Menu Utama

Dimana Dalam Undang-Undang Hak Berhimpun Ikut Warna?

bersih_ganas

PENULIS bukan penyokong apa bentuk demonstrasi, apa tema sekalipun.  Tapi dalam hal demo Bersih 5 dan gerakan baju merah yang akan datang ini, penulis tak faham kenapa satu pihak dengan baju kuning, boleh dibenarkan untuk berhimpun sedangkan satu pihak lagi seboleh-bolehnya mahu dinafikan hak tersebut dengan pelbagai andaian yang belum tentu jadi pun?

Apa undang-undang mahupun hak asasi manusia di dunia ni ikut warna baju ke?  Kuning boleh, merah tak boleh?

Logiknya, rekod menunjukkan, ia adalah Bersih yang paling tercemar dengan keganasan, sedangkan gerakan baju merah belum lagi.  Yang ada hanya cubaan, itupun hasil provokasi pembangkang sendiri.   Tak sampai pecah kereta polis, pecah motor, pukul orang dan sebagainya macam yang pernah berlaku dalam perhimpunan Bersih?

Tak sebut lagi menyusahkan orang ramai dengan sesak jalan, sampah dan sebagainya.  Ini bukan cakap saja, penulis pernah lihat depan mata.

Sepatutnya, Bersih ini layak kita pandang jahat, kumpulan merah ini kita pandang baik sebab rekod keganasan tadi tu memihak Bersih.  Hanya kerana ia menimbulkan ketakutan tanpa sebab kepada kaum tertentu, itu bukan bermaksud semua orang lain pun patut takut.  Inilah ujian yang sebenarnya, nak tengok hak asasi dan berhimpun ni ikut bulu, warna baju atau terpakai untuk semua.

je_01-1

Dulu bila kita cakap tidak wujud kebebasan mutlak, pandai pulak nak menyanggah, dah sekarang mana kebebasan untuk baju merah pulak?

Jika setakat ‘dibimbangi akan menyebabkan sesuatu’, apa beza dengan ISA dan pelbagai akta lain yang pembangkang panggil draconian dulu tu? Jamal dan gerakannya belum mencetuskan apa kekacauan lagi tapi dah nak disuruh tangkap sedangkan Ambiga dan Bersihnya ada rekod kekacauan itu, tak sibuk nak tangkap?  Itu sebab ada nama saja (Bersih), kalau ditoleh sejak budaya demonstrasi di Malaysia ni bermula tahun 1998, macam-macam bentuk keganasan boleh direkodkan, melibatkan pihak yang sama – pembangkang.

Ya, Bersih ni nama saja NGO tapi penggeraknya semua penyokong pembangkang.  Penulis bukanlah nak membela tapi Jamal, walaupun dia Ketua Bahagian UMNO, adalah hak dia untuk menubuhkan NGO dan berdemonstrasi SELAGI TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG.

Ayatnya selagi tidak menyalahi undang-undang.  Jamal dah langgar undang-undang apa dalam hal ni? Demo pun belum!!

Jadi mudahnya ini semua sebab politiklah, sebab baju kuning pro pembangkang, baju merah pro kerajaan, dia berlawan kat situ.  Kalau cerita hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan apa jadahnya ni, tak patut ada pertikaian dari apa segi pun.  Nak kirakan sebab, apa sebab pun boleh cakap, tapi sejak 2007 (tahun Bersih bermula), dah banyak pilihanraya dah, itu jugaklah sistemnya, takde pulak pembangkang tarik diri membantah – kalau betullah salah.






5 Komen to Dimana Dalam Undang-Undang Hak Berhimpun Ikut Warna?

  1. Pemerhati says:

    parlimen akan bersidang bulan ini, pasti ada anggota parlimen dari pembangkang terbulu-bulu tidak sabar hendak bercakap tentang baju merah tidak sepatutnya bertembung dengan baju kuning

    mungkinkah anggota parlimen dari pokok sena akan meminta kerajaan membuat undang2 baru menghalang baju merah bertembung dengan baju kuning pada tarikh & waktu yang sama tidak kira dimana tempatnya itu baju kuning akan membuat demonstrasi?

  2. manjoi says:

    Memang modus operandi ‘baju kuning’ untuk melepaskan diri adalah sembang berbelit2 macam KELING. Maklumlah, BARua COUNCIL banyak ‘lawyer’! Bukannya tak boleh nak sanggah, tapi kita tak nak ikut sama jadi KELING macam depa. Jadi dengan penuh ‘semangat kesukanan’ kita ‘turun padang’. Baru setakat banding ‘saf’ siapa yang lebih ‘gempak’ depa dah gerun!? Kalau takut ombak, jangan beli banglo diskaun tepi pantai…..

  3. […] via Dimana Dalam Undang-Undang Hak Berhimpun Ikut Warna? — MYKMU.NET […]

  4. TORATORA says:

    Baju kuning ni kalau tak diberi permit berdemonstrasi, mereka tetap turun jugak guling2 atas jalan. Tahniah baju merah..itu sebagai bukti bukan kita xberani nak turun jalan macam ni. Cuma ini memang bukan budaya kita..bagi mereka lihat bukan kita tak boleh buat huruhara kalau ada yang cuba nak memperlekehkan hak kita.

  5. anoi says:

    Tebungkan baju merah Jamal setiap kali kuning mahu bersilat, maka on spot kerajaan bole mengharamkan demi menjaga ketertiban dan kesusilaan. Tak gitu dan sah logik daripada perkara lebih buruk terjadi. Oden lengok dari media on spot. hehehe apa la takdo kijo cari kijo.

Leave a Reply