Menu Utama

Ezam : Ejen Anwar Dalam PPBM

12 Oktober 2016, Ezam akhirnya masuk parti PPBM. Apa sebenarnya tujuan Ezam masuk PPBM dan bukannya PKR?

Di waktu Wan Azizah sedang genting diasak oleh kem Azmin Ali, di kala Rafizi Ramli dilihat lembik dan gagal menguruskan PKR, khidmat Ezam amat amat diperlukan dalam PKR dan bukannya PPBM. Apa sebenarnya misi Ezam?

Dua hari lepas, pada hari Ezam membuat keputusan masuk parti bunga, Anwar juga hadir di mahkamah dan berpesan pada peguamnya sebelum itu “don’t arrange any meeting with me and Mahathir at the court”.

Anwar tidak mahu ada perjumpaan dengan Mahathir. Dipercayai selain daripada memberi mesej kepada peguamnya Sivarasa Rasiah, Anwar juga memberi misi penting pada Ezam pada waktu itu.

Gerakan politik Ezam, benih bimbingan Anwar Ibrahim ini sebenarnya sudah dijangka.

Selepas tinggalkan UMNO, Mohamad Ezam dalam satu kenyataan berkata beliau keluar dari parti kerana kecewa dengan langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menitikberatkan perjuangan membanteras rasuah.

Takkan beliau tidak tahu Pengerusi PPBM,  Mahathir paling terkenal dengan rasuah melalui kroni-kroninya sebelum ini yang mana beliau sendiri kutuk apabila Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Itu belum lagi cerita rasuah pemimpin lain dalam PPBM. Rasuah juga tidak lagi menjadi agenda utama Bersih 5. Beranikah Ezam bercakap mengenai rasuah mereka bila berada dalam PPBM?

Semua tahu, Anwar yang hanya bermuka muka berbaik-baik dengan Mahathir memerlukan Ezam untuk menolongnya merealisasikan harapan untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada PRU14.

Mahathir pula mahukan Mukhriz menjadi PM atau anak angkatnya, Azmin. Jika legasi Mahathir ini naik, maka berkuburlah impian Anwar untuk menjadi PM.

Ezam digunakan oleh Anwar untuk memantau gerakan bekas pemimpin dalam UMNO, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz supaya gerakan-gerakan yang tampak seperti mahu menyingkirkan Anwar akan dapat segera dibendung.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran beliau ke dalam PPBM adalah kerana misi menjadi ejen Anwar di dalam parti itu.

Difahamkan, ada cakap-cakap mengatakan jika ada gerakan untuk menjatuhkan Anwar, Ezam akan memulakan kekacauan politik di dalam PPBM untuk menjadikan parti itu huru hara sekaligus menyelamatkan bosnya dari tersingkir.

Rata-rata, para pemerhati tidak menyukai cara Ezam berpolitik apabila pada mulanya bersama dengan Anwar dalam UMNO, kemudian bersama dengan Anwar dalam PKR dan kembali semula ke UMNO.

Kini, apabila semua mentornya kononnya kembali bersama dalam parti PPBM yang bersifat pembangkang, Ezam yang pernah dilantik menjadi Senator dulu kembali kepada pembangkang.

Ezam kini adalah “mole agent” Anwar dalam PPBM. Selain bertugas memastikan Anwar menjadi PM, Ezam juga ditugaskan agar memastikan PPBM tidak menuntut 40 kerusi parlimen dalam PRU14 nanti.

Dengan hadirnya Ezam, maka parti bunga kini sudah berada dalam genggaman “geng tengkotak”. Bunga raya akan bertukar jadi bunga taik ayam bila “geng tengkotak” ini hadir.

Berjayakah misi Ezam dalam PPBM?

Tulisan :
Beruang Biru
BB83, Jumaat
14 Oktober 2016






12 Komen to Ezam : Ejen Anwar Dalam PPBM

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Sudahlah Beruang…hang punya teori konspirasi tak menarik langsung! Baik hang cerita kehandalan Salleh Kerewak lagi baik la..

