Menu Utama

Dia Mahu Mencatur Raja-Raja Melayu Lagi?

mahathir_raja-raja_600

Penulis tersenyum melihat permainan Perdana Menteri paling lama berkuasa di negara kita sekali lagi menunjukkan ‘skill Maverick’nya dengan permainan politik yang cuba mengaitkan Raja-Raja Melayu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setelah mengaku gagal meyakinkan Yang DiPertuan Agong dengan deklarasi yang dia sendiri tahu sia-sia, dia mencuba nasib sekali lagi dengan usaha mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu supaya bertindak campur tangan dalam hal ehwal politik negara dan menjatuhkan Perdana Menteri.

Katanya, Raja-Raja Melayu di negara ini berhak dan berkuasa menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mengambil tindakan mengikut kemahuan ‘si Maverick’, kononnya kerana Najib telah banyak melakukan kesalahan.

Itu pandangan ‘Maverick’? Dia fikir apa saja pandangannya maka ia benar-benar belaka dan Raja-Raja Melayu perlu patuh dan ikut ‘perintah’nya? Dia mungkin boleh ‘perhambakan’ anak dan beberapa bekas pemimpin UMNO yang taksub serta takut padanya.

Namun begitu, penulis yakin bahawa berkemungkinan besar Raja-Raja Melayu juga tidak perkenan dengan apa yang dia mahukan. Malah, Raja-Raja Melayu di negara ini juga berhak untuk memilih sama ada untuk melayan kerenahnya atau tidak, bukan?

Apakah ‘si maverick’ fikir beliau masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri? Apakah dia fikir Raja-Raja Melayu di negara ini lupa pada segala perbuatan dan tingkah lakunya dulu ketika menjadi Perdana Menteri? Dia fikir begitu mudah untuk melupakan ‘dosa’nya?

sultan-johor-1

Apakah dia juga lupa pada titah Sultan Johor tempohari? Lupakah dia bagaimana Sultan Johor sifatkan dirinya? Setelah jelas dengan titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tentang dirinya, tiba-tiba dia mahu ‘minta tolong’ dan jasa baik baginda untuk pecat Najib?

Apakah dia juga lupa apa yang berlaku pada lewat tahun 1980’an dulu? Beliau fikir mudah semua Raja-Raja Melayu lupakan apa yang berlaku ketika itu? Atau apakah perlu segalanya diimbas kembali satu persatu dan dipaparkan di depan matanya?

Lagipun, atas kesalahan apa yang beliau mahu Najib disingkirkan? Najib hanya bersalah di matanya sahaja. Tapi di sudut undang-undang, belum ada satu pun kesalahan yang disahkan oleh mana-mana mahkamah terhadap Najib.

Dia suruh Jabatan Audit, SPRM, PDRM, PAC dan pihak berkuasa siasat Najib. Najib sendiri mengarahkan semua agensi-agensi itu menyiasat sehingga ke akar umbi. Yang menyiasat pun bukan calang-calang, semuanya berintegriti belaka.

Tapi bila hasil siasatan dikeluarkan dan keputusannya menjelaskan sejelas-jelasnya Najib langsung tiada kaitan dan tidak bersalah, dia sendiri tidak mampu terima. Diputar belitkan pula hasil siasatan itu kononnya semua telah diatur Najib. Jika begitu awalnya, baik tidak perlu sisasat langsung!

Tanpa sebarang asas, tanpa sabit kesalahan dan hanya berdasarkan imaginasi dirinya sendiri, diceduk dari sebuah laman web milik warga asing yang sangat diragui atas kepakarannya mengubahsuai yang asli kepada ‘edited version’, malah diakui oleh bekas editor kanannya, dia mahu Raja-Raja Melayu serta Yang DiPertuan Agong percaya pada tuduhan itu?

Dia fikir dia boleh perlakukan Raja-Raja Melayu mengikut kehendak hatinya? Sudah-sudahlah. Cukuplah dia ditempelak murka Sultan Johor. Jangan sampai Raja-Raja Melayu lain pula murka padanya. Buat cara lainlah, jangan cemari institusi Raja-Raja Melayu dengan ‘halusinasi’ politik keji seperti itu lagi.






11 Komen to Dia Mahu Mencatur Raja-Raja Melayu Lagi?

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Tak habis lagi kau nak mempertahankan orang yang bersalah ya. Cukup-cukup lah tu…rasuah dan pecah amanah tu haram. Mempertahankan orang yang pecah amanah tu haram juga hukumnya…

  2. Memang Baik says:

    Seorang bekas mursyidur sebuah parti dulu juga terlalu terdesak untuk jadi nombor satu. Untuk jadi nombor satu bermakna nombor satu yang sedia ada kena diturunkan dengan apa cara sekalipun. Tak ada negara ada dua nombor satu, kerana satu gunung tak boleh ada dua ekor singa.

    Namun itu semua cuma wayang. Dia tahu dia tengah main wayang. Macai dia ada yang tahu ada jugak yang tak tahu, pakai percaya, pakai hentam buta. Ini kerana dia macam tengah buat kerbau bertukar jadi kucing. Dia tahu itu kerja mustahil

    Mantan ini pun sedar dia sedang buat kerja setaraf dengan menukar kerbau jadi kucing. Namun dia masih berusaha mencuba nasib kalau2 kucing benar2 menjelma jadi seekor kerbau.

