Menu Utama

Gambar Kepala Dipenggal IS, Sikap “Double Standard” Maria Chin Dipersoalkan

BUKAN Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sahaja, malah hampir keseluruhan kepimpinan pembangkang termasuk yang baharu menjadi pembangkang mengamalkan sikap “double standard” apabila sesuatu perkara itu melibatkan Barisan Nasional.

Mereka berteriak mengalahkan “Tarzan” menuntut “hak” mereka diberi perhatian dan “keadilan” ketika mereka merasakan diri mereka “diusik” atau “dicuit” oleh sesiapa sahaja.

Namun ketika pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianiaya, difitnah, ditohmah dan sebagainya oleh pengikut dan pemimpin mereka, tiada sebarang suara kedengaran. Mereka seolah-olah meraikan perbuatan jahat tersebut.

Maria Chin akan membuat laporan polis berikutan gambar yang diubah suai memaparkan kepalanya dipenggal kononnya sebagai mangsa kumpulan pengganas IS. Dalam perkara ini, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan samada gambar tersebut dibuat oleh pengganas IS atau oleh kumpulan Bersih 5 sendiri. Kita perlu beri ruang secukupnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Cuma perkara tersebut telah mendorong Datuk Rizal Mansor pembantu kepada isteri perdana menteri itu mempersoalkan sikap pilih kasih Maria Chin dan Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang tidak bersuara terhadap pendemo BERSIH yang membuat aksi ‘mock’ kubur untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Memang patut Maria Chin buat laporan polis berkenaan gambar edit IS dengan wajah beliau. PDRM wajib menyiasat perkara ini.

“Tetapi saya pelik dan hairan mengapa Maria Chin langsung tidak bersuara bila pendemo-pendemo BERSIH tahun lepas membuat aksi ‘mock’ kubur untuk PM dan isterinya?

“Lebih dahsyat apabila ada juga yang menjalankan acara pengebumian tradisional Cina juga,” tulis Rizal di Facebooknya.

Ramai pihak menganggap Bersih 5 sebagai gagal apabila kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal berada dimana sahaja kumpulan Bersih 5 ini cuba melakukan perhimpunan haram mereka.

Dengan kata lain, kumpulan baju Merah tidak perlu bertindak lebih dari itu dalam menangani kumpulan Baju Kuning  kerana Bersih 5 telah gagal. Tambahan pula, perhimpunan mereka yang dijangka berlangsung pada 19 November nanti turut dianggap gagal apabila PAS telah menyatakan pendirian untuk tidak bersama kumpulan pro pembangkang ini.

Jika gambar yang diubah suai memaparkan kepala Maria Chin dipenggal kononnya sebagai mangsa kumpulan pengganas IS itu cuba dijadikan alasan untuk mengekang kumpulan Baju Merah dari mengagalkan perhimpunan haram Bersih 5 maka pihak pembangkang perlu menilai semula langkah tersebut.






4 Komen to Gambar Kepala Dipenggal IS, Sikap “Double Standard” Maria Chin Dipersoalkan

  1. semangat dato' haron says:

    Alah ini semua red bean army daPIG yg buat. Lps tu sebarkan nk burukkan baju merah. Dgn harapan mereka2 yg bodoh x bole berfikir akan termakan hasutan dan propaganda mereka.

  2. semangat dato' haron says:

    Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah rilek je org edit gambar dia mcm2. Cuba bygkan kalo Maria Chin kt tempat Datin Seri Rosmah konpem dh lama masuk mental hospital sbb tekanan perasaan.

  3. TORATORA says:

    Baru kena superimpose sikit dah panas..pemimpin BN rileks je kalau kena, dah lali sangat. Ini bukan sikap double standard, ini adalah standard practice macai2 DAP.

  4. dkds says:

    poyo sungguh geng BERSIH, hipokrit dan munafik

Leave a Reply

Threesome