  2. semangat dato' haron says:

    Yg ko ni hantu gigi hadap mykmu hari2 apasal? Dasar cina daPIG bawa fitnah sana sini nk pecah belahkan umat islam

  3. Memang Baik says:

    Berjaya atau tidak berjayanya puak ini dalam misi masing2, yang jelasnya pencapaian mereka tidak sesakali menguntungkan negara jauh sekali pada rakyat. Mereka mendabik dada lalu meraikan apa yang mereka istilahkan berjaya dalam kalangan puak mereka. Namun rakyat duluar sana tidak akan rasa impaknya.

    Rafizi dikatakan berjaya olih mereka. Latoya dikatakan berjaya. Berjaya apa ? berjaya mengadu domba. Berjaya memfitnah dan menjatuhkan orang.?? Itu bukan kejayaan.

    Ezam harapkan dia dilantik jadi menteri setelah masok party. lama dia tunggu setelah dilantik senator. Setelah tahu dia bukan bakal menteri. baik dia cabut. Ezam pun sama dengan yang lainnya… kelebihan mereka hanya bercakap. Negara perlu apa ? Orang yang bercakap atau orang yang boleh buat kerja.

  4. Meriam Buluh says:

    Manusia yang bertuhankan dunia bukanlah terlalu sukar untuk dikenali..

  5. azmi says:

    He he he..
    Tabik pada Ezam Kotak..
    ini yang dikatakan
    GERGAJI DUA MATA…

  6. Meriam Buluh says:

    Ini bukan strategi gergaji dua mata. Ini kisah manusia yang melupakan akhirat kerana mengejar dunia. Standard macai..makhluk tiada pegangan.

  7. Memang Baik says:

    Kita sering dengar Apa yang diucapkan para ulamak. Bahawa jika kita hanya mengharapkan dunia Dan keindahan Nya pasti kita Akan kecewa. Jika kita sasarkan akhirat pasti jika Akan dijauh Dari kekecewaan sebagaimana dunia berikan.

    Manusia2 yang sebok menghitung dunia, jawatan, pangkat dan habuan , didepan mereka adalah kecewa .

  8. manjoi says:

    Ezam ni sebenarnya langsung tak menonjol dalam radar politik Malaysia. Tiada kesan langsung pada UMNO & kerajaan, bak kata pepatah ‘dijemput tidak, dihalau pun tidak’. Lagi pun kita dah lama tahu yang ‘majikan’ Ezam dalam politik sememangnya Anwar. Senang cerita Ezam sama saja dengan macai2 yang lain, kat mana tabur dedak, kat situ le mereka kerumun.

  9. Memang Baik says:

    Diriwayatkan bahawa Imam kita Imam Shafie antara Imam/ulamak besar yang sering ketakutan selain dari Sayyidina Omar yang tangisnya menyebabkan pipinya berkesan dek air mata yang sering mengalir.

    Takut nya Imam kita terhadap Allah kerana mengenangkan tahap pengabadian nya terhadap Pencipta terlalu sedikit. Pada ukuran beliau ibadah beliau terlalu sedikit. Pahala yang diperolihi dari amalan yang baik sepanjang hayatnya terlalu sedikit.

    Sedangkan apa yang kita dengar Imam Syafie tarafnya ialah khatam al-qur’an sebanyak 12 kali setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Solat fardhu lengkap 5 waktu sehari semalam ramai orang buat, rawatib lengkap sebelum/selepas solat fardhu, ramai boleh tunaikan. Demikian dengan witir, tasbih, tahjud, israk dan dhuha ramai yang dapat laksanakan, terutama yang kerjajaya mereka bersangkutan dengan rumah Allah,kerana pejabat mereka adalah masjid. Tapi untuk khatam 12 kali Alquran dalam satu malam… Allah huakbar, mungkin ada tapi belum kita dengar ada di negara kita ini.

    Apa yang penulis mahu kaitkan disini ialah dengan seorang hamba Allah yang sudah teramat lanjut usianya , tapi masih belum sampai ketahap takut terhadap penciptanya. Bukti yang dia langsong tak takut ialah dia terlalu sebok dengan hal dunia. Kita tidak cakap yang dia tidak buat apa yang wajib tapi yang pasti dia terlalu lalu lalu sebokkan diri dengan hal lain.

