orang takda duit nak beli barang, apa barang! Patutnya tingkatkan peluang pekerjaan, perniagaan dan produktiviti, barulah orang tak merunggut pasal GST…Hadi…Hadi..:-)

  8. […] via GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara – Hadi — MYKMU.NET […]

  9. Inderasakti says:

    Tuan gurumu musyrikdol mu skrg madey byk seleweng duit rakyat byk baziiaq duit rakyat dgn bail out kroni anak family byk menketarah hasil negara pastu salahkan rakyat tapi hantu gigi karat terus menjilat walaupun bukan main ludah madey dulu Sekarang duit rm100b milik rakyat di luar negara madey tetap masih membisu tu belum skandal kerugian forex terbesar tahun 92-93 itu pun madey setan bisu walaupun 1mdb dan najib diserangnya bertalu talu

  10. irkiz says:

    GST BAIK UNTUK RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH BIAR RAKYAT MAMPUS, HADI AWANG DIA PEDULI APA, ADA ELAUN PARLIMEN, MAMPUS PI KAT RAKYAT, PAS SANGAT-SANGAT BERJUANG SEMASA ANWAR IBRAHIM KENA LUCUT JAWATAN, PAS SANGAT SAYANG KEPADA ANWAR IBRAHIM, HARI HARI HARI ADA CERAMAH KUTUK MAHATHIR, PAS SANGAT SAYANG KEPADA SEORANG SAJA, TETAPI PAS TIDAK SAYANG KEPADA RAKYAT 30 JUTA ORANG, PAS TIDAK ADA BELAS KESIHAN KEPADA ORANG BERGAJI RENDAH, BILA SAMPAI MASANYA ALLAH AKAN BALAS ORANG YANG TIDAK ADA HATI PERUT KEPADA ORANG MISKIN. SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT

  11. irkiz says:

    Saya lihat Utusan Malaysia dan TV3 telah merosakkan etika kewartawanan dan profesionalisme mereka apabila menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS secara tidak tepat dan separuh masak. Ia menampakkan seolah-olah YB Tuan Guru Abdul Hadi menyokong GST walhal beliau menolak GST dan meminta supaya difikirkan alternatif baru menggantikan GST dalam bahasa yang lunak dan beradab sesuai dengan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin.

    PENULIS JANGAN LUPA MALAIKAT KANAN DAN KIRI MENCATAT APA YANG KITA LAKUKAN

  12. Inderasakti says:

    Nampak sgt ada hamba Allah ni masih gagal menerima ketentuan haq dan batil
    Jika hj hadi menyokong Gst secara membuta tuli dan membelakangkan rakyat
    Sudah tentu dah lama tak akan kafir kan umno bn selama ini melalui amanatnya
    baik terus jadi kuda kayu pkr dan dapig dan pas dikawal oleh geng2 harumanis atau anwarinas kerana demi rakyat. Tghh adalah seorang yang istiqamah dia pun ulama tgna pun ulama tghd pun ulama yang amat dihormati dalam pas tentu la mereka ada pendirian yang berterasan syarak sebab itu adalah kekuatan pas sampai umno bn sejak dari dulu selalu dikutuk pas kerana mempertahankan perlembagaan reid! Kalau ya dari lord reid kenapa ada perkara 151 dan 153 perlembagaan persekutuan yang menjamin hak bumiputera dan raja raja melayu? Nampak begitu byk salah faham hangpa terhadap sistem cukai Gst jadi mana pendekatan cukai yg lebih baik dari Gst? Adakah zakat saja? Boleh ke zakat hangpa dibahagi kepada bukan muslim? Tentu ia lari dari konsep zakat kan? Jadi jika itu benda yang bagus dan bermanfaat kepada rakyat untuk menangani kos sara hidup adakah ia mudarat? Sedangkan brim pun masih gak rakyat kutip lagi itu pun boleh naik kadar brim lagi ke tak?

  13. Hantu Gigi Jarang says:

    Inderasakti ni betul-betul mempertahankan GST ke atau mempertahankan Tuan Guru Najib..;-)

  14. Inderasakti says:

    Siapa nak pertahan siapa hantu gigi karat? Kalau itu benda yang baik utk rakyat kita semua patut sokong bukan patut kondem tau la hang di pihak yang disana tak gitu?

  15. Syaa says:

    Klu betul pun guru hadi ckp..apasal macai pas nak sentap sgt.tunggu jer la br1m.

Leave a Reply