Menu Utama

Dia Fikir DAP Lepaskan Dirinya Semudah Itu?

mahathir meroyan

Belum pun apa-apa, Pengerusi dan Presiden sudah tidak sehaluan. Yang seorang mulanya menggesa supaya pembangkang mengumumkan kabinat bayangan dan calon pilihan yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri.

Namun kemudian Pengerusi pula, dari parti yang sama, menidakkan kenyataan Presiden itu dengan mengatakan masih terlalu awal untuk menamakan calon Perdana Menteri bagi kabinet bayangan pembangkang.

Agak lucu melihat apa yang berlaku. Yang seorang bagaikan tidak sabar-sabar untuk mengetahui sama ada nasibnya cerah atau malap untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Tapi yang seorang lagi suruh ‘tunggu’ selepas mesyuarat?

Senario itu menimbulkan tanda tanya pada penulis tentang siapakah yang lebih berkuasa dalam parti tersebut? Presiden atau Pengerusi? Apakah Pengerusi mempunyai kuasa veto dan menguasai parti tersebut 100%?

Jika benar, apa fungsinya Presiden parti? Apakah Presiden yang bersusah payah menubuhkan parti itu dan memegang jawatan tertinggi, tiba-tiba ‘dipotong di selekoh awal’? Apakah itu petanda telah berlaku satu lagi siri ‘diktator’ dalam skala parti tersebut?

Penulis pernah melihat perkara seumpama itu berlaku dalam PAS dulu di mana Mursyidul Am PAS dilihat seolah-olah lebih berkuasa berbanding Presiden. Namun keadaan itu pulih kembali kini dan Presiden PAS dlihat begitu tegas mengawal parti berkenaan.

Apakah parti baru itu kini sedang meniru sistem republik Syiah di Iran yang mempunyai pemimpin tertinggi yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri? Atau ia lebih mirip model republik Singapura dengan ‘Menteri Mentor’nya?

Atau, apakah Pengerusi sengaja enggan menamakan calon Perdana Menteri ‘bayangan’ kerana dia sedang menyusun strategi dan gerakan untuk menidakkan Presiden tersebut dipilih sebagai Perdana Menteri, sebaliknya membolehkan Naib Presiden parti itu ‘diekspresskan’ dan ‘memotong di akhir selekoh’ menjelang PRU ke-14 nanti?

Mungkin ramai yang sedar bahawa Anwar Ibrahim kini dipenjara. Selepas keluar, dia tidak boleh bertanding sehingga selesai ‘edah’ penjaranya. Mungkin dengan kelebihan itu, maka Pengerusi sedang merencana sesuatu untuk mengenepikan Presiden demi Naib Presiden?

Lagipun, Pengerusi sebelum ini pernah mendakwa Anwar yang sama umurnya dengan Presiden itu ‘terlalu tua’ untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin juga dia akan menggunakan faktor umur ‘lebih muda’ Naib Presiden sebagai alasan terbaik?

Walau bagaimanapun, penulis berpandangan bahawa tidak perlulah gundah-gulana tentang calon Perdana Menteri ‘bayangan’. Sebutlah mana-mana nama pun, rakyat di negara ini tidak redha dengan pembangkang yang ‘berkepalakan’ DAP.

Tidak perlulah terlalu berangan-angan untuk membonekakan Perdana Menteri seperti yang direncana. Mentang-mentang Dato’ Seri Najib Tun Razak enggan jadi bonekanya, maka dia mahu mencatur seseorang yang boleh dijadikan boneka?

Jika partinya menang 4 kerusi Parlimen pun, apakah dia fikir DAP dan PKR akan calonkan nama Presiden atau Naib Presiden partinya menjadi Perdana Menteri? Jangan mimpilah! Mungkin dia tidak sedar bahawa inilah masa keemasan untuk DAP memperkuda dirinya setelah dia puas menyusah dan mengutuk parti itu dulu?

Tunggulah masanya nanti. Kita sama-sama lihat, siapa yang mainkan siapa. Dia fikir dia boleh mainkan DAP? Sedangkan Anwar yang cerdik dan licik itu pun jatuh ke dalam genggaman mereka, apatah lagi seseorang yang sudah lama mereka ‘taram’, kan?






5 Komen to Dia Fikir DAP Lepaskan Dirinya Semudah Itu?

  1. azmi says:

    Najib Fikir Dapatkan Lepaskan Dirinya Semudah Itu?

  2. Inderasakti says:

    Tu je lah modal hang azmi kapiaq tak abis2 najib pencuri hilang akai hang ni

  3. manjoi says:

    Belum apa2 depa dah berpijak2 & berperang sesama sendiri?! Patut le Najib ‘senyum selalu’ sekarang ni. Hebat…hebat…. Apa ‘ilmu’ Najib agaknya? Ingat nak ‘berguru’ pun ada……

  4. 1malaysiakini says:

    Azm8.. nk lepas dari apa? Apa kesalahan pm najib skrg ni? Tak fahan.. dia tgh tgu nk kena masuk mahkamah ke?

    Kalau lim guan eng ya la.. dah c9nfirm kedlm
    Kit dian amik mathir nk lepaskan anak dia ja..
    If not.. tk tehingin dier nk jilat mathir tu..

    Kalau Muhyiddin lain la..
    Yg confirm scandal ngan bini org kot?

    Azmi.. kalau nk sokong jgn membabi buta.. sampai kena kencing teruk sgt korang penyokong semua.. dui.. masih tak sedar lagi..
    Org sibuk nk bangunkan negara..
    Hampa pembangkang sibuk nk kenakan org ja.. main politik kotor jijik utk menang?
    Kami rakyat harap pemimpin yg bantu negara bukaj asyik nak politik dan asyik nk bocor rahsia keburukan org ja kerjanya..
    Kalau pembangkang bantu dan bangunkan negara.. sesiapa saja kami sokong..
    Setakat ni pembangkang.. habuk pon tadak..

  5. anoi says:

    ko htr clip org kecewa serupa ko jugak.

Leave a Reply

Threesome