    Boleh baca separuh Quran ke sehari dengan kesebokkan begitu ? Setakat baca 3 Qul belum cukup , walau baginda Rasul ada katakan pada puteri baginda Siti Fatimah bahawa dengan membaca 3 Qul umpama khatam satu Quran.

  10. […] via Ezam : Ejen Anwar Dalam PPBM — MYKMU.NET […]

  11. sman says:

    Ezam bukan agen sesiapa ,tapi egen nafsunya sendiri.Melompat,letak jawatan ,lobi tempat ,lobi jawatan itu kerja dia.Dia tak faham bahawa rezeki di tangan Allah,kalau Allah tak mahu beri,tak ada siapa yg boleh tunaikan hajat kita,lobi lah macam mana pun,lompat lah sejauh mana dan sekerap mana pun.

  12. Pemerhati says:

    harap UMNO telah menutup pintu secara total kepada si katak lahabau bernama ezam ini…pada masa depan sesiapa menjadi presiden UMNO harus ingat adalah satu perbuatan yang benar2 terkutuk kalau menyusukan lagi kera di hutan(tapi anak di rumah dibiar kelaparan) seperti si ezam ini…jangan harap nak masuk UMNO kalau Pak Lah pada masa itu menjadi PM & presiden UMNO tidak menawarkan jawatan senator kepada si katak lahabau bernama ezam ini

    ramai orang tahu si katak lahabau ini telah diberikan dedak & dijanjikan jawatan lebih tinggi(dari setakat ‘senator’) dalam kerajaan(sekiranya ppbm & pembangkang menang PRU14)…katak lahabau ini amat penting bagi mahathir & ppbm kerana cara katak lahabau ini berucap dikatakan sama hebat(ikut ‘style’ yang sama) dengan cara seekor lagi lahabau bernama anwar berucap…tidak boleh dinafikan cara 2 ekor lahabau ini bila berucap(sebut ‘berpidato’) atas pentas sememangnya hebat-hebat belaka

    hebatnya itu ialah lebih banyak mengencing rakyat dengan kekelentongan dari bercakap benar, inilah yang dimahukan mahathir kerana cara presiden ppbm(si sembab muhyiddin) berucap tidak boleh diharap sangat apatah lagi cara mahathir sendiri berucap yang ramai orang kata ibarat enjin tersumbat 3/4 selindernya & bila2 masa boleh padam

    mahathir boleh jatuh tersembab mukanya atas lantai pentas kalau dia cuba tiru cara anwar berucap…mahathir tidak mahu orang ramai yang mendengar ucapannya separuh jalan terpaksa berucap(inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) untuk dia pula kalau dia terjatuh & terus jalan sebab cuba tiru cara anwar berucap jadinya kita faham2 sahaja kenapa katak lahabau itu sanggup melacur diri untuk masuk menjadi ahli ppbm

    apa pun untuk dijadikan contoh tidak semestinya mahathir boleh mati selepas jatuh atas pentas semasa berucap, mahathir boleh juga mati selepas ‘jatuh tersungkur depan rakyat\'(<—–pinjam kata2 azmin ali) semasa berarak dengan babi2 & lembu2 yang memakai baju kuning dalam BERSIH 5.0 nanti

    anwar dalam penjara jadi tidak dapatlah mahathir & ppbm 'memperguna' anwar berucap atas pentas untuk kepentingan(mengikut skrip yang dikehendaki) ppbm oleh itu mendapat ezam untuk dijadikan ahli ibarat ppbm mendapat gading bertuah walaupun tanduk iaitu anwar tetap mahathir & ppbm anggap bertuah(untuk 'diperguna') juga walaupun tanduk terpaksa disimpan dalam penjara buat sementara waktu

    tanduk bukan sebarang tanduk, apa kita harapkan tanduk dapat menanduk wan azizah supaya memberi sokongan atau kerjasama ala-kadar sahaja kepada mahathir & ppbm…sokongan atau kerjasama ala-kadar ini bermaksud 'grand coalition' pembangkang tidak dapat menjadi kenyataan seperti yang dimahukan mahathir untuk menakutkan(kononnya) UMNO & BN

Leave a Reply