    Kerana apa ? kerana 100B RM. Kerana duit. Duit datang dari mana ? Tentunya duit rasuah yang disembunyi bawah ketiak kroni. Apa pulak yang didakwanya selama ini ? Didakwanya orang lain makan rasuah. Bukan dia. Dia tak pernah makan rasuah. Dia cuma makan suap atau tumbuk rusuk.

  3. Memang Baik says:

    Semasa M ‘tarik’ kuasa raja2 melayu dizaman dia dulu ditahun 80 an, antara sultan yang paling lantang bersuara ialah Sultan Pahang dan TMJ yang sekarang sudah jadi Sultan Johor.

    TMJ ketika itu pergi berjumpa rakyat untuk dapatkan pandangan dan sokongan mereka. Sudah tentu rakyat menyokong TMJ dan menganggap apa yang berlaku bertaraf sementara serta berikrar berdiri dibelakang raja. Hingga kini kedua mreeka masih ada. Tentu mereka ini ingat siapa dia M. Kita percaya sukar untuk mereka maafkan M. M harus sedar .;.. tapi dia kelihatan tak berapa nak sedar. Lupa agaknya atau nyanyok berpadanan dengan usia.

  4. Inderasakti says:

    Dah nyata najib tak bersalah sudah lama perkara ni berlalu lagi mau menegakkan benang basah mambang gigi karat hang dgn madey sama sama nyanyuk sama sama meroyan masih lagi tuduh najib rasuah curi duit rakyat dan sebagainya sedangkan ia terbukti ia tidak pernah berlaku.. elok sila meninggal

  5. semangat dato' haron says:

    Berkat doa Arwah Fadzil Noor. Hujung2 usia ditunjukkan akibat dosa2 dia. Bertuah Tun Mahathir dikurniakan umur panjang

  6. Memang Baik says:

    Penulis dari pada zaman dulu pun sering menyeru supaya puak2 ini mengukur kasut sesuai dengan kaki mereka. Penulis katakan kaki mereka itu semua terlalu besar buat kasut yang mereka ada. ” You are too big for your shoes, men”

    Kini team langau terbary , M dan Midin dan Boboi enggan ukur kaki mereka. Mereka tidak mahu fikir tentang masaalah Midin dengan dengan bini orang yang belum selesai. Yang jelas tak akan ada rakyat yanag akan pilih pemimpin yang terbukti rendah moral. Dalam kes Midin memang terbukti. Mereka juga enggan bercakap tentang Shafie yang sedang berdepan dengan kes kroni yang seleweng duit ber ratus million sewaktu Shafie jadi boss mereka. Mereka juga tidak ukur size DAP sekutu mereka akan jadi selepas LGE disumbat kepenjara.

    Sebelum PRU , mereka semua akan berkempen. Mereka akan menghentam. Sudah pasti mereka akan kena hentam jugak. Fakta diatas mengenai Midin dan Shafie adalah fakta pembunuh dan cukup untuk melenyapkan mereka. Mereka lupa Newton’s law yang ada kuasa positif dan negatif. Kalau hentam orang, orang akan hentam balik, ini consistent dengan Newton’s law itu.

  7. yon76er says:

    Anak Cina@ Gigi Jarang…siapa yg betul sebenarnya???? siapa yg kor pertahankan???

  8. Hantu Gigi Jarang says:

    Saya Cina yang tidak suka rasuah. Saya ikut apa Al Quran anda kata. Rasuah itu haram.

  9. anoi says:

    Tu dia hantu gaung ngaku sudah akhirnya, hang dak sunat ka belum?

  10. Badrole Amin says:

    baguslah ‘hgj’ sudah berhenti ambil rasuah
    harap sudah berhenti terus jangan esok lusa cakap tak serupa bikin
    terlanjur ‘hgj’ ikut apa al-Qur’an kata…
    apa kata ‘hgj’ berhenti juga makan babi & minum arak?
    tak dapat berhenti makan babi & minum arak takpe…
    apa yang penting ‘hgj’ kena berhenti percaya cakap orang yang sebenarnya ambil rasuah & curi duit tapi kata orang lain ambil rasuah & curi duit tanpa bukti kukuh…kalau ‘hgj’ tak boleh berhenti bab ini, tiada guna ‘hgj’ ikut apa al-Qur’an kata, tiada guna juga kalau ‘hgj’ ikut apa bible kata pasal jangan ambil rasuah tapi ‘hgj’ tak tahu nak berhenti percaya cakap orang yang sebenarnya ambil rasuah & curi duit tapi kata orang lain ambil rasuah & curi duit tanpa bukti kukuh

    akhir kata….
    apakah ‘hgj’ masih guna tisu & kertas selepas berak?

  11. Pemerhati says:

    mencatur tidak menjadi sebaliknya Raja2 akan checkmate musibat tua hilang akal mahathir buat kali ke 2

Leave a Reply

Threesome